Tuesday, January 6, 2009

Vietnamese spicy lemongrass chicken

Semeter tajuknya..resepi ni aku try gara2 ada seikat lemongrass dlm fridge yg x ku tahu bila akan habis digunakan hehehhe..rasa lauk ni, ok la..best gak. Sila la cuba utk mereka yg terasa nak mkn menu international plak..Jom tgk bhn2nya..

Usha gambar dulu!
Sumber : Jun yummylicious's blog

Bahan2nya:
3 keping isi ayam - potong kecil2..tp ada gak aku tersesat yg potion tulang sket
3 sdb gula
2 sdb minyak masak
3 sdb sos ikan
3 batang serai - dititik
1 sdb cuka (aku ganti dgn perahan lime sbb ada gastrik, so doktor advise x ambik cuka)
1 sdb sos tiram
1 biji bawabg besar - potong dadu
lada merah + hijau -potong serong

caranya:
1. Panaskan minyak dan masukkan gula. Kacau hingga gula larut dan berwarna gelap.
2. Masukkan ayam dan bawang
3. Lepas 5 minit, masukkan serai dan lada
4. Perlahankan api dan masukkan bahan2 selebihnya.
5. Jika kering, masukkan air skit. Adjust la rasanya klu ada yg kurang.

No comments: