Sunday, January 18, 2009

Bread & butter pudding

Try buat malam tadi..tp bila dah masak mcm pelik je.kenapa atas je garing..oo maybe susunan roti tinggi sgt sbb loyang kecik..bila potong, alamak berair la. Masuk dlm fridge, pagi ni bakar balik. Mula ingatkan nak garingkan bawah je la sbb atas dah garing gile a.k.a. hampir hangus..tiba2 mataku terpandang sesuatu yg membuatkan aku rasa nak nangis je...waaaa sapa tukar heater dia api atas je...waaa jahatnya tangan itu...

Nampak lembik sikit bhgn bawah tu sbb kes di'sabotaj'...tp sedap la...

Baiklah puan-puan, sekarang saya persembahkan resepi puding ini. Dapat dari blog kawan yummylicious..x ingat sapa..tp rasanya tersangat nikmat..

Bahan-bahannya
10 keping roti gardenia (potong la 2 ke, 4 ke..kalau malas letak je sekeping2)
500 ml susu segar
300 ml whip/fresh cream (tp mlm tadi aku ada 200ml whip je...bedal je la)
5 biji telur
100g gula castor
30 g gula castor (untuk tabur atas puding just before bake)

50g raisins
sedikit kepingan nenas tin (blh ganti laici, epal, peach dll)
butter (untuk sapu setiap keping roti)
esen

Caranya:
1. Blend je gula n telur sampai gula larut
2. Masukkan susu, cream, esen - blend lagi
3. Susun roti yang telah disapu butter ke dalam loyang sambil ditabur kismis dan disusun kepingan nenas di antara lapisan roti dan lapisan atas sekali. (Semalam beli tin kecik je, so dapat bubuh tengah2 layer je). Dah habis susun, tuang bancuhan susu tadi keatasnya.
4. Tabur gula castor atas sekali
5. Bakar 180°C, 45 minit (depends on oven type) dan kaedah water-bath.

Selamat mencuba..

2 comments:

sehati sejiwa said...

sape yg tuko setting oven tu plok?kata sume dh tido??huhuhuu~`..nyang rapik kot..takpon nyang moyang tok sinoh..akakkaka~

Shima Sulaiman said...

ooo ada salah paham disitu..cerita itu ditaip dikala subuh gedi keesokan harinya di mana semua rakyat jelata tgh tido. puding tu dibakar mlm sebelumnya.


P/S: Eh kak long..welkam to the blogersphere..ooo dah memblog lak ye. surat kabar dah habis jual kekekeke...