Monday, August 3, 2009

Lemongrass Chicken

Dengan izin....ceh mcm ayat kat Dewan Negara plak..aku tepek gambar and resepi ni yg di C&P dari blog secubitgaram kak nor, Terengganu..meh la cuba...sedap tau..tengkiu kak nor sudi share resepi ni ngan rakyat jelata..:D

Bahan-bahannya:

4 keping chicken thigh and leg (Aku bedal je apa yg ada dlm fridge)

8 biji bawang merah - ditumbuk atau dicincang

2 batang serai

1 camt serbuk jintan putih

1 camt serbuk kunyit

1 camt serbuk ketumbar

2 camb gula perang

garam secukup rasa

1 camb sunflower oil atau apa2 minyak masak

(Untuk ibu2 yg 'rajin' seperti sy, campur je sume bahan tu, pastu masukkan minyak n blend all together. Terus siap. Minyak tu mmg aku lebihkan sikit sbb blender tu x leh jalan plak bila kering sgt. Ok je menjadi)


* potong serai bahagian hijau dan tinggalkan hanya bahagian putih

* kemudian hiris dan tumbuk atau cincang halus

* kemudian satukan semua bahan dan gaulkan sebati supaya menjadi paste

* masukkan ke dalam freezer bag dan gaulkan dengan ayam

* perapkan ayam dengan bahan2 perapan tadi dan biarkan beberapa jam atau semalaman (Aku perap 2 jam je)

* setelah itu bolehlah dibakar pada suhu 180C selama 30 min (pastikan ayam diterbalikkan sekali supaya kedua2 bahagian masak sekata)

* kemudian panggangkan selama 10 min atau sehingga keperangan (ni x buat pun sbb mak penat u, br balik keje masa tu.)

* bolehlah dihidangkan dengan nasi ayam/nasi lemak atau nasi putih

2 comments:

myza said...

mcm sodap je buat rempah ayam bbq leh gak ni kan?

Shima Sulaiman said...

blh aja mandak! Kalau pakndak x mo mkn, buat2 majuk pastu mogok dapur x berasap hahahha..