Tuesday, April 14, 2009

Kerabu kacang botol + tauge

Resepi yg diturunkan mak cik ku yg tinggal x berapa langkah dari rumah..senang bangat.

Ini la hasilnya ye tuan-tuan dan puan-puan, bila Puan Shima mengambil gambar..:(

Bahan2nya:
3 batang kacang botol/kacang kelisa - potong nipis dan serong
sedikit tauge - celur
kerisik (dari 1/4 dari sebelah kelapa, goreng dan tumbuk)
sebiji cili masak
sebelah tomato - hiris nipis
bawang merah - hiris nipis
sedikit udang kering - sangrai kejap
sedikit belacan
garam + limau nipis + gula

Cara2nya:
1. Untuk kerisik, aku x tumbuk sampai jadi minyak tau...cukup sekadar dah hancur betul tu ok la..kemudian masukkan udang kering, belacan dan cili masak. Tumbuk sekali. Untuk menyedapkan lagi, bawang merah tu blh la ditumbukkan sekali..Supaya lebih mesra gitu.
2. Dalam mangkuk, masukkan kacang botol, taugeh, tomato. Masukkan semua bahan yang ditumbuk, gaul sebati.
3. Tambahkan gula, garam dan perahan limau nipis. Gaul sebati. Sedap dimakan dengan nasi panas2. Selamat mencuba!!!

3 comments:

aid said...

berani lg mung mkn toge....eeeeiiikkk....muakahkahkahkiok

Shima Sulaiman said...

weiii ni confirm melayu punya la..akak beli kat pasar tani sini..siap tanya lg pak cik tu...warna dia pun bknnya putih bersih mcm yg kau suspect 'hancing' tu...x sampai 2 hr dah busuk dah pun dlm peti ais...klu yg 'hancing' tu, seminggu simpan pun x busuk2 gak lg. takut bno..

myza said...

yeke ader taugeh hancing kaa?? isk3...merbahye