Monday, August 2, 2010

Gulai daging + rebung

Banyak sgt dah x update ni...bz ngan macam2 hal office dan rumah. Ok saya akan cuba mengupdate sekerap mungkin supaya 'tally' dengan menu yg dimasak setiap hari..hehehehe..so, ni menu yg dah lama MJ peram. Kononnya nak concentrate ngan exam dan tempahan kengkawan.

Sebelum nak masak gulai ni, MJ terigin plak nak match dengan rebung. Kebetulan bulan sebelum tu gi kenduri kahwin anak jiran, dihidang pulak menu ini. X cukup plak rasanya. Nak tambah, malu la pulak..ye la kenduri tu..So MJ cari sendiri bahan2 n masak sendiri. Puas hati dpt makan hehehe..

Ini rupa rebung yg MJ guna. Potong-potong dulu dan ambik bahagian lembut sahaja ye. Masak seperti Gulai daging biasa - bwg, halia, rempah kari daging, asam keping, santan, garam secukupnya. Daging dah empuk br masukkan rebung ni. aissshhhh mmg syok la layan.

Kalau ikutkan MJ memang jarang menyediakan lauk2 berunsurkan daging. Sebabnya, daging ni dia lambat hadam berbanding ayam. Mcm kesian je kat usus perut nak digest. Makanan yang lambat hadam ni lama2 akan menghasilkan gas dalam perut kita. MJ memang kena kurangkan makanan begini sbb risiko gastrik. Sakit oooo....tu sbb menu MJ kebanyakkannya ayam. Daging tu jarang2 la, bknnya x makan langsung. Tambah2 klu dpt nasi kerabu lauk daging salai tu, fuyooo sedapnya sampai lupa ada penyakit pedih perut tu kikikiki..ok jumpa kat nx post. babai

2 comments:

izahdaut said...

lama dah tak makan rebung...mesti sdap giler buat gulai,manis jek rasa kan...

Mamajenn said...

izah, MJ biasa beli yg jenis dah hiris2 bentuk donut/separa bulat tu..tp hari tu teringin plak mkn yg jenis panjang2 tu. Macam umbut pun ye gak tp lain la rasanya hehehe...eh umbut? sedap tu buat masak lemak..hmmm kena cr ni...