Wednesday, April 8, 2009

Ayam masak lemak cili api

Asal log in je, pengarah lalu...asal klik je, timbalan pengarah pulak lalu...susah tul nak update hehehehe..lama dah terperam menu yg nak ku share ni. Ni menu biasa2 je..tp mungkin ada silent reader yang tengah mencari resepi camni kot..so, blh la try..masakan ni aku belajar dr member masa belajar dulu..En. Nuar, ni version org Selangor tau..den tau ni mknn jati org N9 hehehe..


Bahan:
5 ketul ayam (sekor ayam potong 16, ambik 5 je)
4 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
4/5 biji cili api*
1" ibu kunyit*
sedikit halia*
1 atau 2 biji kentang (belah 4/potong memanjang-berbaji)
sebatang serai - serai dititik. make sure bhgn bawah serai yg kaler putih tu pecah..br syok
garam secukupnya
200ml santan (santan kotak kecil. Nak guna yg fresh tu pun ok. Ambil sebiji kelapa, perah santannya dan asingkan pekat dan cair)

* - tumbuk halus

Caranya:
- Masukkan semua bahan yang ditumbuk dalam periuk.
- Masukkan santan cair, jika guna santan kelapa fresh. Kalau guna kotak, masukkan separuh dan cairkan santan tu dengan menambahkan air. Agak2 la ye..Hidupkan api ye puan-puan.
- Masukkan kentang dan biarkan ia dalam 10-15 minit. Kemudian masukkan ayam.
- Renehkan sehingga kentang empuk dan masukkan santan pekat. Masukkan asam keping. Biar seketika sehingga santan pekat masak. Pastikan kuah sentiasa dikacau, api sederhana untuk mengelakkan kuah tidak menjadi tahi minyak/berbiji-biji.
- Rasakan garam dan bolehlah dihidangkan.

Nota : 'Kakak' Fiza pernah ajar kalau nak bagi santan x jadi tahi minyak, masukkan sedikit garam masa mula-mula nak start masak. Tapi x bermakna x payah kacau santan tu masa dia dah mula nak mendidih. Kena kacau jugak, cuma tidaklah sekerap macam kita x letak garam mula2..try la.

No comments: