Wednesday, August 26, 2009

Kuih Lopes


Kuih yang sangat sinonim dgn bulan puasa. Ni antara kuih favorite ayah aku. Buat sikit utk pelepas rindu masakan arwah isterinya:( Aku jumpa resepi ni kat MyR. Owner dia aku x salin plak. Sapa2 yang teringin, bolehlah cuba resepi ni. Sedap la pada tekak kitorg. Disebabkan aku ibu yang 'sangat rajin' maka lopes ku itu hanya berbentuk segiempat sahaja. Biasa kita jumpa bentuk bulat ataupun segitiga kan. Aku punya rajin, tekan2 dlm loyang 4segi, potong2 je terus. Janji sedap. Kimi ngan Najmi layan sungguh kuih ni..:)

Bahan2 Pulut:
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1 sdt air kapur
1/2 sdt garam
2 helai daun pandan + 1/2 cwn air
bbrp titik pewarna hijau
kelapa parut bahagian putih je, gaul dgn sedikit garam

Cara:
1. Cuci beras pulut dan rendam dengan air selama 3 jam. (Hari tu aku rendam 1 jam je. Nak cepat hehehe) Campurkan sekali air kapur dan .
2. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapis airnya
3. Toskan beras pulut, masuk dalam loyang dan campurkan santan, air pandan, pewarna hijau, garam. Kukus 30 minit.
4. Keluarkan dari kukusan dan tekan2 dalam loyang. Make sure loyang dilapik dgn plastik untuk memudahkan kita mengeluarkan kuih.
5. Bila dah sejuk, potong2 dan gaul dengan kelapa parut yang dah digaul dgn sedikit garam.

*Air gula - Ikut selera dan saiz gula melaka masing2..ini resepi yg ori dr MyR. Adjust sendiri ye.
3 gula melaka
5 sdb gula pasir
3 cawan air

Cara2nya:
-Didihkan semua bahan hingga pekat dan masukkan daun pandan.

4 comments:

myza said...

oh ni fav orang pekan jugee..kihkihkih..

Mamajenn said...

kimi pun dah pandai kuih2 melayu nih...ceh...x de la penat nak layan cheese je..;p nak kata lahir luar negara, jejak pun x pernah...kekeke

myza said...

ade la tuh darah jauh.bak kata org bau bau bacang pun xkuat gitu.?/??

Mamajenn said...

hmmm ni yg kena buat salasilah keluarga cam abah buat tu hehehe