Sunday, November 30, 2008

Biskut emping jagung (cornflakes)

Operasi pagi tadi. Buat pun tak lama. Dalam 1 1/2 jam semuanya siap hehehehe..Tahniah kepada diri sendiri sbb berjaya mengisi masa lapang di saat saudara Boban mengikuti rombongan pengantin ke Perlis hari ini.

Ok, tgk dulu gambar ni ye.....
Sumber : MW Istimewa Aidilfitri 2008

Aku buat 1/2 adunan je dr resepi asal. Modified sikit sbb tgk bancuhan dia mcm x best je..
At last menjadi gak n sedap, rangup gitu..

Bahan :
a. 150g mentega
b. 75g gula kastor
c. 2 titik esen vanila (aku guna butter vanila, sama je)
d. secubit garam
e. 230g tepung gandum
f. 70g tepung jagung
g. 10g coklat cip
h. 50g kismis yg tlh dihiris
i. 100g emping jagung (masuk dlm plastik, lepas tu tumbuk ngan lesung batu..jgn hancur sangat)

Cara:
1. Pukul mentega, gula dan garam sehingga kembang
2. Tambahkan esen vanila.
3. Masukkan tepung, coklat cip dan kismis. Gaul sebati
4. Masukkan emping jagung dan gaul hingga menjadi doh.
5. Jemput2kan doh dan bulat2kan.
6. Letak atas tray pembakar yg telah digriskan. tekan dgn garfu sehingga agak nipis.
7. Bakar pada suhu 190°C selama 10-15 minit (depends on oven type okey)

Masa buat ni tray yg pertama mmg x sempat nak simpan. Kimi ngan najmi dok adap berdua..Ini je yg tinggal..dapat la dlm sebalang kecik as below photo..

Aku pun x tau apasal gambar ni jadi gelap-gelita belakangnya...adapun hamba ini tidaklah pandai mengambil gambar sebenarnya...janji nampak apa yg nak ditunjukkan kan kan...

Friday, November 28, 2008

Mari menanam pokok cili - Siri 2

Bersambung kita ke siri kedua. Kali ini kita akan mempelajari fungsi baja. Biasanya jika kita membeli baja, kita akan jumpa perkataan dan nombor seperti ini - N15 P15 K6, N45 P11 K4

N - Nitrogen -> berfungsi untuk tumbesaran daun, kehijauan dan melebatkan daun
P - Phosphorus -> berfungsi untuk meningkatkan penghasilan buah dan menguatkan sistem akar
K- Potassium -> untuk warna bunga dan saiznya

Nombor yang terdapat pada NPK adalah mewakili peratusan kandungan dalam butiran baja tersebut. Ketiga-tiga bahan kimia ini diperlukan untuk menambahbaikkan fungsi tanah dalam proses penyuburan pokok yang ditanam. Walau bagaimanapun, kandungan NPK berbeza mengikut jenis tanaman yang hendak ditanam dan peringkat proses penanaman. Jenis-jenis tanaman tersebut adalah seperti tumbuhan berdaun, tumbuhan berbuah, bunga-bungaan dan sebagainya.

Bagi penanaman cili, pada awal penanaman kandungan baja yg terbaik adalah kandungan N yg tinggi berbanding P&K. Setelah pokok mula membesar, bunga mulai keluar, baja mesti ditukarkan kepada kandungan P&K yang tinggi berbanding N. Ada juga yang menyarankan agar memilih kandungan seperti ini N15 P15 K15 ataupun dapatkan terus baja jenis urea sewaktu proses penghasilan buah.

Terdapat 2 jenis baja di pasaran - baja organik dan baja bahan kimia. Baja organik biasanya diproses dari najis haiwan seperti kambing dan ayam. Jika ditabur pada pasu bunga, baunya akan 'semerbak' setiap kali ditiup angin.Wah! Baja ini mahal 3 kali ganda dari baja kimia. Kebanyakan petani komersil kita lebih gemar menggunakan baja bahan kimia kerana kos penggunaannya yang rendah tetapi hasilnya tetap sama. So, paham2 je la hasilnya dam kesannya utk jangkamasa pjg. Tp kita terpaksa kan...beli je la apa yg ada kat pasaran. Tetapi bagi penggunaan kita di rumah, ada baiknya gunakan baja organik yang lebih selamat apabila kita makan hasil tanaman kita nanti. Itulah sebabnya sayuran organik agak mahal berbanding sayuran biasa.

Sewaktu menabur baja, pastikan baja tidak di'longgokkan' pada pangkal pokok. Baja ni 'panas'. Kalau ditabur terlalu rapat dgn batang pokok, dikhuatiri pokok akan mati. Ini juga berkait dengan kuantiti baja yang hendak ditabur. Ikut sukatan yg dinasihatkan pada plastik bungkusan baja tersebut.

Sekian, terima kasih. Later i will update about fertigation system. I am still learning about this plantation system. Not much i can tell you. What is fertigation? Tungguuu..

Monday, November 24, 2008

Sambal tempoyak ikan bilis

Sebenarnya aku x tau nama masakan ni. Tu aku bubuh je. 1st time rasa masa aku gi kenduri kat Kuala Klawang, N9. Sedap pulak. Dengan pedasnya, bau harum daun kunyit ditambah pulak bau tempoyak yang menyucuk2 lobang hidungku....perghhhh...Bersungguh2 aku mencari resepinya. Dan akhirnya......aku kongsi ngan korang..


Bahan2nya:
1. 1/2 biji bawang besar
2. 5-10 biji cili api (ikut tahap kepedasan memasing. Jgn tamak:p)
3. 1/2 cawan air
4. 1/2 inci kunyit hidup (hari tu aku guna 1 sdt serbuk kunyit sbb kunyit hidup dah abis)* ni option ye klu tempoyak tu nampak x 'berseri'/pucat
5. sesenduk tempoyak (sukati la nak byk mana)
6. sehelai daun kunyit diracik halus
7. segenggam ikan bilis (direndam seketika)
8. Gula/garam secukup rasa
9. Sebatang serai dititk

Cara2nya:
1. Tumbuk bawang, cili api, ikan bilis, kunyit hidup- tak perlu hancur sgt, kasar2 je
2. Masukkan dalam periuk + tempoyak + air. Masak atas api kecik.
3. Agak2 nak pekat tu, masukkan daun kunyit + serai + gula + garam. Biarkan sehingga pekat.
4. Makan ngan nasik panas...gerenti malatop dgn rasa pedas2nya...berpeluh2 makan u..

Sunday, November 23, 2008

Andai ku tahu...

Al-fatihah utk Allahyarhamah Nik Zaima, rakan baik kepada Diana yang telah kembali ke Rahmatullah pada 22 November 2008 setelah menderita penyakit Meningitis. Meninggalkan 2 org anak yang masih kecil, 7 thn dan 1thn lebih yg masih breastfeed. Tetiba lagu di bawah ni terlintas di fikiran ku....

Andai ku tahu - Ungu

Andai ku tahu kapan tiba ajal ku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku

Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku

Andai ku tahu
Malaikat Mu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucapkan kata taubat padamu

Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku dari segala dosa-sdosaku
Ampuni aku menangis ku bertobat padamu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas disurga

Andai kutahu kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu
Aku takut akan semua dosa2 ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku

Aku tak boleh bayangkan saat akhir sebelum bantuan pernafasannya dicabut..kali terakhir melihat orang tersayang di dunia - suami dan anak2nya. Anak yang masih tidak memahami erti 'tidur panjang' yang sebenar..usia perkahwinan yang aku jangkakan baru 7/8 tahun. Umur aku rasa dalam 35 tahun..Mudanya kan? ok la aku dah x blh teruskan menulis..walau pun tidak mengenali siapa Nik Zaima sebenarnya, tp aku turut merasai kehilangan dalam keluarganya..I also have 2 kids and a husband. I love them so much...To all and me also, bertaubatlah selagi Tuhan masih memberi peluang dan ruang kepada kita...

Contoh luahan isteri yang kebosanan

what make you bored?
- > coz i am always alone at home (yup my dear hubby work in 4 different shift/mth)

what did you do when u wr bored?
- > i like to cook

so, why dont you cook?
- > nobody will finished it bcoz i am alone at home and it is so boring..

I have my kid with me, i shouldnt be boring..but sometimes i need a 'space' to disregard the routine..hahaha jahat ke..my routine --> wake up in the morning, prepare for the breakfast, laundry, tidy-up my house, feed both son, after a while, prepare for lunch, feed them again, get them (and me too) to sleep, later i need to prepare for a tea, feed them, prepare for dinner, feed them again and get them to sleep..finish for 1 day activities. Tomorrow i need to repeat the same. It is almost 3 weeks i was stranded at home during weekend and hubby were busy at his workplace and sometimes bring back his tiredness...argghhhh bosannya....x leh nak gi memana..

Now, it is 12:35am and i am so sleepy to wait for cik bob (afternoon shift).

Wednesday, November 19, 2008

It's all about fish

1st Situation

A few days back, while i was preparing for the dinner, hakimi came and below are our conversation:

"Mama buat apa?"
"Mama cut fish"

Sebaik shj aku bersusah payah nak keluarkan insang ikan tu, hakimi buat suara kecik
, "Adoi...sakitnya"

Oh, dear! I need to fry the fish..

2nd Situation

Last wk gi lunch ngan member kat kedai mamak. Pastu kitorg pilih tempat sebelah akuarium yang terlekat kat dinding kedai tu. Sementara tunggu waiter dia datang, terpandang le sekor ikan emas dlm akuarium tu berenang up-side-down. Mcm nak mati je. Pastu kawan2 dia sekor2 gigit sirip dia sampai terpecah2 sirip dia..kesian pulak tgk dia 'nyawa-nyawa ikan'. Ohhh..baru sekarang jelaslah sudah apa makna bidalan melayu itu..huhuhu

3rd situation

Lunch tadi gi medan selera di Sri Serdang. Orang2 kat sini panggil 'Padang' je sbb medan selera ni memang dekat dengan padang pun. Lepas 'menapau' mana yg berkenan kat deretan lauk-pauk, aku nak balik ke kereta. Masa lalu kat tepi2 meja org makan, ternampak la sorg budak pompuan age around 6/7 years tengah makan dengan family dia. Tetiba aku nampak dia angkat tulang ikan keli, pegang kat bahagian kepala dia pastu dia buat mcm kapal terbang....hahahahha..pastu tgk mak dia jegilkan matanya. Slowly, 'kapal terbang' pun mendarat semula di atas pinggannya yang masih penuh dengan nasi...eiii makan lauk je.

Ok that's all my nonsense story. I just feel bored because i have MANY things to do this week...hahhaha boleh pulak macam tu..

Sunday, November 16, 2008

Bingka ubi

Ha selagi tak habis ubi di rumah ku...bermakna kata semua menunya berasaskan ubi hehehehe.
Here is the recipe. sib baik ada terselit gambar ni..



Bahan-bahan:
1. 3 cawan ubi kayu disagat, toskan dlm 30 minit
2. 1/2 cawan gula pasir
3. 1 cawan pati santan (aku guna hampir sekotak kecil santan brand M&S - lbh kurang 200ml)
4. 1 cawan pes pandan (x guna pun sbb x de tp ganti dengan pewarna kuning)
5. Butter
6. 1/2 sdt garam

Caranya;
1. Gaulkan ubi kayu bersama gula dan garam hingga sebati
2. Campurkan santan dan pes pandan. Gaul lagi. Bancuhan akan menjadi seperti bancuhan cekodok/jemput2. So kat sini kena pandai adjust pes pandan dan santan ye. Klu nampak dah mcm cair, jgn dihabiskan pulak santan n pes pandan tu. Klu guna pewarna, masukkan 1/2 sd teh pewarna. Masa aku buat tu, aku habiskan tuang santan, pastu nampak mcm dah elok bancuhannya. So, x de la tambah air bercampur pewarna tu utk menggantikan secwn pes pandan tu. Cuma titiskan terus pewarna tu.
3. Rasa kemanisan bancuhan. Klu tawar, tambah la gula lagi.
4. Masukkan bancuhan dalam loyang yang telah digriskan.
5. Hiriskan 4/5 butter dan taburkan di atas adunan tadi.
6. Bakar 170°C selama 1 jam/masak.

Bingka agak lembut semasa panas. Biarkan sejuk dahulu di dalam loyang sebelum dipotong.

When allowance is priority

What is allowance mean to you? Does it a courage for you to do the task or just want to have it to increase your monthly income? I think both answer are correct. This is the 1st time i was facing a situation where allowance is an argument to do any task/responsible given. People hardly acting like having too many job to do at one time just because to avoid any additional or sudden request by other officer/boss which is no allowance provided for the request/job. However, the 'best actor' always won any competition. That is fact! I cannot deny it!

Since i am 'good in time management' and 'well organized', sometimes people would see me like i have nothing to do from 8-5 daily. Or is this a scene i need to adapt as a government servant. I think government had pampered their staff too much with all this allowance. When this culture being practice at your work place, to me the staff themselves were courage with money, no development in their skill..not good huh? Dont ask for any allowance if in normal condition you always sneaking around. Tak halal tau gaji tu.

Hell, what did i wrote here......never mind. Just want to keep blogging.:)

Saturday, November 15, 2008

Kek ubi kayu

Sebenarnya x tau nak buat apa ngan ubi kayu yg alang bg dah dkt 2 minggu. Hehehhe..pastu terjumpa la resepi ni kat my resepi.com. Ok here is the recipe...


Bahan-bahan:
a. 250 gram butter
b. 1 cawan gula pasir
c. 5 biji telur
d. 1 1/2 cawan tepung
e. 1/2 tin susu pekat
f. 1 sdb baking powder
g. 2 1/2 cawan ubi kayu disagat
h. 1 sdt esen vanila
i. sedikit pewarna kuning (Saje tambah sbb ubi tu mcm putih pucat je)
j. sebiji lemon - perah jusnya

Caranya:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur 1 per 1 sambil memukul
3. Masukkan tepung, susu pekat, baking powder secara bergilir dan sedikit demi sedikit - gaul rata
4. Masukkan ubi kayu, esen, pewarna, jus lemon - kacau sebati
5. Masukkan dalam loyang yg telah digris.
6. Bakar pada suhu 150°C selama 1 jam/masak (Temp. depends on oven type)

Nota : Selepas ubi disagat, letakkan dalam tapis dan biarkan airnya keluar. Sementara tu, prepare la bancuhan yg seterusnya.

Tuesday, November 11, 2008

Nano ion treatment? Hey wat for...

What? A nano ion treatment for my head? Hello...i am not having any heavy headache or migraine okey...so far and alhamdulillah i have a wonderful and healthy life. Only sometimes a bit grey due to working peak season, yes of course...when student register for a new semester..penat woo..

Dealing with Iranian, Bangladeshi, Colombian, Indonesian etc sometimes might cause a headache. I cannot get angry in front of them coz they are my customer. And the customer is always right, right?. That is how the ISO Certified university biz. But not all gov. servant understand the meaning of ISO where i was handle it for past 7 years huhuhuhu.

Here is the scarf that the promoter said can improve your health problem - migraine/dandruff/hair falls/blood circulation....eh mcm promoter plak i ni.

Pau gambar dr FP Capt. Pait.
I am not dare to try this on. You know, this thing will be cover your head which is the nearest part to your brain. I never read any testimonial or legal approval from Ministry of Health yet, so i dont want to sacrifice my head for this trial huhuhuhu. If one day, there is one wire break or one switch been turn off from any of my brain cell, i'll get 'black-out'....then who will responsible...eiiii takutnya..

Should i try...should i dont....should i try..should i dont...erk..jam.

Monday, November 10, 2008

Ayam goreng pandan

Sumber asal: Maj. Wanita Istimewa Aidilfitri '08 dan aku ubah sikit2 ikut citarasaku..

Bahan-bahannya:
a. 6 ketul ayam (ni yg saiz2 ayam potong 14 ke 16 tu)
b. 1 biji bawang besar
c. 2 batang serai
d. 1 inci halia
e. 1 inci lengkuas
f. 1 ulas bawang putih
g. 2 tangkai cili kering (hari tu x bubuh tp ganti dgn 1 sudu teh cili boh)
(Blend b-g)

h. 1 biji telur ayam
i. 3 sdb tepung beras
j. 2 sdt rempah kari ayam
k. 6 helai daun pandan
l. garam secukupnya

Cara :
1. Campurkan semua bahan yang dikisar bersama ayam yang telah digaul dengan telur, tepung beras, rempah kari dan garam
2. Perap ayam selama mana yg korg suka - 1 jam ke, 5 jam ke...ikut la
3. Keluarkan ayam dan balut ke dalam daun pandan bersama2 dengan bhn perapan.
4. Sematkan tooth-pick utk mematikan balutan.
5. Goreng dengan api sederhana sehingga ayam masak.
6. Lebihan bahan perapan jgn dibuang. Goreng last sekali, pastu tabur atas ayam yang dah siap susun atas pinggan hidangan.

Sunday, November 9, 2008

Baby carrot huh?!!

Copy paste dr blog org. Just want to share with all of you. Thank you Bro Rozzan from Singapore



Baby Carrots are not what you think they are http://community.cookinglight.com/showthread.php?referrerid=17575&t=121792 http://www.wisebread.com/baby-carrots-the-frugal-idea-that-isnt http://www.carrotmuseum.co.uk/babycarrot.html

"The following is information from a farmer who grows and packages carrots for IGA, METRO, LOBLAWS, etc.

The small cocktail (baby) carrots you buy in small plastic bags are made using the larger carrots which are put through a machine which cuts and shapes them into cocktail carrots .

What you may not know and should know is the following:
Once the carrots are cut and shaped into cocktail carrots they are dipped in a solution of water and chlorine in order to preserve them (this is the same chlorine used your pool) and since they do not have their skin or natural protective covering, they give them a higher dose of chlorine. You will notice that once you keep these carrots in your refrigerator for a few days, a white covering will form on the carrots; this is the chlorine which resurfaces. At what cost do we put our health at risk to have esthetically pleasing and simple to serve vegetables which are unhealthy? We do hope that this information can be passed on to as many people as possible in the hopes of informing them where these carrots come from and how they are processed. Chlorine is a very well known carcinogen."

Saturday, November 8, 2008

Mari menanam pokok cili - Siri 1

Nampak mcm senang je org tanam. Main campak2, pastu hidup..actually there is the right method how to plant a chilli. Just learnt from my science officer. Old folks always say that, kalau tanam pokok pastu x menjadi maknanya tangan panas la tu...biasa kan korang dengar ayat2 camtu. Sebenarnya salah sume tu. Ada reason secara sains utk segala macam pandangan orang2 lama nih.

Untuk menanam pokok cili, perkara utama mestilah benihnya. Untuk mendapatkan hasil keluaran cili yang baik, benih mestilah diperolehi dr tempat-tempat semain yang bertauliah...ishhh mcm nak jumpa pengamal perubatan plak. Contohnya benih dari Jabatan Pertanian. Bukan semua tapak semaian lain, yg bersepah korang jumpa tu, hasilnya x bagus. Cuma bezanya benih dari pihak2 bertauliah ni lebih berkualiti dari segi hasilnya dan kuantiti keluarannya.

But now i will share with you the normal practice for house consume - ni kes2 yang tanam pokok main campak2 je. Sebaiknya cili dibelah dan dijemur seketika pada panas matahari. Ini bagi mengurangkan/menghilangkan lendiran yang terdapat pada biji cili tersebut. Jika disemai terus, tanpa dikeringkan biji cili tersebut, benih mungkin tidak menjadi disebabkan jangkitan kulat pada biji cili tersebut. Tapi jangan la korang biar kering terus. Sampai mati pun belum tentu bertunasnya.

Setelah biji cili disemai, kalau kat rumah, semai je dalam bekas mangkuk tau fu fa yg jual kat pasar mlm tu. Lobang sikit bawahnya bg air keluar. Apabila benih mula mengeluarkan tunas sehingga anggaran 5 cm, alihkan ke dalam pasu yang lebih besar. Sewaktu mengalihkan pokok ada beberapa perkara yang perlu diambil pot;

a. Lembabkan dahulu tanah benih semaian
b. tarik keluar pokok dengan sedikit tanahnya dan pastikan akar tidak putus. Atau dlm bahasa kasarnya korang korek je la pokok tu dengan tanah2nya sekali.
c. sewaktu menampung akar utk dialihkan ke pasu besar, tangan mestilah bersarung. Pakai la cotton glove ke, garden glove ke..ini kerana badan manusia melepaskan ion/cas apa ye, aku x ingat plak, yang bertentangan dengan tumbuhan. Jika bersentuh secara terus, pokok yang ditanam tidak mampu mengeluarkan hasil seperti yang diharapkan. Atau dlm bhs kesatnya, pokok akan mampos/x berbuah langsung seperti masalah petani kita dari Pekan, Pahang baru2 ni..Ni possible cause ye encik..maybe there is some other reason that you may find thru my entry.
d. tanah pada pasu besar tadi, mestilah mempunyai campuran tanah + sabut. Keadaan serat sabut yang berongga-rongga membantu pengudaraan dalam tanah untuk pokok cili membesar.

Ok setelah dialihkan pokok dan ditanam di pasu besar, baja mestilah ditabur atau pun digaul sekali dengan tanah sblm pokok dialihkan. Jangan pergi curah 1 plastik yang oiii...mati le pokok tu. Biasanya dalam sesudu teh. Ikut saiz pasu ye. Baja mestilah 2 minggu sekali.

Pokok cili mestilah disiram 2 kali sehari (Pagi n petang) tapi jika musim hujan sekali sehari pun memadai atau x payah langsung. kalau tanah sentiasa lembab pun x ok gak sbb nnt akar dia cepat reput n mati.

Ok entry selepas ini berkaitan dengan baja..bukan semua baja blh guna utk tanam sayur atau pokok buah-buahan atau bunga...apa makna NPK pada plastik baja yg korang beli?...ha klu berani jawab la...

Disclaimer:-
The entry with label chilli is based on my personal research n knowledge. I will not responsible for any lost or damage of your belonging/properties/crops:). Thank you.

Wednesday, November 5, 2008

Tauhu poket

Dah lama buat tp x sempat nak cite kat sini. The BIG BOSS said the taste is good...ni bukan tulis umpama naik lif tekan button sendiri ekk..tak caya tanya suamiku yg chumil itu...

Ok, menu kita kali ini ialah "Tauhu poket" ambik dr blog sapatah. x hengat..


Bahan
1. 5-6 keping tauhu
2. 7-8 ekor isi udang saiz sederhana - cincang
3. 1/2 biji bawang besar - potong dadu
4. 1 inci lobak merah - dihiris halus
5. 2 helai daun bawang/ daun sup/daun ketumbar - dihiris (hr tu guna daun bawang je sbb itu je yg aku tanam)
6. 1 biji telur
7. 1 1/2 sdt tepung jagung
8. 1/4 kiub ikan bilis (seketul tu belah le 4. pastu ambik sebhgnnya shj)
9. sedikit garam & serbuk lada sulah

Cara2nya:
1. Kerat 2 setiap tauhu.
2. Belah tengah setiap bhgn tp jgn putus.
3. Korek tgh tauhu jgn sampai bocor pulak dan keluarkan isinya.
4. Campurkan isi tauhu dan semua bhn2 lain. Gaul sebati.
5. Sumbatkan bahan2 tersebut ke dalam poket tauhu.
6. Goreng dlm minyak yg byk/tenggelam (X yah balik2kan nnt isinya terburai. so make sure myk byk)
7. Goreng sehingga warna tauhu kekuningan.
8. Blh la dihidang bersama sos cili. Sesuai sebagai snack atau mkn dgn nasi panas2...perghhh berasap.

Just explore!

7 years ago I was working in private sector and involved directly in engineering field. But now, I am a government servant and in a totally different field. Gaji toksah ckp la. Totally different la kan..ciput je...but i have my very own reason & finally decide to left my company. It's hard but i have too. Hopefully, one day SOMEONE will appreciate what i had sacrified.

Now, I am eager to learn more about agriculture. If you realize the global current issues is - foods. Everybody keep talking how to increase food production. For asean, of course rice is the main issue. But this entry i wont write about rice yet. Maybe later hehehhe. Tengah kumpul ilmu.

Below is one of my current project. Penanaman cili.

This chili was brought to Malaysia by my BIL. Came back from France (met his beloved one) and only bring chili for me, lol. Huhuhu no la. Many thing he gv me. The one that i still hv, Issey Miyake parfume...but that one is for man la. Ayooo..anyway thanks. X kirim apa2 pun. Tapi mungkin menjaga hati tuan rumah, terpaksalah tabur souvenir utk kami, ahaksss.

I put together a coin of 20 cent beside the chilli. Easy for you to imagine the actual size. Its look small but it is really hot. I already show it to Prof. Hanafi (my superior now) but i dunno what will he do. Now he is bz'ing with upland rice (padi bukit/huma) research, jatropha and kenaf (for biodiesel), errr what else...cannot think...

Why i can update this blog almost daily:p? Because he is not around for a week. He went to Turkey for conference. So, berdondang sayang la I kat office seminggu ni lalalalala..lepas ni berabuk la blog ni jawapnya.

The next entry I will share with you how to plant chilli.

Monday, November 3, 2008

Weekend yang meletihkan

What a tired weekend...hakimi had a bad fever last wkend. Actually it was started on last Friday and we already bring him to seek a doctor for treatment and medicine. As usual doctor will say, demam biasa je. Adam rehat-rehat, jangan nakal2 ye..ceh..

8.30 pm (31 Oct) - After dine and took medicine, I asked Hakimi to sleep early. He look so sleepy and tired but still cannot close his eyes till 10.00 pm.

1.00 am (1 Nov) - "mama..mama"

"kenapa"
"mama tu..tu mama" he sit down and point to one direction
"x de apa2...kita tido ye"

3.00 am (1 Nov) - "mama..ma"
"kenapa bang"
"mama tu..mama tu" again!


looked at him and one thing come to my head - Did he saw something?! Arghhh i dont want to think about it. Cik bob was in night shift. I was alone with my 2 kids at home. I hug him, put a blanket and blew some doa on his ubun2 and face and asked him to close his eyes. From that hour, not only him, but me also cannot slept hehehehe. During that time, and to ignore the feeling, I wipe hakimi head and body to reduce the heat. When look at him suffer/in pain, it is badly ruin my heart n feeling. Mula la bergenang2 air mata. I cannot bear to see kids/babies sick or get in pain. Those who still not married or man species, you wont understd this feel.


5.45 am (1 Nov) - azan Subuh. Hakimi acted like recited a doa after azan hehehhe. Just after he finished it, he sleep like nothing was happened for the whole night. Kesian Hakimi..Ngantuk sangat tapi x leh tido

11.00 am (1 Nov) - Hakimi fever getting more bad. He started shaking due to very high temperature. I rush to bring him to the clinic. Doctor wait for no long and ask me to remove his pant and diaper. Masuk ubat ikut montot. Later, I drove him back, laid him on ayah bed and he sleep again.

1.oo pm (1Nov) - Capt Pait n co. arrived.

4.00 pm (1 Nov) - Alang n co. arrived.

6.00 pm (1 Nov) - Hakimi start crying. The fever was not recovered. Arghh i started get tension n tired. When you have a guest at home, your son is not well n your husbd was not at home to give a hand, it make you sick too. I need to clean up a place where hakimi vomitted, feed najmi, prepare meal for both family (even they didnt asked but as a host, kena la buat kan kan kan)...memang penat.

6.30 pm (1 nov) - Demam hakimi x kurang jugak. Nekad bawa hakimi jumpa my uncle. Not too far, just across the road. Dia baca2 something dalam air mineral and suddenly look at me.
"Ke mana kau bawa dia berjalan malam2?" He make an angry face. Huh kecut perut gue.
"Alamanda je semalam (Jumaat (31 Nov)) Balik umah lepas maghrib."
He gave a cup of plain water and asked hakimi to drink it. Wipe his face.


That night (1 Nov), at 3.00 am again, he start calling me and point at the same area as last night. I woke up, get the water that my pak cik bacakan doa, wipe his ubun2 and muka. I asked him to sleep and alhamdulillah he can sleep back and wake up in the morning with a smiling face.

Bila dah sihat, hakimi memulakan operasi kembali dengan modus operandi 'membuli atuk'..alahai anak omak..You only can behave nicely when you are sick n sleep!!!

P/S: I am not a superstitious kind of. But I do believe kids can see what adult cannot see. What do you think?







Mini sardin puff

Ini sahaja la yg aku sempat disediakan untuk family alang & Capt. Pait. Sorry ye, hakimi x sihat. So, x dapat nak masak yang ganas2...chewahhh
Kuning telur tu tergaring sgt sbb terleka dok demah hakimi.




Bahan-bahannya:
1. Sardin dlm tin (apa2 brand)
2. Sebiji bawang besar (chopped)
3. Serbuk lada putih (ikut citarasa nak bubuh byk mana. Hari tu aku buat 1/2 sdt je)
4. Mayonis
5. Kulit roti canai segera/pita/ tortilla (Hari tu guna roti tortilla)
6. Kuning telur

Caranya :
1. Keluarkan isi ikan sardin. Hancurkan isinya.
2. Campurkan bawang besar cincang, serbuk lada putih, mayo - gaul sebati
3. Kalau nak tambah garam, bubuh secubit je. Kalau nak bubuh cili masak, cincang2 gak. Tp sbb hari tu anak buah ramai, so x leh la buat pedas2.
4. Potong kulit roti kepada 4 bahagian.
5. Ambil 1 bahagian dan bentukkan kon.
6. Masukkan isi sardin ke dalam kon tersebut. Buat sehingga semua roti n sardin habis.
7. Susun atas tray pembakar. sapu kuning telur kat bahagian atas kulit luar roti tu.
8. Bakar 70-80°C selama 20 minit (depends on oven type okey) atau kuning telur dah nampak masak blh le kuarkan dr oven.