Wednesday, January 28, 2009

Tagged dr Sdr. Sepul

10 perkara ttg diri kamu, yg org lain tak tau?

1. Suka berangan
2. Minat sangat mencuba makanan dan resepi yang pelik2
3. Dah lama stop minum Nescafe sbb jadi ketagih plaks...x minum sehari je rasa laloq semacam...ceh
4. Tidak suka memakai barang kemas. X kira la emas ka, suasa ka, perak ka, plastik ka...tp buat masa ni la...kot dah 'dewasa sesgt' nnt teringin, x tau la kan. Well, masa berubah dan manusia pun mungkin akan berubah auwwwsss
5. Jaki sgt tgk org main snow...maknanya teringin sgt nak jejak kaki ke bumi omputeh
6. The very the sensitive gitu..
7. Setengah org maybe dah tau kot, penghidap penyakit gastrik. Dah hampir nak kena operate sbb suspect usus jadi ulser..usus den hampir bocor..tp lepas tu x jadi pulak...alhamdulillah.
8. Cepat cemas kalau call org2 tertentu berkali2 tp x dpt, especially my cik abang la kan sbb keje jauh la jugak.
9. Cepat simpati pada org2 tua, kanak2, peminta sedekah, binatang2 teraniaya.
10. Nak dpt balik berat badan sblm kawen hahahahha blh ke..sekarang dah 48 kg tau..

Yea..yea...dapat hadiah dr sepul...tks again...!!!

Makaroni goreng berkeju

Resepi kali ini tidak disertakan gambar ye tuan-tuan dan puan-puan..x sempat nak bergambar.. byk keje..tu le bukan setakat bz kat opis, kat umah pun bz gak..huhuhuhu..menu ini sgt berkeju..hanya penggemar keju je leh layan mknn cenggini...ok lets find the recipe..

Bahan-bahannya:
1/2 biji bawang besar - potong dadu
setengah peket makaroni
2 keping daging burger - potong kiub
1/2 tangkai cili merah - cincang
(option : capsicum merah/kuning/hijau, brokoli, carrot - sayur2an ni berkaler2..so nnt meriah la klu bubuh)
1/2 ketul kiub ayam
2 keping keju cheddar - potong/koyak2kan
garam secukup rasa

Cara2nya:
1. Rebuskan makaroni seperti arahan di belakang bungkusannya. Bila dah kembang, toskan dan ketepikan. (Kalau biarkan sekejap je sblm nak masak, x yah la gaul ngan minyak. Nnt kalau terlalu berminyak muak pulak bila dah campur ngan cheese nnt)
2. Tumis bawang besar, bila dah agak layu masukkan daging burger. Kacau sekejap, kemudian masukkan makaroni, sayur2an, kiub ayam (dihancurkan dan ditaburkan) dan gaul seketika.
3. Masukkan cheese dan teruskan menggaul sehingga cheese mencair dan perasakan garam.
4. Siap..makan panas2 sedap. Kalau dah sejuk kureng sikit sbb cheessy kan..Ok selamat menjamu selera.

p/s: kalau sediakan menu ni utk kanak2, x perlu bubuh segala sayuran cili tu ye..nnt pedas plak.

Monday, January 26, 2009

Tips masak kari

Sedikit tips dari Chef Norzailina..aku pun baru jumpa. Sebelum ni masak main taram je..So, aku nak share ngan korang la...

Kari ikan:
1. Bahan penumisnya adalah halba, daun kari dan biji sawi.
2. Bawang merah, bawang putih dimayang halus
3. Gunakan air asam jawa untuk dicampurkan bersama dalam santan

Kari ayam/daging :
1. Bahan penumisnya ialah daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang.
2. Bawang putih, bawang merah, halia mestilah ditumbuk/diblend.
3. Gunakan asam keping/gelugur untuk dicampurkan dalam santan

~ Mak cik aku bg tips pulak - utk bhn2 bawang, tumbuk/blend separuh dan separuh lagi mayang.

Ok, ilmu kita untuk hari ini..:)

Friday, January 23, 2009

African Marble Cake

Kek ni buat mlm tadi dan makan sambil menonton Puaka Niyang Rapik...Basiclly i cld say that this cake rasanya biasa aje...ceh sesuka hati je komplen resepi org....ikut tekak memasing le..pada kitorg, kek ni basa je..tp sapa2 yang nak try, silalah..

Amik gambar dulu sblm masuk bilik sauna

Nih hasilnya! Terlebih godek sampai adunan emulco tercampur sikit.

Sumber asal : Roshayati Johari
C dr blog Maklang

Bahan2nya
250g tepung naik sendiri
200g gula kastor
300g telur - timbang tanpa kulit (maklang guna 4 biji telur)
1camb ovellate
1camt baking powder
2camb susu pekat
50g air (maklang guna fresh milk)
175g butter - cairkan dan sejukkan seketika
coklat/strawberry/kopi/pandan emulco - pilih satu yg digemari/yg ada dlm peti es

Caranya:
- Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco, sehingga pekat dan kuantitinya menjadi double.
- Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati.
- Asingkan 3 senduk adunan. Campurkan 3 senduk dengan emulco.
- Tuang adunan banyak dalam loyang.
- Tuang sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak.
- Bakar (Pastikan adunan hanya separuh loyang sbb kek ni akan naik double)
- Suhu 160°C, 45 minit atau sehingga masak. Setelah masak masak, biarkan 5 minit dalam loyang baru keluarkan. Ini utk elakkan kek jadi kecut. Maklang tu kata la...

Tuesday, January 20, 2009

Al-fatihah

Al-Fatihah kepada keluarga rakan sekerja dear hubby, kerana terlibat dalam kemalangan selepas menziarahi anak sulung mereka di hospital (SMC) yang baru pulih dari kemalangan di sekolah. Sewaktu perjalanan pulang, selepas makan malam bersama suami arwah, beliau dan seorg anaknya (anak ketiga) telah terkorban manakala seorang lagi anaknya (anak kedua) terselamat.

Utusan Malaysia, 20 Januari 2008, mukasurat 27

*Menurut hubby, kedua-dua anak yang mengikut ibunya pulang (diorg bergilir jaga anak sulung yang di hospital) tak nak balik malam tu and nak tido dengan abang mereka yang masih ditahan wad kerana terlibat dengan kemalangan di sekolah minggu lepas. Anak sulung mereka sepatutnya keluar hari ini. Mungkin petanda tp hakikatnya itu semua adalah takdir Ilahi. Masa hari kebumi anak sulung tu ikut serta menghantar jenazah ibu dan adiknya ke tanah perkuburan. Mereka dikebumikan dalam 1 liang lahad..lepas dah kambus tanah, batu/kayu diletakkan sebagai penanda pada kubur, semua orang dah nak bersurai, anak sulung dia boleh nangis kat tepi kubur panggil2 nama adik dia yg terkorban tu...luqman! luqman!!! sedihnya...aku dengar hubby cite pun dah meleleh2 air mata. Husbd kepada arwah tu berapa kali pengsan sbb x percaya apa yg jadi. Apa2 pun semoga roh kedua ibu dan anak itu dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman dan dikasihi oleh-Nya. Al-fatihah....

Monday, January 19, 2009

Daging masak merah

Menu ni member masa dok umah bujang dulu ajar. Sonang yo..

Bahan-bahannya.
Daging - hiris nipis
asam keping
Sebiji bawang besar - potong berbaji
sebiji cili hijau - potong serong dan besar2
2 sdb sos tiram
1/2 sdb sos tomato
2 sdb sos ikan

caranya:
Rebus daging bersama sedikit pati sirap dan sekeping asam keping. Agak2 dah empuk, tutup api. Jgn sampai kering airnya.

Masukkan minyak dalam kuali. Cukup sekadar nak golek2kan daging je. Biar 5-10 minit dengan terus mengacau. Masukkan segala sos dan 3 sdb air rebusan daging tadi. Kacau sehingga sebati dan biarkan sekejap. Akhir sekali masukkan bawang dan cili. Bawang dah layu, tutup api. Ok, siap!

P/S : Kuantiti ramuan di atas hanya utk amount daging yg x sampai setengah kilo tau. So adjust sendiri. Jgn seronok sgt curah sos ikan tu..kang masin terlebih2 plak..

Ayam Bakar Rosemary + Black Pepper Sauce

Rosemary tu bukan la anak perempuan kepada Pn. Mary ye puan-puan. Ianya sejenis rempah yang selalunya digunakan dalam masakan2 barat seperti pasta, bbq tu je la yg aku tau..so itu la menu lunch semalam. Let see the ingredients.

Ramuan perap ayam:
Beberapa keping bahagian ayam
Rosemary/thyne(betul ke ejaan ni)/spaghetti bolognese spices
Garam
Gula skit je (Boleh ganti ngan madu/golden syrup)
Serbuk lada putih
Serbuk kunyit (nak bagi kaler je. Klu x nak bubuh pun x pe)
Perahan lemon
1 sd besar Butter (Ikut kuantiti ayam. Tak perlu byk sgt)
sebiji bawang putih dicincang

* Cairkan butter dan masukkan bawang putih. Kacau2 sehingga bawang putih kekuningan dan tutup api. Campur dalam kepingan ayam tadi dan masukkan semua bahan yg lain. Gaul sebati dan perap 4/5 jam. Bakar sehingga masak.

Ramuan Black Pepper sauce
*Option 1
4 sudu besar sos lada hitam
1/2 cawan air
1 sdt lada hitam
sedikit gula dan garam
Sebiji bawang putih dicincang halus
sedikit tepung jagung - bancuh dengan air

atau

*Option 2
1 tin Campbell mushroom soup
oyster sauce
1 1/2 sdt black pepper
sedikit kicap pekat (utk menghitamkan sauce tersebut)

*Masakkan aje atas api kecik suma bahan2 tu sampai mendidih. Klu option 1, bila dah mendidih baru masukkan tepung jagung yang dah dibancuh. Kacau sekejap, sos nampak likat dan tutup api.

Best makan panas2. Cuba la..

Sunday, January 18, 2009

Bread & butter pudding

Try buat malam tadi..tp bila dah masak mcm pelik je.kenapa atas je garing..oo maybe susunan roti tinggi sgt sbb loyang kecik..bila potong, alamak berair la. Masuk dlm fridge, pagi ni bakar balik. Mula ingatkan nak garingkan bawah je la sbb atas dah garing gile a.k.a. hampir hangus..tiba2 mataku terpandang sesuatu yg membuatkan aku rasa nak nangis je...waaaa sapa tukar heater dia api atas je...waaa jahatnya tangan itu...

Nampak lembik sikit bhgn bawah tu sbb kes di'sabotaj'...tp sedap la...

Baiklah puan-puan, sekarang saya persembahkan resepi puding ini. Dapat dari blog kawan yummylicious..x ingat sapa..tp rasanya tersangat nikmat..

Bahan-bahannya
10 keping roti gardenia (potong la 2 ke, 4 ke..kalau malas letak je sekeping2)
500 ml susu segar
300 ml whip/fresh cream (tp mlm tadi aku ada 200ml whip je...bedal je la)
5 biji telur
100g gula castor
30 g gula castor (untuk tabur atas puding just before bake)

50g raisins
sedikit kepingan nenas tin (blh ganti laici, epal, peach dll)
butter (untuk sapu setiap keping roti)
esen

Caranya:
1. Blend je gula n telur sampai gula larut
2. Masukkan susu, cream, esen - blend lagi
3. Susun roti yang telah disapu butter ke dalam loyang sambil ditabur kismis dan disusun kepingan nenas di antara lapisan roti dan lapisan atas sekali. (Semalam beli tin kecik je, so dapat bubuh tengah2 layer je). Dah habis susun, tuang bancuhan susu tadi keatasnya.
4. Tabur gula castor atas sekali
5. Bakar 180°C, 45 minit (depends on oven type) dan kaedah water-bath.

Selamat mencuba..

Friday, January 16, 2009

D pulak....

Naik bengap aku menyiapkan 'assignment' Diana ni..internet mcm hampes je dr ptg tadi..rasa mcm nak makan je keyboard ni.

Benda pertama kena buat...aku copy dulu rules nih..

“The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 6 people.”

Eventhough it is simple tp dah nak kematu aku dok kat sini..layannnnzzz

1. I am a working mum with 2 heroes

2. I really want to go to Mecca and Holland

(aku nak ambik gambar bunga tulip takut korg kata minah jiwang plaks...tp sana mmg meriah ngan bunga tu)

3. My favorite place is (are) my kitchen n beach


4. My favorite thing is (are) my culinary tools and books/mags

5. My favorite drink(s) is (are) tea n fruit juice

6. My favorite food(s) is (are) potato salad n any kue tiaw menu..

7. My favorite color is
Dulu minat hijau n biru tapi lelama jadi bosan plak..

8. I live in Serdang, Selangor

Cemano nak cari gambar yg menunjukkan serdang.

Nah hambik gambar wakil rakyat tempat aku hahahahha...Dato' Dr. Satim Diman

9. I was born in Hospital Daerah Kajang

Apa kena mengena hospital kajang dan gambar satay ini...ya betul, Bandar Kajang terkenal dengan satay Hj. Samuri. Jalan depan sikit korang jumpa la Hospital Daerah Kajang..and of course anak jatiSeeeelllllllaaaaaanggggorrrrr!!!

10. My college was
11. My favorite stories errr mcm x de je..tv program tu ada la - afc, House, CSI - all series, yg terkini Niyang Rapik haahahaha

12. My hobby(ies) is (are)
13. I wish for this - Actually, I hv many things i wish in future..They are..


I am tagging:
a. ibu emiralisa (byk masa freekan...sila jawab ye)
b. Capt. Pait (ashker mana pernah bz kannnnn)
c. En. Buncit (eh bz ke..la xperasan)
d. Cik Momot (sudi2kan la)
f. Cik Palina (at least you have something to update(*_*) Dun get stress!)
g. Mr. Boban (ala layan laaa..ye!)

arghhhh dah kol 2 am. nak tido....

Wednesday, January 14, 2009

Sandwich telur

Baru sempat nak update...x de la bz sangat tp tengah malas..

Atas : telur & cheese
Bawah : Telur & sayur2

Ini menu sarapan pagi ahad lepas. Malas nak masak sebenarnya sbb pagi tu hujan, sejokkknya n liatnya nak bangun. So, prepare tu je la. Sandwich ni mcm2 cara boleh disediakan. Samada dibuat seperti di gambar di atas atau dibakar menggunakan sandwich maker. Ikut memasing le.

Hari tu buat sandwich telur je. Tp bukan telur rebus, telur tu digoreng. Senang je. Campak je dlm kuali bawang besar yg dicincang, bila dah layu masukkan telur yg dah dipukul sedikit bersama lada hitam sikit, garam sikit. Kacau je dlm kuali tu. Cincang2kan dalam kuali telur tu. Agak2 dah masak tu, kuarkan dari kuali dan gaul dengan mayo. Pastu potong tepi kulit roti. Ambik sekeping roti, susun daun salad, tomato hiris, timun hiris sikit, bubuh telur tu, tutup atasnya ngan sekeping lagi roti. Siap!!!

Untuk anaknda Hakimi, memang x suke mkn sayur (tp dia ambik supplement tau, cuma x sama la:p), roti dia hanya ada telur dan sekeping cheese je. Senangkan...so sesapa yg rasa malas nak masak breakfast wkend ni, cubalah. Kulit roti jgn buang ye...tunggu projek seterusnya.

Monday, January 12, 2009

Is that France...???

Palina, we were in France last weekend!!! U dont believe me? Look at this photo...

another one.....Hahahahha dont u ever believe me....we were at Colmar Tropical, Bukit Tinggi, Pahang. It was design with a 'france theme' (they said!). Its took about 45min-1 hr to reach there. We've been there last time (masa berchenta2 dulu - 2002 klu x salah), and yesterday we bring our kids to visit the place. We also invited Capt. Pait to join us. At first she refuse to go because she thought it is too far from KL. But at last, when we arrive at Genting Sempah R&R, she called me and said that she's coming..Gatal betul.

Rabbit Park

The 1st place we went once we reach Bukit Tinggi.

Mama mana rabbit.....

"I give you this and you feed the rabbit"....tapi hakimi nyaris nak makan...hishhhh anakku

Never hold a rabbit like this..its gonna kill them..sakit telinga dia. Their staf told us!

A flamingoes, donkeys, turtles, snake (eiiiiwww!!!!) & scorpion also can be found there. The place is not a huge space but they can place all this animal in that limited area. There also a donkey riding but it will start at 2 pm. We didnt wait till 2 coz the sky start cloudy and we worrid that we will miss to visit Colmar Tropical.

We spend there about 1 1/2 hr before we 'hike' to the Colmar Tropical. Of cause, we found many changes compare to our previous visit. So, we show our sons (even they dont understand) our tempat bercinta dulu huhahuha....

The clown is 'making' the sword for both sons.

"What is this hakimi?"
"AYAM"
"Pandai anak abah. Since went ayam can swim huh?"

Dont fight la...i luv both of u....dont worry

At 3.30pm, we retun to KL. Both sons and mom hehehehe pengsan...penat jalan tp happy sesgt..

Capt. Pait n Balqis, us..Capt. Wan ambik gamba..

Saturday, January 10, 2009

Layak ke???? :p

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di bawah untuk diletakkan di blog anda.
Dah expired la badge ni...
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Ni sume keje ibu emiralisa. Tengkiu, anyway..:)

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
Banyaknye! sampai saploh.....adusss
1. Sangat suke menghabiskan masa di dapur
2. Sekarang dalam usaha mempelajari fertigasi ('ilmu' menanam pokok) hehehehe
3. Dipilih oleh alang (my c's) to organize our family day...tgh x de idea nak gi mana
4. Now i am addicted to Asianfoodchannel, Channel 703 Astro...tu yg makin bersemangat
nak masak tu...ceh kunun..

5. Masih dan terus mendalami ilmu kulinari where i never had a chance to learn from my
late mom..sob sob sob..she is great in ilmu di dapur tau

6. Sangat benci membaca buku 'Perkhidmatan Awam' sbb nak exam bln 3 ni...bosannya tp
musti selak2 gak utk lulus...

7. Dalam proses mengalihkan pokok2 ku ke tempat yg kurang memerlukan baja setelah
bbrp bulan tidak diberi perhatian...errrr termasuk pokok cili perancis ku itu...sayangnya..

8. Masih terasa sedih meninggalkan company lama dan terpaksa menerima rezeki di sektor
keje baru...apa-apa pun alhamdulillah

9. Sangat berharap akan dapat baby gurl dlm 2/3 tahun lagi sblm berenti 'operasi kilang
manusia'...Insya-allah dengan izin-Nya..

10. errrr....arrrr....ooooo...aku dah x de idea nak tulis apa lagi hehehehhe

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

Tak mo buat bahagian ni blh tak sbb award dah expired...........

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan
“anda telah di tag - sila layari blog blablabla untuk mendapatkan award anda”.
Maka, tiadalah yang kunobatkan hehehehehhe..bukan sebab korang sume tak layak tapi award ni dah expired...

Anyway, tengkiu ye Puan Emiralisa kerana sudi 'menyantau' blog ku ini :)

Friday, January 9, 2009

Asam Pedas Ikan Pari/ Tenggiri Singapura

Dah lama dah mencari resepi asam pedas yg 'kurasakan' sedap. Pastu jumpa 1 resepi ni dari Mesra.net. OK la gak..tp x leh la nak samakan dengan kehebatan orang melaka masak asam pedas kan..so resepi ni mmg dah la aku guna..cubalah..

Resepi utk ikan pari, tp aku tukar ngan ikan tenggiri hehehehe..

Bahan-bahannya:

15 tangkai cili kering
1 biji baang besar
4 biji bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
sedikit belacan
1 sdt jintan halus (aku pun x sure panggil apa jintan ni. selalu tertukar - manis/putih)
1 sdt lada hitam
1 sdt ketumbar biji

* kisar semua di atas

1 batang serai -dititik
daun kesum
2 mangkuk air asam jawa (ikut korgnya kemasaman la)
garam
terung/bendi * optional
ikan pari/tenggiri

caranya:

Tumis semua bahan kisar. Bila agak2 cili dah masak, masukkan air asam jawa, serai, daun kesum. Biarkan mendidih. Bila dah mendidih, masukkan ikan, sayur2 berkenaan dan perasakan garam. Klu kureng masam, tambah la asam keping ke..ok selamat mencuba..

Wednesday, January 7, 2009

Bubur caca dan pisang

Saja nak bubuh gambar ni..kadang tu org dah x leh pikir apa menu yg nak disediakan petang2 minggu kan...ditambah bula penyakit 'M' yang sesekali menyerang dihari minggu..juadah ni mudah disediakan. Terutamanya ibu2 yang menghadapi masalah nak tackle selera anak2. Bila dah letak caca tu nampak menarik la kat diorg, banyak kaler2...So, x yah la resepi ye.

Semangkuk utk kimi! Yumm...yumm

Tuesday, January 6, 2009

Vietnamese spicy lemongrass chicken

Semeter tajuknya..resepi ni aku try gara2 ada seikat lemongrass dlm fridge yg x ku tahu bila akan habis digunakan hehehhe..rasa lauk ni, ok la..best gak. Sila la cuba utk mereka yg terasa nak mkn menu international plak..Jom tgk bhn2nya..

Usha gambar dulu!
Sumber : Jun yummylicious's blog

Bahan2nya:
3 keping isi ayam - potong kecil2..tp ada gak aku tersesat yg potion tulang sket
3 sdb gula
2 sdb minyak masak
3 sdb sos ikan
3 batang serai - dititik
1 sdb cuka (aku ganti dgn perahan lime sbb ada gastrik, so doktor advise x ambik cuka)
1 sdb sos tiram
1 biji bawabg besar - potong dadu
lada merah + hijau -potong serong

caranya:
1. Panaskan minyak dan masukkan gula. Kacau hingga gula larut dan berwarna gelap.
2. Masukkan ayam dan bawang
3. Lepas 5 minit, masukkan serai dan lada
4. Perlahankan api dan masukkan bahan2 selebihnya.
5. Jika kering, masukkan air skit. Adjust la rasanya klu ada yg kurang.

Monday, January 5, 2009

Malam minggu @ Dataran Putrajaya

Sabtu (3/1/09), kebetulan saudara Bob bercuti. So, kitorg bawa hero2 kitorg gi Dataran Putrajaya. Punya la ramai umat manusia. Semua dengan aktiviti dan keluarga memasing. Tapi kitorg x bawa apa2 pun utk kimi n najmi main. Cuma beli 2 botol air mineral dan air kotak low fat milk. Ni gara2 terlupa nak bawa susu untuk najmi. Lihatlah aksi 'sopan' kami ini...

Hero2 dah ready ngan baju tido, abah ajak jalan2 plak..layan je la..bkn selalu pun dpt peluang gini:)

Hero2 hatiku...ceh ayat jiwangss

Us!

Ya Allah..Selamatkan Bumi Palestine

Semalam aku makan malam sensorang. My hubby was in a afternoon shift - end @12am. Masa tu dlm pukul 8++, Berita Utama TV3. Keluar la berita tentang kekejaman Israel ke atas bumi Palestine. Bila nak start tu keluar la mcm slide view gambar2 budak2 kecik yg dah biru berkafan, yg menangis dengan tiub di sana-sini badan, org tua berdarah2 muka, ada yg pecah bahagian mata....Allahuakbar...kejamnya mereka (Israel) ini. Dan aku tidak mampu menghabiskan nasi bila melihat seorg lelaki dewasa menarik nafas seakan menanggung azab kesakitan...tu lelaki dewasa..apatah lagi anak2 yg tidak berdosa. Aku kena pisau sikit pun dah nak meraung..Budak2 tu aku rasa sekitar umur anak2 kami juga...sedihnya. Biarla sehebat2 bala menyerang puak Israel jahanam tu..Amin.

Ni artikel aku jumpa:

"On Monday [29 December], around 11:50 P.M., I woke up and heard my husband calling to me: “Samira, Samira, they shelled the mosque, get up and see, and recite the Shahada (Prayer of the dying).” It was dark, and I couldn’t see anything. I recited the Shahada. I felt something heavy choking me and pressing on my body. I was buried under a concrete clock, stones, and sand, and barely managed to move. I succeeded in freeing my hand and pushed aside the things that had fallen on me. I got up and went to look for my children.

I found Bar’a, my two-week-old daughter. She was alive, even though her bed was buried under the ruins. I saw my husband getting out of the ruins, and I handed Bar’a to him.

I then went to look for my son Muhammad, who was sleeping next to me. At first, I didn't see him because of the rubble, but I found him alive under the ruins. I managed to free him, and I gave him to one of the people who came to help clear away the rubble.

In the meantime, I continued to look for my daughters. Their bedroom was covered with blocks of concrete and stones and sand. Other people helped me look for them. I was very weak because I had been injured in the head, and I was taken to Kamal ’Adwan Hospital.
At the hospital, I learned that five of my daughters – Tahrir, Ikram, Samar, Dunia, and Juhar – had been killed, and three were wounded. Muhammad was injured all over his body, mostly in the face."

Tahrir, 17, Iman, 16, Ikram, 14, Samar, 12, Samah, 10, Dunia, 7, Juhar, 4, Muhammad who’s a year and a half (lebih kurang Najmi) and Bar’a, who’s two weeks old.

Ni gambar dari Berita Harian, 6 Jan 09..Sedihnya, ketiga2 anak lelaki tu meninggal dunia..aku x leh nak tahan air mata tengok gambar ni..apa dosa anak kecil tu..

Friday, January 2, 2009

Menjahit beads plak..

Antara aktiviti cik kiah sekarang ye. Utk mereka2 yang bosan blh la join aktiviti sihat ni..
Baju yg ku jahit ni dah berkali2 tukar design..ni yang latest ditukar ye...nyaris x hancur je hujung baju ku itu..

Tetapi design ini telah dikutuk oleh Bro Boban dgn ayat kejam seperti berikut:
"Design camni, cik minah hujung tanjung pun blh nampak"
Ceh!

Aku cabut balik dan tukar design ni...

Yang ni x sempat tanya...sbb klu tanya org yg buta seni mmg camtu hahahhaha..suka la, gue punya baju..:P Ok la kan aktiviti ni, sekurang2nya xde la saya nak merengek2 lagi kat telinga encik boban utk bawa jenjalan..

Brownies keju kukus

Happy new year all!!! May this year will give us more peaceful, aggressive economy, good health and prosperity. Amin.

I would like to share with you the new recipe that i just tried yesterday. The taste is good (my husband n BIL comment), the texture is soft and nice smell and of course both sons love it. Just try it n it so easy.

C&P from myresepi.com (Oleh junjs11)

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana )

  • bahan A:-
  • 3 biji telur
  • 100gm gula
  • 1 sudu makan ovalette
  • bahan B:-
  • 60gm tepung gandum
  • 20gm tepung jagung
  • 1 sudu teh garam
  • 40gm susu tepung
  • bahan C:-
  • 250gm cream cheese
  • 50gm butter

Cara-cara

  1. pukul A hingga kembang. masukkan B. gaul rata n sebati.
  2. pukul C berasingan hingga halus n lembut, masukkan kedalam campuran A n B tadi.
  3. masukkan kedalam loyang beralas n kukus selama 20 min. (aku kukus dekat 40 minit gak la. Loyang tu tutup dgn aluminum foil buat mcm berbumbung.)
  4. sejukkan n potong...
Tadaaaa...inilah hasilnya..malas nak susun elok2. Kenapa gambar ni gelap? Biasa la bila i yg snap gambar.