Monday, April 20, 2009

Daging masak hitam manis

Aku x sure la samada ni masakan orang Perak ke negeri mana. Tp 1st time aku makan masa gi umah saudara kat Teluk Intan, Perak..lama dah. Puas jugak mencari menu ni kat Selangor or kedai2 makan biasa kat negeeri2 lain tp x pernah jumpa. Tersangat la sukanya. Tp, kanda asben x minat sangat masakan yg guna rempah2 ni.. So, aku masak di kala dia x de kat umah..keje. Dengan bangganya aku kata masakan aku ini sedap kekekeke syok sendiri plak..:P

Akhirnya bertemu juga resepi ini.

C & P dari blog kak rinchann. Thanks for share this recipe. It is worth to try frens....

DAGING MASAK HITAM MANIS @ MAKLANG AZIE
Bahan-bahan:
500gm daging lembu, dipotong dan direbus bersama 1/2 cawan kicap

Bahan2 digoreng tanpa minyak dan dikisar kering:
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu besar lada hitam

Bahan kisar basah:
3 Bwg putih
4 Bwg merah
1 inci halia
7 tangkai cili kering, direndam dulu

Rempah-rempah:
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum buah pelaga
Sekeping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak utk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar basah. Masukkan rempah-rempah.
2. Masukkan daging yg telah direbus empuk. Kacau hingga mesra.
3. Masukkan bahan2 kisar kering dan asam gelugur. Tambah kicap jika perlu.
4. Masak sehingga kuah agak pekat. Siap dan boleh dihidang.

6 comments:

:: fAiZaH :: said...

nampak cam sodap je...nanti gua mai mung buat aa....gua leceh2 nie x rajin aa nk buat...nak2 byk gune rempah...jd sampah lak kang....muakhakhakhkahkiok

Shima Sulaiman said...

ko ingat x kita mkn lauk ni umah Bang Ngah Shaari, Teluk Intan? Lama dah. Memasing bujang lg. Pastu selamba badak je tambah berkali2 sampai kena perli hahahha..sedap gile...

:: fAiZaH :: said...

loh...mane gua ingat....ilang ingatan ni....lame punye cete tuh...nanti mung buat le ek...gua ngidam nie...muakahkahkahkiok

kero said...

rinn chan tu kakak kepada member bob yg bernama zeo haha

Shima Sulaiman said...

achue : weh lu dah ngidam ke? kekekeke tu mesti balqis nye wish hr tu..

En.Kero : Keturunan cina ke diorg ni..? Perasan gak nama tu dlm blog en.bob. nnt usha.

kero said...

tadak aih, chan tu panggilan dia bubuh je sebab dia dulu blaja kat jepon and dia keturunan java