Monday, January 26, 2009

Tips masak kari

Sedikit tips dari Chef Norzailina..aku pun baru jumpa. Sebelum ni masak main taram je..So, aku nak share ngan korang la...

Kari ikan:
1. Bahan penumisnya adalah halba, daun kari dan biji sawi.
2. Bawang merah, bawang putih dimayang halus
3. Gunakan air asam jawa untuk dicampurkan bersama dalam santan

Kari ayam/daging :
1. Bahan penumisnya ialah daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang.
2. Bawang putih, bawang merah, halia mestilah ditumbuk/diblend.
3. Gunakan asam keping/gelugur untuk dicampurkan dalam santan

~ Mak cik aku bg tips pulak - utk bhn2 bawang, tumbuk/blend separuh dan separuh lagi mayang.

Ok, ilmu kita untuk hari ini..:)

2 comments:

Saiful Ramadzan Hairani said...

sedap2...

Ur tagged : Jom Tag kawan2...

>> 10 perkara ttg diri kamu, yg org lain tak tau?

~ by saiful.

Shima Sulaiman said...

adus...ni yg susah hati nak share...ok find it in my next n3..