Resepi kali ini tidak disertakan gambar ye tuan-tuan dan puan-puan..x sempat nak bergambar.. byk keje..tu le bukan setakat bz kat opis, kat umah pun bz gak..huhuhuhu..menu ini sgt berkeju..hanya penggemar keju je leh layan mknn cenggini...ok lets find the recipe..
Bahan-bahannya:
1/2 biji bawang besar - potong dadu
setengah peket makaroni
2 keping daging burger - potong kiub
1/2 tangkai cili merah - cincang
(option : capsicum merah/kuning/hijau, brokoli, carrot - sayur2an ni berkaler2..so nnt meriah la klu bubuh)
1/2 ketul kiub ayam
2 keping keju cheddar - potong/koyak2kan
garam secukup rasa
Cara2nya:
1. Rebuskan makaroni seperti arahan di belakang bungkusannya. Bila dah kembang, toskan dan ketepikan. (Kalau biarkan sekejap je sblm nak masak, x yah la gaul ngan minyak. Nnt kalau terlalu berminyak muak pulak bila dah campur ngan cheese nnt)
2. Tumis bawang besar, bila dah agak layu masukkan daging burger. Kacau sekejap, kemudian masukkan makaroni, sayur2an, kiub ayam (dihancurkan dan ditaburkan) dan gaul seketika.
3. Masukkan cheese dan teruskan menggaul sehingga cheese mencair dan perasakan garam.
4. Siap..makan panas2 sedap. Kalau dah sejuk kureng sikit sbb cheessy kan..Ok selamat menjamu selera.
p/s: kalau sediakan menu ni utk kanak2, x perlu bubuh segala sayuran cili tu ye..nnt pedas plak.
No comments:
Post a Comment