Tuesday, January 20, 2009

Al-fatihah

Al-Fatihah kepada keluarga rakan sekerja dear hubby, kerana terlibat dalam kemalangan selepas menziarahi anak sulung mereka di hospital (SMC) yang baru pulih dari kemalangan di sekolah. Sewaktu perjalanan pulang, selepas makan malam bersama suami arwah, beliau dan seorg anaknya (anak ketiga) telah terkorban manakala seorang lagi anaknya (anak kedua) terselamat.

Utusan Malaysia, 20 Januari 2008, mukasurat 27

*Menurut hubby, kedua-dua anak yang mengikut ibunya pulang (diorg bergilir jaga anak sulung yang di hospital) tak nak balik malam tu and nak tido dengan abang mereka yang masih ditahan wad kerana terlibat dengan kemalangan di sekolah minggu lepas. Anak sulung mereka sepatutnya keluar hari ini. Mungkin petanda tp hakikatnya itu semua adalah takdir Ilahi. Masa hari kebumi anak sulung tu ikut serta menghantar jenazah ibu dan adiknya ke tanah perkuburan. Mereka dikebumikan dalam 1 liang lahad..lepas dah kambus tanah, batu/kayu diletakkan sebagai penanda pada kubur, semua orang dah nak bersurai, anak sulung dia boleh nangis kat tepi kubur panggil2 nama adik dia yg terkorban tu...luqman! luqman!!! sedihnya...aku dengar hubby cite pun dah meleleh2 air mata. Husbd kepada arwah tu berapa kali pengsan sbb x percaya apa yg jadi. Apa2 pun semoga roh kedua ibu dan anak itu dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman dan dikasihi oleh-Nya. Al-fatihah....

2 comments:

aju said...

salam...sedey saya pd kluarga ni..
sampaikan salam takziah saya pada mereka...
Al-Fatihah pada arwah Luqman dan ibunya...AMin..

Shima Sulaiman said...

Salam perkenalan aju..Insya-Allah sy akan sampaikan pada rakan suami sy tu..buat masa ni beliau masih bercuti untuk menjaga anak yang terselamat tu pula di hospital. Sedihkan..