Monday, January 19, 2009

Daging masak merah

Menu ni member masa dok umah bujang dulu ajar. Sonang yo..

Bahan-bahannya.
Daging - hiris nipis
asam keping
Sebiji bawang besar - potong berbaji
sebiji cili hijau - potong serong dan besar2
2 sdb sos tiram
1/2 sdb sos tomato
2 sdb sos ikan

caranya:
Rebus daging bersama sedikit pati sirap dan sekeping asam keping. Agak2 dah empuk, tutup api. Jgn sampai kering airnya.

Masukkan minyak dalam kuali. Cukup sekadar nak golek2kan daging je. Biar 5-10 minit dengan terus mengacau. Masukkan segala sos dan 3 sdb air rebusan daging tadi. Kacau sehingga sebati dan biarkan sekejap. Akhir sekali masukkan bawang dan cili. Bawang dah layu, tutup api. Ok, siap!

P/S : Kuantiti ramuan di atas hanya utk amount daging yg x sampai setengah kilo tau. So adjust sendiri. Jgn seronok sgt curah sos ikan tu..kang masin terlebih2 plak..

3 comments:

Gula Kapas said...

"Sebiji bawang besar - potong berbaji"

potong berbaji tu apa? macam mana?

kenapa rebus daging dengan pati sirap? untuk bagi dia merah ek? lain dari nak suruh merah? kalu rebus takde sirap boleh ke?

hehe.. banyak soal lak ;D

Shima Sulaiman said...

ada pun hamba ini nyaris x lulus je bahasa melayu masa spm duluhahahahaha..berbaji tu a.k.a bentuk taji ayam kot..mcm tajam2 sikit hujungnya...cemano nak cito ni. Anyone, pls help me!!!!

Shima Sulaiman said...

utk soklan kedua tu dan seterusnya tu, x tau la mak member tu yg ajar..nak tanya balik tp dah lost contact..blh gak kot klu x yah..tp sy suka letak sbb nampak ber'seri' gitu