Sunday, August 30, 2009

Pizza

Sebelum puasa hari tu seronok sangat tengok kat umah Diana ada buat pizza, gi umah Nowwa pun ada pizza...Semangat berkobar2 utk menghasilkan pizza sendiri. Maka ini lah yang terhasil..
Inilah sarapan kimi n Najmi semalam. Buat mini saiz dan separuh dari adunan di bawah. Salin dari blog k.ummi kuantan utk base dia..topping buat sendiri ikut apa barang yg ada kat umah

Bahan Base (Blh hasilkan 2 keping sederhana besar)
300 gm tepung gandum/tepung roti (aku guna tepung gandum je...tu je yg ada kat umah hehehhe)
200 ml air
15 gm gula
1 1/2 sdt yis
25 gm shortening
1 sdt garam
1 sdb susu tepung

Cara2nya: (ni utk mereka2 yg x de breadmaker spt aku)
- Masukkan tepung, gula, yis, garam, susu tepung. Gaul rata.
- Masukkan air dan uli biar lembut. Masukkan shortening dan uli lagi sehingga doh x melekat kat dalam mangkuk. Aku uli hari tu dekat 20-30 minit la. Lenguh okey! Biarkan doh seketika sementara kita menyediakan toppingnya. Nanti doh akan naik dan kembang.

Bahan2 topping (utk separuh adunan base ye)
1 biji tomato (atau blh je guna tomato puri)
1/2 biji bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (pecahkan dan cincang2kan)
2 batang sosej (disebabkan anaknda jenis memilih mkn, so, aku hancurkan)
1 biji tomato (potong dadu)
1/2 paket daging cincang
sedikit lada hitam + lada putih
1 1/2 sdt rempah spageti bolognese (blh je klu ada segala serbuk english spices)
2 sdb sos cili maggi
garam
1/4 kiub ayam

Cara2nya:
- Tumis bawangan hingga kekuningan.
- Masukkan daging, kacau seketika dan masukkan sosej. Gaul lagi.
- Masukkan tomato yang diblend. Jika agak kering, masukkan sedikit air. Jgn byk sgt sbb nnt base kembang bila topping berair sgt.
- Masukkan pula tomato yg dipotong dadu, lada hitam, lada putih, rempah. Gaul lagi.
- Masukkan sos cili, garam dan kiub ayam. Kacau rata m tuutp api.

Cara menyediakan pizza:
- Canaikan doh dan letak dalam tray/pizza pan. Sapukan sos cili sikit dan sos tomato sikit atas permukaan doh tadi.
- Curahkan topping ke atasnya dan taburkan mozzarella cheese yang diparut menutupi topping.
- Bakar selama 15-20 minit pada suhu 170°C
- Basr dia x keras pun sampai petang. Simpan sekeping utk berbuka dan panaskan balik, base kekal lembut.

Wednesday, August 26, 2009

Kuih Lopes


Kuih yang sangat sinonim dgn bulan puasa. Ni antara kuih favorite ayah aku. Buat sikit utk pelepas rindu masakan arwah isterinya:( Aku jumpa resepi ni kat MyR. Owner dia aku x salin plak. Sapa2 yang teringin, bolehlah cuba resepi ni. Sedap la pada tekak kitorg. Disebabkan aku ibu yang 'sangat rajin' maka lopes ku itu hanya berbentuk segiempat sahaja. Biasa kita jumpa bentuk bulat ataupun segitiga kan. Aku punya rajin, tekan2 dlm loyang 4segi, potong2 je terus. Janji sedap. Kimi ngan Najmi layan sungguh kuih ni..:)

Bahan2 Pulut:
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1 sdt air kapur
1/2 sdt garam
2 helai daun pandan + 1/2 cwn air
bbrp titik pewarna hijau
kelapa parut bahagian putih je, gaul dgn sedikit garam

Cara:
1. Cuci beras pulut dan rendam dengan air selama 3 jam. (Hari tu aku rendam 1 jam je. Nak cepat hehehe) Campurkan sekali air kapur dan .
2. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapis airnya
3. Toskan beras pulut, masuk dalam loyang dan campurkan santan, air pandan, pewarna hijau, garam. Kukus 30 minit.
4. Keluarkan dari kukusan dan tekan2 dalam loyang. Make sure loyang dilapik dgn plastik untuk memudahkan kita mengeluarkan kuih.
5. Bila dah sejuk, potong2 dan gaul dengan kelapa parut yang dah digaul dgn sedikit garam.

*Air gula - Ikut selera dan saiz gula melaka masing2..ini resepi yg ori dr MyR. Adjust sendiri ye.
3 gula melaka
5 sdb gula pasir
3 cawan air

Cara2nya:
-Didihkan semua bahan hingga pekat dan masukkan daun pandan.

Pajeri nanas

Kalau bulan puasa ni banyak sangat yang teringinnya. Ni antara yang aku teringin sesgt nak makan. Resepi ni kak Izan, Assist Tech aku masa kat Sony dulu ajar..masa ni zaman2 penghujung bulan membujang. Sib baik la akak ni sudi ajar aku masak macam2. Tapi ni antara yg aku suka..asalnya pajeri terung tp dia kata blh je nak tukar pajeri nenas..sama je konsep dia.

Aku ringkaskan di sini cara menyediakannya. Jika ada pembaca2 blogku rasa ada bahan yang blh menyedapkan lagi, sila la usul untuk dikongsi dengan pencinta ilmu kulinari kat luar sana.

Caranya:
- Tumbuk bawang putih + bawang merah + 1/2 genggam udang kering.
- Tumis bunga lawang, kayu manis, bunga lawang. Masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi. Kacau hingga bawangan semua garing/naik bau.
- Masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh dgn sedikit air. Kacau sehingga rempah masak/pecah minyak. Masukkan 1/2 cawan air.
- Masukkan santan, nanas yang telah dipotong bulat/separa bulat. Kacau sehingga santan masak ye. Jgn biarkan pecah minyak plak.
- Last sekali, masukkan 2 sdb kerisik, garam, cili masak yg dibelah 2. Semua rasa dah ok, hidangkan.

p/s :
- kalau pajeri terung, campur sikit cili boh dgn rempah kari tu dan tumis sekali
- kalau nanas terlalu masak, masukkan santan dulu dan kacau hingga santan masak. Baru masukkan nanas. Biasanya x berapa sesuai klu guna nanas masak sgt...tp klu dah x de pilihan, x kan nak buang ye tak:D. Bedal aje. Selamat mencuba

Tuesday, August 25, 2009

Chocolate Moist Cake (Kukus)

Sebelum start pose hr tu, teringin sesgt nak mkn kek coklat. Tapi malas sungguh nak buat. Pastu tetiba kawan seperjuangan induksi, Datin Ieka.... membakar lagi selera ku utk buat gak. Kononnya buat utk bg anak2 Adam makan sampingan pagi 1st day pose. Sahur mlm tu jugak aku bedal sepotong. Pg tu, aku potong nak bg diorg makan..di saat serpihan kek nak terjatuh dari pinggannya, aku sambut dan terus masuk ke dalam mulut!!! Waaa masa tu x teringat langsung aku pose..terus gi sinki, kumuh2..godaan sungguh kek coklat ni...hehehhee...meh layan..

X ingat ambik dari blog sapa tp resepi asal dari MyR. Apa2 pun tq la pada pemilik blog tu sbb siap bg tips lagi. Halal ye sy C&P n share resepi ni kat sini. Kek ni lembut, gegar2 masa dah dikeluarkan dari loyang. Anak2 Adam errr termasuk Achue Pait n Balqis kata sedap.
Cuba la jika sudi. Ok Ieka, akak dah tunaikan janji...Jgn lupa beli pengukus dulu:p


Coklat moist cake (resepi asal-myresipi.com).

2 cawan tepung gandum*
2 cawan gula kastor
1 cawan serbuk koko*
1 cawan susu cair
1 cawan air panas
1 cawan minyak jagung (minyak masak pun ok)
3 biji telur gred B
2 sk baking powder*
1 sk bikarbonat*

cara2:-
1.Panaskan periuk pengukus.sediakan loyang .
2.Masukan kesemua bahan kecuali air panas kacau dengan mixer (x perlu lama sgt. Sekadar sebati tu ok la)
3.Masukan air panas kacau lg ..masukan adunan dlm loyang dan kukus hingga masak dlm 1 1/2 jam .

Topping coklat
50g susu cair/segar
100 g coklat masakan
1 sb majerin

-masak secara double boiler (coklat & susu) hingga sebati tutup api kemudian masukn majerin.curah atas kek yg tlh sejuk.

p/s (ini tips dr pemilik blog itu)
- yang bertanda * ayak sekali yer
-pastikan air dh mendidih br kukus
-api jgn terlalu besar nanti kek merekah plak ..sederhana saja
-pastikan tudung periuk di bungkus dgn kain bersih..bg mengelakkan wap jatuh ke dlm kek.
-tangan jgn gatal nk buka2 tudung periuk ker..nk mengintai2 ker.. bior sampai masak ..he3..
-klu kwn2 pakai mixer jgn pukul lame2 janji sebati dah ok.

Monday, August 24, 2009

Daging lada hitam

Wah bersemangat semua org awal2 pose ni ek..Utk awal2 pose ni aku sangat2 bersemangat menyediakan juadah berbuka dan sahur:D. Ditambah plak permulaan puasanya hari cuti. Lagi la syok aku berperang kat dapur tu sorg2. Tp x tau semangat tu hingga ke puasa ke berapa hehehehe. X larat plak rasanya dgn adik ami yg tido x lena 2/3 hari ni...ngantuk seh! Eh panjang plak mukadimahnya...meh tgk menu kita..

Aku summary kan aje kat sini ye. Blh la try kalau suka..ni cara aku masak daging masak lada hitam..:
1. Daging dihiris nipis n cuci bersih.
2. Perap daging dengan sos lada hitam + kicap pekat
3. Tumis bawang besar (hiris berbaji), bawang putih (pecahkan aje) hingga naik bau.
4. Masukkan daging + kicap manis + lada hitam yang ditumbuk halus. Kacau2 sekejap.
5. Masukkan cili padi (kalau suka) atau hirisan lada merah.
6. Perasakan gula + garamnya ye...kot pose, agak2 la nyah..

Makan-makan dan jalan2 sebelum pose

Rabu lepas (19 Aug) aku ambik cuti kebetulan ada hal di KL. Alang2 cuti, apa lagi panjang le langkah aku ditambah pulak en.Asben yg 'sudi' menjadi driver ke sana-sini.

Selepas settle urusan yg penting sgt tu, aku ajak en.Asben merayau kat Sogo. Gigil mak tengok bunting2 n banner2 yg digantung di sana-sini...sumanya Sale!. Woh bertambah miang le kaki mak nak menjelajah ke setiap pelosok kedai. Sib baik la H1N1 tengah hebat, so mendapat larangan dari Paduka Baginda - only @ Sogo's ground floor okey! Baju anak2 je...Baju mak ayah kemudian nnt. Grrrr geram betul..

Tp x pe, puas gak dapat membeli baju2 utk anak2 Adam. Beli pun main agak2 je sbb x berani la nak bawa diorg kat public. Nanti kalau nak bawa gak kena la pikir cemana nak suruh Ami pakai mask. Kimi ok je, Ami x tau la cemana nnt.

Selesai di situ, kitorg gerak nak balik. En.Asben tanya nak lunch kat mana. Teringat la pulak janji manisnya dulu nak bawa makan ikan bakar kat Jln. Bellamy (belakang Istana Negara). Kononnya sedap sgt kat situ. Bila dah membelok ke lorong itu, umang aiiii ramai eiii umat manusio..mano nak parking ni..nak kena paking haram ke cemana...sib baik la akhirnya berjaya gak mendapatkan parking.



Disebabkan ramai sgt org, aku malas la nak meredah manusia2 yg ramai itu, ditambah plak panas menyengat2 atas kepala. So, kitorg pilih kedai yg paling awal sekali kitorg blh sampai hehehehe..Kat situ ada gak dijual lauk2 nasi campur. Ikan bakar tu setakat tambahan je.

So, menu kitorg simple je - ikan pari bakar+ pencicah, ayam panggang, ulam2an, sambal belacan, air memasing la kan. Pada aku masakan dia boleh la, nak kata best sgt tu x la. Harga x ingat plak berapa tp rasanya berbaloi sgt kat situ sbb aku ingat aku ada ckp, ok la harga dia. Sapa2 yg nak mencuba selera di situ, boleh la dtg ye..weekend x sure plak buka ke x..

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

Guideline for the use of surgical mask

A friend forward me this info. Hopefully this will help to explain the right way to wear a mask. At first, I also not sure which side should be at outside or else:D until I receive this email.

"As this kind of virus is droplet spread, the surgical mask is an essential protective barrier for this outbreak. As a result, the surgical mask became in short supply. Therefore, everyone should know the corrective way of use to create the utmost efficacy.

However, there are several questions about wearing surgical mask such as:

There are 2 sides of surgical mask and the white color side contains filter. The corrective ways of use are:

- If we have flu, the white side should attach to our face (the color side faces out) to filter the micro-organism not to spread them out to others

- If we are not ill, the white side should face out to protect micro-organism from environment to come to contact with us"

Please tell others as we can see people wear the mask in many way without understand the function of each side.Hopefully we will be save and free from this virus. Amin.

Thursday, August 20, 2009

Kerabu pucuk paku

Menu yang sedap tp tersangat la byknya step..apa2 pun sgt berbaloi la sbb org tua ku itu suka lak makan..meh la cuba..aku malas nak taip balik. Kopipes je dari blog tukang masak termasyur di alam cyber ni - K.Hanieliza...mintak izin ye share ngan kengkawan n suku-sakat..


Bahan
2 ikat pucuk paku
1 cawan taugeh [basuh dan toskan]
1/2 cawan kelapa goreng [mesinkan]
1 labu bawang besar [hiris]
6 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/b sos ikan
gula

Sambal [mesinkan]
5 biji cili merah
6 biji ciliapi
2 sm belacan
2 s/b ikan bilis
1 s/b jus asam jawa

Cara
1. Pucuk paku diambilkan daun hijau sahaja. Basuh dan rebuskan sehingga lembut.
Toskan
2. Gaulkan semua bahan sambal dan sayuran.
3. Rasakan masin dan masamnya.
4. Hidangkan.

NOTA:
Taugeh tidak perlu direbus/celur supaya mendapatkan kerangupan sayur itu.

Tuesday, August 18, 2009

Lepat labu

Ini pun antara kuih kegemaran aku..byk kali dah buat tp x pernah dpt yg betul2 lembut seperti yg pernah aku makan..Hari tu aku try lagi n aku sukat ikut gerak hati aku...ceh kunun...tp alhamdulillah menjadi..so, aku nak paste kat sini utk reference aku kemudian hari nanti..

Opss...kelapa tu x simetri plak....ahhh janji sedap..

Bahan-bahannya :
2 cawan isi labu yang telah dilecek/hancurkan
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula

Caranya:
- Gaul je semua tu hingga sebati.

Bahan lain:
1. Kelapa parut (ambil yg putih je) gaul dgn sedikit garam
2. Daun pisang, layurkan sekejap atas api..Kalau x layur nnt daun pecah2 masa nak gulung n lipat

Untuk 'melepatnya' pula..
- Bungkus je macam buat lepat biasa.

X sangka plak kimi n najmi suka...blh la buat lagi nnt..tp kat sini susah nak dpt daun pisang..itu pun kalau ada blh la buat kuih2 berdaun pisang ni..harga sebelah je 50sen. Kalau 1 pelepah tu maknanya singgit la..

Monday, August 17, 2009

Terung goreng sambal

Aku sebenarnya suka menu ni tp memang x reti nak buat..korang yang dah pro mesti ckp, ala ni pun nak refer blog org ke....hahahhahaha suka la - tekak aku, perut aku, blog aku huhuhuhu sikit punya kejam ayat tu..ok kali ni dari blog secubitgaram, k.nor, t'ganu..sgt mudah n cepat nak disediakan..cubalah..

Malas nak taip punya pasal...aku C&P je ye tuan-tuan n puan-puan...
Cara-caranya:D

2-3 Terung panjang

1 tangkai cili merah (ikut selera nak tmbh cili api)*

2 ulas bawang merah*

1 ulas bawang putih*

segenggam udang kering* (aku buat x de la sampai segenggam)

1 sudu belacan*

Perasa-Garam dan gula secukupnya

Limau Kasturi-Ketika menghidang


Bahan-bahan:D

Terung dikupas belang2,dipotong 2 dan belah agak nipis.

Bahan2 bertanda*ditumbuk/dikisar menggunakan pengisar bhn kering.

Panaskan dalam 1/3 cawan minyak..tumis bahan yg ditumbuk/dikisar sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan terung dan kacau goreng seketika sehingga bahan2 sekata.Kecilkan sedikit api..

Apabila terung sudah kelihatan kecut dan mula masak,baru tambahkan air sehingga melebihi paras terung.Tutup periuk dan tunggu sehingga terung benar2 masak dan lembut. Perasakan dengan bahan2 perasa.

Apabila terung sudah lembut, (sila tambah air jika masih belum lembut ye)..sebatikan semua rasa dan tutup api.Pastikan tidak terlalu banyak kuah untuk rasa sambal lebih.Cara hidangan..Perahkan limau kasturi di atas terung yg sudah dicedok ke dalam pinggan makan..


Sonang yo...

Thursday, August 13, 2009

Bubur jagung

Menu simple2..beli jagung tongkol 7 ketul RM2.50 je masa Pesta Konvo UPM baru ni...murah2 je sayur2, daging yang dijual dari Unit Jualan, Taman Pertanian Universiti..byk jugak la sayur2 yg aku beli...daging ngan ikan je aku x beli sbb itu 'bahagian' en.asben:D

Aku pelik, cucur jagung kimi n najmi makan..tp bubur ni langsung diorg x mo...mcmana bentuk butir jagung tu masuk dalam mulut diorg, mcm tu jugak la diorg keluarkan balik..adus..ok frens, xdak resepi no...hangpa bubuh saja semua yg hangpa nak masukkan dalam periuk. Curah santan, gula putih, gula merah sikit klu suka, daun pandan dan didihkan sehingga santan masak...kacau sekali sekali supaya x bertahi minyak..

Masak lemak siput sedut

sorttt.....srotttt...ha tu la bunyi-bunyian yg keluar bila menu ni disediakan...x tau plak kimi suka siput sedut ni...tapi yang jadi mangsa tukang sedut, sapa lagi...abahhhh! Kesian en.asben...dah la demam sesema..xtau la apa yg disedutnya...apa yg disedutnya? Eiiiiiii..........

Nak masak siput ni bukannya susah...potong sikit hujung siput tu...kang susah plak nak menyedutnya bila makan...bersihkan siput (kocak dlm air), pastu masuk dlm periuk n masak la seperti masak lemak kuning yg biasa tu...bubuh la daun kunyit kalau suka..dah siap..tp hari tu cam sengsara gak la menyedut...maybe sebab pendek sgt hujungnya aku potong...aarrr tp jgn boh cili padi plak, kang ada yg tersedak masa sedut siput tu...sikit maybe ok la...hari tu kimi makan nasi sikit je..dok adap semangkuk siput sedut tu..sian abah jadi mangsa hehehehe

Wednesday, August 12, 2009

PREVENTION OF H1N1 DISEASE an article written by Dr V M Palaniappan of Neo Health Care

I just received this email/article and would like to share with all of you. Maybe there are friends/parents/relatives that looking an info to prevent of this influenza. Please read until end of this article so that you wont miss any important/highlighted info..thanks to sender : Dr.V.M. Palaniappan, Ph.D., (Pioneering Founder of "Ecological Healing System") Neo Health Care.

DISCLAIMER:
The contents of the above mail / 'article', based on my personal research thinking, written without any prejudice, form a reply to one of my patient's / friend's inquiry. I am sending copies of this to my friends with a view to letting them know some useful information. This does NOT form a suggestion for the treatment of any kind of OR any one's health problems. I have no objection if my friends wish to forward this to THEIR friends, provided they include this disclaimer along with my copyright protection while forwarding. If this 'article' has reached you unsolicited, and if you do not wish to receive such mails in future, kindly inform me or your forwarder so that it can be avoided in future. With thanks, Dr. Palani, Ph..D., Pioneering Founder of Ecological Healing System, a Complementary Medicine.
Basic information for the prevention of H1N1 disease:

(a) The following information I have written in my book on "Human Diseases" should prove very useful:

p.187: Immunity against virus diseases.
p.141: Common Cold.
p.171: German Measles
p.232. Shingles
p.246. Virus Diseases.
p. 115: Body Heat or Heaty Body.
p.35. Table-1: Diseases that may develop in relation to acidity.

All the above are very much relevant to H1N1 disease. They would only take very little time to read.

(b) Besides the above, the following should prove useful as well:

* Keeping awake late-nights is not very good. Likewise, over-working (far too much of working until your body is totally exhausted) is not good. Starving without eating food is not good for this disease. Strenuous exercises are not good, as it would make the body acidic.

* Avoid consuming ACID foods, fruits and drinks. Examples of this: buah kundang, rambai, macang, mango, duku langsat, rambutan (a few ok), mangosteen (very few, ok), durian (not too much), green belimbing used for cooking (sweet buah belimbing, ok), strongly sourish Durian Belanda (sour sop) (sweet sour-sop, ok), sour plums, Roselle drink, Assam Jawa drink (using Assam Jawa for cooking, ok), (oranges, pomelo and lemons are ok, since they contain plenty of potassium), sour pineapple (a little of sweet pineapple, ok), China-imported tit-bits that taste sour: e.g., sourkana, sour orange skin, sour lemon skin, sour ginger, sour-tasting Bayam (pulicha keerai, in Tamil), etc., Generally rice and rice-based foods are good. All those bottled drinks that may contain citric acid (or any other acid or preservatives) should be avoided. Foods cooked 2 or 3 days ago (i.e., old food), if not sterilised properly) should not be eaten as well. This is especially true if the curry contains dhor dhall, kacang hijau (green gram), kacang tanah (groundnut), etc. Must avoid eating chocolates, ALL forms of nuts including groundnuts, pistachio, almond, etc. should not be eaten in large quantities / frequently (A few added to foods can be eaten).

* Better to eat: dragon fruit, sweet apples, honey melon, water melon, pears, bananas, cucumber, onions, pumpkin, grey 'pumpkin' (Poosanikkai, in Tamil), loofa (Peerkangai in Tamil), Drinking coconut water (and its meat) on alternate days (during day time and not by night) is good. Coconut water can be taken daily if one is travelling around, or is enggaged in strenuous physical work.

*The fruits of Sea Coconut (Borassus flaberllifers) is EXCELLENT if a person has already contracted the disease. It will give immediate cure. Now, it is available in supermarkets in canned forms: they call it Sea Coconut, imported from Thailand or Singapore : white syrup or gula Melaka preparation: both are OK. (Uninfected people can also eat this for prevention: dosage: just 2 or 3 pieces only in the mornings on alternate days, until the hot season changes.

* If infected, one should bathe 3 or 4 times a day in cool tap water. (Hot water is bad).

* Once infected, the person should eat RICE and rice-based foods, and should avoid high protein diet, chicken, soybean (all kinds), oily foods, Wheat items are not good. Powdered milk, papaya and other acid fruits mentioned above should be avoided altogether.

IMPORTANT NOTE: All the above should NOT be continued forever. Do all the above only for a month or so, until the HOT season changes. After that, should eat ALL things in moderation.

Friday, August 7, 2009

Kek prune kukus

Last month aku balik kampung sempena 'kempen Buah-buahan Tempatan' di rumah FIL aku kat Pekan. Kebetulan plak kaklong buat kek kukus ni...punya la sedap...nak ku balun abis, kang ada plak kakak ipar sound 'buruk makan sungguh adik ipar ku ini' kekekeke.. untuk memuaskan hati dan tekakku, aku mintak resepi kat kaklong. Ambik dr blog kak ummi kuantan katanya...cubalah...memang sedap, lembut n lemak2 manis.

Bahan:
250gram butter
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
1\2 tin susu pekat
20 biji prune (blend dgn sedikit air)
5 biji telur
5 biji prunes (hiris kasar)

caranyer:
- Didihkan air dalam kukusan, griskan loyang.
- Putar butter bersama gula n susu hingga sebati.
- Kemudian masukkan telur satu persatu sambil putar.
- Masukkan prune yang diblend tadi. Kacau rata.
- kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit..putar sebati.

- Last sekali masukkan prunes yang dihiris kasar, kacau sekejap bagi rata. Tuangkan ke dalam acuan\loyang dan kukus selama 1jam 1\2 atau hingga masak..

Nota : Alkisah masa buat kek ni aku x perasan pun tepung yg digunakan adalah tepung naik sendiri. Pastu dah cuak, sms le tauke tanya kek ni naik ke x. Sebabnya kukus aku jenis yg lebar tp x tinggi. So, takut la kang naik tinggi terlanggar plak penutup kukusan tu...mesti x cantikkan..Tauke kata, naik tp x tinggi sangat..aku pikir balik, apa bhn yg blh menyebabkan dia akan naik..baca balik resepi, barulah terperasan 'TEPUNG NAIK SENDIRI'. Pap! Tepuk dahi..Aku keluarkan balik bancuhan yg dah ready dlm loyang, masukkan dalam mangkuk, curah 1sdt baking powder. Kacau2 n kukus. Alhamdulillah menjadi..bw opis sbb ada Tea Club giliran group aku. Tp aku buat 3/4 adunan aku kukus, lagi 1/4, aku saje test bakar..makan esok harinya, mmg sedap. Klu bakar kek2 begini (kek buah/kek lapis), dinasihatkan jgn makan terus masa dia panas2. Sbb dia mcm keras gitu. So, simpan dulu 1 mlm ke 7/8jam ke, pastu tgk balik kek tu..kek tu akan lembap. Br la syok utk dihidangkan..

Apam pisang syokkk

X mo cite byk...korg try la..mmg best..aku kopipes je dr FP maklang ulampegaga...lembut, gebu, harumm

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)

3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)

4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda

1 cawan gula
secubit garam

Cara-caranya
1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.

2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.

3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.

4. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.

Monday, August 3, 2009

Udang goreng nestum

Resepi asal aku x ingat sapa punya..tp aku ambik ni dr blog favorite aku - K.Ummi Kuantan.. Akak ni mmg pro masak..simple2 je tp masakan dia mmg best..meh la cuba..En.Asben kata sedap..heheheheAku x ikut sukatan sebenarnya. Main campak2 je but still follow the recepi ingredients n steps. Bila tgk, cara dia lebih kurang mcm buat butter prawn tp yg ni x de guna telur..

Bahan2nya:
Udang
Serbuk kunyit
Daun kari (setangkai je cukup)
Butter (dlm 2sdb)
Nestum secukupnya
gula + garam

Caranya:
- Bersihkan udang dan gaul dengan serbuk kunyit + garam. Goreng seketika dan ketepikan.
- Cairkan butter dan masukkan daun kari. Apabila daun kari agak2 garing gitu, masukkan udang, nestum, gula, garam. Gaul seketika dan blhlah diangkat.
- Bau dia mmg harum n sedap. Cubalah!

Lemongrass Chicken

Dengan izin....ceh mcm ayat kat Dewan Negara plak..aku tepek gambar and resepi ni yg di C&P dari blog secubitgaram kak nor, Terengganu..meh la cuba...sedap tau..tengkiu kak nor sudi share resepi ni ngan rakyat jelata..:D

Bahan-bahannya:

4 keping chicken thigh and leg (Aku bedal je apa yg ada dlm fridge)

8 biji bawang merah - ditumbuk atau dicincang

2 batang serai

1 camt serbuk jintan putih

1 camt serbuk kunyit

1 camt serbuk ketumbar

2 camb gula perang

garam secukup rasa

1 camb sunflower oil atau apa2 minyak masak

(Untuk ibu2 yg 'rajin' seperti sy, campur je sume bahan tu, pastu masukkan minyak n blend all together. Terus siap. Minyak tu mmg aku lebihkan sikit sbb blender tu x leh jalan plak bila kering sgt. Ok je menjadi)


* potong serai bahagian hijau dan tinggalkan hanya bahagian putih

* kemudian hiris dan tumbuk atau cincang halus

* kemudian satukan semua bahan dan gaulkan sebati supaya menjadi paste

* masukkan ke dalam freezer bag dan gaulkan dengan ayam

* perapkan ayam dengan bahan2 perapan tadi dan biarkan beberapa jam atau semalaman (Aku perap 2 jam je)

* setelah itu bolehlah dibakar pada suhu 180C selama 30 min (pastikan ayam diterbalikkan sekali supaya kedua2 bahagian masak sekata)

* kemudian panggangkan selama 10 min atau sehingga keperangan (ni x buat pun sbb mak penat u, br balik keje masa tu.)

* bolehlah dihidangkan dengan nasi ayam/nasi lemak atau nasi putih