Wednesday, August 4, 2010

Walla Choc Cake

MJ suka sgt mencuba pelbagai jenis resepi kek coklat. Dari yang kukus sampai la yg bakar2. Kenapa kek coklat ni menjadi pujaan ramai ek? Dah banyak kali makan pun, kita tetap akan teringin kalau dah lama x makan.

Tapikan malangnya MJ secara tidak sengaja, terlupa nak menyalin nama pemilik resepi ini mahupun pemilik blog tersebut. Minta maaf sgt2..bukan nak bertindak menyalin tanpa etika, tp mmg MJ x teringat & terperasan. Maybe masa tu 'curik2' buat keje CnP kat opis, langsung x teringat nak copy nama pemilik asal resepi ini. Tp MJ sangat berterima kasih pada pemilik resepi ini yang sudi berkongsi citarasa dgn semua. Jika pemilik tersebut, terjumpa resepinya ini di blog MJ, tolong bgtau ek:D Kek ni mmg best, gebu n lembut.

Bahan-bahan (loyang 9 x 9 in / 8 x 8 in) :
Bahan A (diayak bersama) :
2 cawan tepung
¾ cawan serbuk koko
2 camca teh baking powder
2 camca teh soda bikarbonat

Bahan B (dipukul sebati) :
2 cawan gula kastor
2 biji telur
1 cawan susu segar
1 cawan minyak jagung
1 camca teh esen vanilla


Bahan C (dibancuh) :½ camca teh garam
1 camca teh Nescafe

1 cawan air panas

Cara-cara (telah saya permudahkan cara2nya) :

  1. Ayak Bahan A.
  2. Pukul sekejap Bahan B (lebih kurang 1 ½ minit).
  3. Masukkan Bahan B ke dalan Bahan A. Kacau sekejap.
  4. Masukkan pula Bahan C. Kacau rata lagi.
  5. Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min.

Bahan Topping / Ganache :-

1 tin susu pekat - boleh kurangkan
1 sudu teh esen vanila
½ cawan minyak jagung
1/3 cawan serbuk koko (lebih sedap kalu guna Van Houten)
Secubit garam

Cara-cara :

  1. Campurkan susu, serbuk koko dan minyak. Masak atas api perlahan saja hingga pekat dan kacau selalu dengan whisker.
  2. Masukkan garam dan esen, kacau. Bila telah pekat dan berkilat (lebih kurang 10 minit), tutup api dan biarkan sejuk. Sapu atas kek yang telah sejuk tadi.

4 comments:

izahdaut said...

mcm familiar resepi ni,..tapi ye la resepi kek coklat nih lebih kurang je kan..apa pun memang nampak sedap tu dengan ganache nyer..fuhh..kite doa je la moga pemilik resepi ni dipanjangkan pahalanya..ye dak

Mamajenn said...

izah, harap2nya begitu la. Banyak pahala org yg berkongsi ilmu ni:D. Sampai mati pun blh jadi bekalan di sana. Bkn apa, bila blog walking ni, memang kekadang nampak resepi sedap2 terus copy paste. Tp kot masa buat 'keje' tu, bos lalu, alamatnya mmg terus close la page tu hehehe...pastu dah x ingat nak gi balik....semoga pemilik resepi tu jumpa resepi ni kat blog sydan bgtau sy. Sy pasti akan edit entry ni

Unknown said...

tetibe je rase nak makan kek coklat.. huhuhuhu..

Mamajenn said...

alamak! lom ngidam lagi kan...kita same2 nx yr kan hahahahha...nnt la akak rajin, akak bw.. ni hari tu, anak akak yg kecik sibuk nak mkn kek..nak ke mama! nak kek!Pandai lak dia request:D