Saturday, March 28, 2009
Spageti Bolognese
Resepi ni guna bahan2 instant je. Mudah dan ringkas. Yang penting masa dgn keluarga tu sgt2 berharga..jgn lama sgt di dapur..xkan nak 'berchenta' dgn dapur je kan..so, let's find the recipe....
Spageti
- Rebus mengikut arahan pada bungkusan.
- Toskan dan gaulkan dengan sedikit butter utk mengelakkannya dr melekit2 sewaktu serving.
Bahan kuah
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 biji tomato dipotong dadu
bbrp hirisan batang saderi
2 keping daging burger dipotong dadu kecil2
1 botol sos spageti (aku guna yg ada mushroom brand Kimball, ada cop halal :) )
*kalau beli sos yg dah dicampur mushroom, x perlu tambah button mushroom yg dihiris nipis2. Kalau guna yg Traditional br tambah button mushroom ye.
1 sdk rempah Spagethi Bolognese*optional
Cara penyediaanya:
- Tumis bawang besar dengan minyak yg sedikit sehingga agak layu.
- Masukkan daging burger dan kacau lagi sehingga daging masak. Air lemak daging tu akan keluar sekali, jadi tak perlu minyak yg byk semasa menumis. sakit jantung nnt!
- Masukkan sos spageti dan campurkan 1/2 botol air ke dlm periuk tadi. Jumlah air tu ikut la kepekatan kuah yg korg suka.
- Apabila kuah telah mendidih, masukkan tomato, batang saderi dan rempah spageti.
- Rasa kuahnya, tambah garam jika perlu. Sapa2 yg suka kuah lbh masam, bolehlah tambahkan 2 sdb tomato puri.
- Boleh la dihidangkan terus dengan spageti tadi..Mudahkan, potong2 dan campak2 je.
Carrot cup cakes
Bahan2nya:
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula halus
3/4 sdt baking powder
1/2 sdt nutmeg (aku x bubuh pun sbb x suka)
1/4 sdt serbuk cinnamon (pun x bubuh sbb x suka)
secubit garam
1 cawan lobak merah yang diparut (toskan seketika)
2 biji telur
3/4 cawan minyak masak
1/2 cawan walnuts yg dicincang
Cream cheese frosting (part yg x menang tangan menepis tangan Kimi..gile punya suke ngan cheese anak bujangku ini!)
2 cawan (160g) gula icing
120g cream cheese
1 sdt lemon butter atau kulit lemon yg diparut
perahan sebelah potongan lemon (ni aku tambah sendiri)
sedikit pewarna hijau (ni pun aku tambah ikut suke aku hehehe)
Lobak merah (hiasan): aku guna instant fondant je
Cara2nya:
1. Panaskan oven (Oven aku 160°C). Lapiskan loyang muffin dengan paper cup, ketepikan.
2. Ayak dan masukkan semua bahan2 kering kecuali walnuts ke dalam mangkuk besar.
3. Masukkan lobak merah, telur dan minyak. Pukul sehingga sebati. Masukkan walnuts dan kacau sehingga rata.
4. Isikan paper cup tadi dengan 3/4 penuh bancuhan. Bakar selama 20-25 minit.
5. Sementara itu, sediakan cream cheese frosting. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau sehingga creamy. (Aku guna mesin je)
6. Bila cup cake dah sejuk, hias la ikut suka dengan cream cheese frosting dan letakkan carrot jadian korang..dah siap...
Friday, March 27, 2009
Petai's cure
ADVICE FROM UKM MEDICAL DOCTOR
Depression:
According to a recent survey undertaken by MIND among people suffering from depression, many felt much better after eating petai. This is because petai contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.
PMS(premenstrual syndrome):
Forget the pills - eat petai. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.
Anaemia:
High in iron, petai can stimulate the production of haemoglobin in the blood and so helps in cases of anaemia.
Blood Pressure:
This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the petai industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.
Brain Power :
200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating petai at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.
Constipation:
High in fiber, including petai in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.
Hangovers:
One of the quickest ways of curing a hangover is to make a petai milkshake, sweetened with honey. The petai calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system.
Heartburn:
Petai has a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating petai for soothing relief.
Morning Sickness :
Snacking on petai between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness.
Mosquito bites :
Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of the petai skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation..
Nerves:
Petai is high in B vitamins that help calm the nervous system.
Overweight:
Studies at the
Ulcers:
Petai is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.
Temperature control :
Many other cultures see petai as a "cooling" fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In holland, for example, pregnant women eat petai to ensure their baby is born with a cool temperature.
Seasonal Affective Disorder (SAD) :
Petai can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer, tryptophan.
Smoking:
Petai can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.
Stress:
Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium petai snack.
Strokes:
According to research in "The New England Journal of Medicine, " eating petai as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%".
Warts:
Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off a wart, take a piece of petai and place it on the wart. Carefully hold the petai in place with a plaster or surgical tape!
So, as you can see, petai really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrates, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals. It is also rich in potassium and is one of the best value foods around. So maybe its time to change that well-known phrase so that we say, "A Petai a day keeps the doctor away".
PM Dr.Aminuddin AHK Dept.of Physiology
Medical faculty of UKM Kuala Lumpur
Tel:6(03)40405157
fax:6(03)26939687
Thursday, March 26, 2009
Bakal 'ditabalkan'!!!!
Antara perkara uatama untuk disahkan jawatan adalah menghadiri Kursus induksi, selama 2 minggu, syok gile. Banyak pengalaman baru ditimba disamping memasang 'kabel2' di fakulti2 dan institut lain hehehe..ishhh penting tu..Selama 2 minggu juga la bosku, Prof. Hanafi x senang duduk bila PA dia x de...aku dgr asik miss meeting je..ceh! baru tau kepentingan aku di opis...kunun..
Kursus kami bukan setakat duduk kat dalam UPM je, ada jugak lawatan dan aktiviti luar diadakan..antaranya lawatan Cik Kiah ke Parlimen Malaysia. Merasa la kitorg masuk Dewan Rakyat yang sedang bersidang..blh tgk dengan dekat 'Penentang Raja2 Melayu' yg OKU tu dengan dekat, pastu 'pendakwah' wanita kita yg aku malas nak cakap byk..entah la...tgk je la keseronokan kami dapat naik bas UPM hahahaha...bukan selalu..
Minggu sebelum tu kami dibawa ke Ladang UPM di Puchong. Di situ kami 'didera' untuk menangkap ikan keli dalam kolam..guna jala la..Group kami berjaya mengangkat keluar seekor ikan keli aku rasa sebesar 'LENGAN EN.BOB'. Besar gile..masa dalam kolam tu, terpijak2 ikan2 tu...geli sungguh tp kesian..masa masuk tu aku x mo pikir badan dia licin macam En. Ulau...mau pengsan sblm cecah kaki dalam air tu. Kami juga diajar cara memegang ikan keli untuk mengelak terkena bisa dan tidak terlepas dek badannya yg licin tu. Hasil tangkapan kami semua dijual semula kepada peserta kursus. RM3/kilo. Aku x beli pun sbb x sampai hati nak siang ikan tu..Inilah wajah2 bakal staf berstatus TETAP & BERPENCEN. Sebab x dapat surat dari JPA lagikan, so didoakan semuanya berjaya dalam kursus induksi dan peperiksaan perkhidmatan baru2 ini (23-25 mac 2009)..Seronok sangat la sbb semua mcm sekepala walaupun berbeza umur, pengalaman dan jawatan..sporting gile..
Wednesday, March 25, 2009
Bubur sum-sum
Sumber :Blog CMG
Bahan-bahannya:
2 cwn tepung beras
2 camca besar tepung ubi
1 camca teh garam
7 cawan santan
3 helai daun pandan, disimpul
1 ketul gula melaka* (nih MIL i bagi lama dah...tp memang sedap)
3/4 cawan gula pasir*
2 cawan air*
2 helai daun pandan*
*bahan kuah
Caranya:
- Satukan semua bahan kecuali daun pandan
- tapis bancuhan ke dalam periuk dan masukkan daun pandan
- gunakan api kecil, kacau sampai likat. Kena make sure api kecik ye, takut nanti santan x masak, sakit perut plak bila makan.
- Masukkan dalam acuan kegemaran/ bubuh je dalam mangkuk kecil2, sapukan dulu minyak dan biarkan sejuk
Untuk kuah:
- Masak bahan-bahan kuah hingga mendidih dan gula larut.
- Tapis air gula.
- Curahkan air gula atas sum-sum sebelum dimakan.
Sup ayam
Bahan-bahannya:
Bahan A
- 2 biji bawang putih
- 3 biji bawang merah
- sedikit hirisan halia
- 1 sdt biji ketumbar
=> tumbuk lumat
Bahan B
- Beberapa bahagian ayam
- sebiji kentang
- beberapa hirisan batang saderi
Bahan C
- 1/2 sdt lada hitam
- 1/2 sdt lada putih
=> tumbuk lumat
Bahan D
1 1/2 sdt kicap manis (aku guna kicap kipas udang)
daun sup
garam
Caranya:
1. Tumis Bahan A sehingga kekuningan dan masukkan air (Agak2 ayam tenggelam tu kira ok la)
2. Masukkan Bahan B dan biarkan air sehingga mendidih. Masukkan Bahan C dan biarkan lagi Bahan B empuk.
3. Bila Bahan B da empuk, masukan kicap manis dan perasakan garam. Masukkan daun sup dan biarkan daun sup layu sedikit baru tutup api. Ok siap...
Tips dari Chef Norzailina:
Tambahkan sedikit gula dan serbuk lada hitam untuk menggantikan ajinomoto/MSG
Kuah dal + roti canai
Kali ni aku nak share cara2 buat kuah dal. Roti canai tu aku beli instant je...tp insya-Allah bukan diuli pakai kaki yeee..resepi ni kutip kat MR dan hanya satu2nya resepi kuah dal ni. Meh tengok..aku C&P je..malas nak menaip..Tks s_shamen for the recipe..memang syok..
Bahan-bahan ( 6 orang )
- 1 cawan kacang dal
- 2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
- 1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat
- 2 biji kentang dibelah
- sedikit serbuk kunyit
- **1 inci halia diracik
- **2 biji bawang putih diracik
- **3-4 biji bawang kecil dimayang
- **sedikit daun kari
- **sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
- **1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
- 3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
- minyak untuk menumis
- garam & gula sesedap rasa
Cara-cara
- Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
- Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
- Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
- Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
- Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing & siap!!
Friday, March 20, 2009
Aktiviti 'KERAS TANGAN'
Meh tengok apa dalam kotak tu...
Untuk mempraktikkan ilmu ini, seperti yg dicadangkan diana, DO FOR CHARITY FIRST!!! So, CaptPait, memandangkan b'day mu yg terdekat, akan ku usahakan buat secara free...nnt akak design bandar yg hancus dilanggar raksaksa dan ultraman yg lampunya dah merah berkelip2....hehehehhe..kamu2 yg sedang melihat2, nnt blh minta quotation ye kekekeke ceh mcm dah pro je nak ambik order..
Monday, March 16, 2009
Kek coklat sponge
4 biji telur
2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair
1 cawan air sejuk
1 cawan minyak mazola (minyak masak biasa pun boleh)
1 1/2 sdk soda bikarbonat
2 sdk esen vanila
1/2 cawan serbuk koko
Cara2nya:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang
2. Masukkan susu cair, air sejuk, minyak mazola dan esen. Gaulkan.
3. Ayak bersama - tepung gandum soda bikarbonat dan serbuk koko. Campurkan dalam bancuhan telur tadi. Gaul sebati.
4. Bakar selama 55minit, 160°C (ikut oven aku la ye) atau sehingga masak.
Utk menambahkan kelembapan dan menyedapkan kek. Curah la ganache. Bawah ni ada sample ganache yg agak mudah utk dicuba:
Resepi 1 (Dari my c's-Along)
1 cawan air
1/2 cawan serbuk koko
3/4 cawan gula
sehiris butter untuk mengilatkan ganache tersebut.
Caranya:
masukkan semua bahan tersebut dalam periuk kecuali butter. Kacau atas api sederhana sehingga semua bahan sebati. Tututp api dan masukkan butter, kacau sehingga butter mencair. Curah atas kek.
Resepi 2 (Dari Chef Norzailina)
200g cooking chocolate
1/2 cawan koko powder
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan air
sedikit gula pasir
sedikit tepung gandum untuk memekatkannya
Caranya:
- Masukkan semua bahan dan masak atas sederhana.
- Masukkan tepung untuk memekatkan larutan
*Kalau bubuh bancuhan ganache begini, lebih sedap disejukkan semalaman kek tersebut. Ia akan lebih meresap dalam kek dan kek akan jadi lebih moist. Kek ni buat hari tu untuk bekal SIL balik hostel dia. X tau nak bg apa hehehe...
Saturday, March 14, 2009
Kerabu mangga
Bahan-bahannya=>
sebiji mangga mengkal - dihiris nipis
1/2 biji bawang besar - dipotong dadu
segenggam ikan bilis - digoreng garing dan ditumbuk sederhana halus
5/6 biji cili api (ikut pedas memasing) - dihiris kecil2
sedikit gula n garam
1 sdb sos ikan
Caranya=>
Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Gaul sebati dan rasakan gula garamnya. Senangkan...
Friday, March 13, 2009
A Luv Letter For Dear Hubby
Mar 13, will be a remarkable date for us. As today, we are now in the 5th years as a husband n wife. Today you are in a morning shift and maybe now you are at LDP Highway or Kinrara route to your workshop. I just want to say thank you for loving me all this 5 years and hopefully forever. I am sorry i didnt prepare any gift for you cause i have not much time lately, dont even have time to surf n order thru internet. Yup, being bz with the training, new student, student seminar and bla bla bla...
Thank you for a morning kiss and early wish to me this morning. Really appreciate it since we were lack to spent our time together lately. All this 5 years, I know that you hate to taste all my new recipes but luckily never make you sick huhuhu. Sometimes you just want to ambik hati hehehehe but sometimes i appreciate your sincere comment for me to improve in future. I dont mind. I know you alway sakit hati cause i always ask you to reduce your weight...opppss... it is okey actually, just maintain as it is today, as long as you are away from any illness and in a good health (Amin!), but dont increase it anymore ok.....Dont worry, I wont ask for a jewelery (of course!), a new shoes, a new handbags, parfumes and so all that you can get from the mall. If i want it, i will buy it myself. X mo susahkan orang..Dah banyak dah bersusah utk sy. What i need from you are your care, your everlasting love, a happinest family, a barakah rezeki and also zuriat. Last but not least your precious time..That is enough for me....ok la cukup la tu kan tulis benda2 jiwang karat ni kekekeke muahhhhss!! Luv u so much!!!
Tuesday, March 10, 2009
Our Family Day @ Rumah Libor, Pusat Latihan Amor (PULAMOR), PD
Saja nak memeriahkan suasana, aku ajak Intan (SIL) join kitorg. Dia bertolak dari Kolej Matrikulasi Kuala Pilah n kitorg jemput kat Komuter Serdang je. Sampai di PD lebih kurang kol 5.30 dgn arahan lokasi yang entahapahapa dari Capt. Pait nama je askar, bg direction pun salah. Kononnya sampai je terus nak terjun laut, tp sbbkan lokasi askar, tempat tu dikunci tepat kol 6.30. Without delay beb! Bosan betul..So kitorg layan je la angin petang kat depan rumah tu. Bg tidak mengecewakan hero2ku, kitorg biar je la diorg main air shower dpn bilik kitorg. Ok la tu hahahaha..Gambar bawah ni dah nak malam sebenarnya..my SIL dok layan makan mangga dengan mama...Mama mengidam MANGGA...jeng jeng jeng...Memang datang nak berehat so malam tu giliran keluarga Alang and Capt. pait sediakan makanan, kami order mknn dan mkn di bilik Alang. Lauk x sempat nak snap gambar. Cikbob dah x pandang kiri kanan tgk ikan kerapu n siakap 'terbaring' dgn 'gaya menggoda' atas pinggan2...perghhhh terus x ingat nak kena ambik gambar....menu mlm tu, ikan siakap sweet sour, kerapu 3 rasa, kailan ikan masin, tomyam campur, paprik ayam, sambal belacan n ulam, telur dadar (ni dapat percuma sbb kitorg order byk, taukeh kedai tu ckp la..
Dah selesai baru teringat nak ambik gambar...burpppp!!oppsss....:)Malam tu buat lucky draw...semua ketua keluarga yang cabut nombor tp 'kehebatan' cikbob terserlah apabila 'berjaya' membawa pulang hadiah yang dibungkus sendiri...bukan senang nak dpt ilmu tu... hahahaha aparaaa..Malam tu gak kitorg buat surprise b'day party for Capt. Wan...naik lagi setahun umurnya..Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan keluarga yang diberkati-Nya...Amin
Ok selebihnya aktiviti biasa bila dah sampai pantai ye tuan-tuan dan puan-puan..dan apabila pintu pagar dibuka semula 6.30 pagi esoknya..Lihatlah di bawah ini himpunan makanan utk sarapan pagi..ni bkn level sarapan, ni dah kategori mentedarah...byk gila mknn..
Capt. Wan siap cari remis lagi. Petang Ahad tu rebus n sedap betul makan. Maybe sebab fresh..Mula-mula sorang cari, Capt. Wan pastu Pak Lang (hubby Alang) pulak datang temankan kekekeke..
Anak2 ikan pari putih mama abis sume sunburn. Kimi paling teruk sbb dia paling lama mandi laut..mula2 tu penakut bila kena ombak..ala2 kena geletek dek ombak..ceh..pastu dah bw ketengah, mula lalupa nak naik ke darat..tghr kimi tido siap terkejut2 sampai berpaut kat leher mama, kaki belit kat kaki mama..mimpi hanyut gaknya..bukan setakat dia, mama pun terkejut2 tgh tido sbb kejap2 dia terperanjat2 tgh tido, kejap kang adik pulak...hishhh budak2 nihh..
Best sangat...
Ikan cencaru sumbat bakar
Bahan sumbat ikan:)
1 ekor ikan cencaru sederhana besar (belah belakang jgn putus)
2 biji bawang merah
1 1/2 biji cili merah
secubit garam
sebelah kelapa parut
Cara:)
- Belah belakang ikan dan bersihkan. Sapukan serbuk kunyit dan garam pada luaran ikan. Ketepikan.
- Tumbuk lumat bawang merah, cili masak, garam.
- Campurkan kelapa parut dan gaulkan dengan bahan2 ditumbuk tadi.
- Sumbatkan dibelakang ikan dan bakar.
Bahan untuk air asam:)
1/2 cawan air asam jawa pekat
sebelah bawang besar - potong dadu
3/4 biji cili api - hiris halus
sebelah tomato - potong dadu
sedikit belacan
gula dan garam (kuantiti garam mesti sikit dr gula)
Caranya:
- Masukkan gula dan garam dalam air asam jawa. Kacau sehingga gula larut. Air asam tu seeloknya suam. Cepat sikit gula larut.
- Masukkan semua bahan2 lain dan kacau sambil tekan/tenyeh2kan bahan2 tu semua.
- Rasakan dan tambah la apa yg kurang.
Monday, March 9, 2009
Ayam penyet
Bahan2nya:
6 kepingan peha ayam (aku guna portion sesuka hatiku)
2 camca besar minyak
3 helai daun salam (aku guna bay leaf)
2 camca besar pati santan
1 camca besar ketumbar biji, disangai hingga wangi*
1/2 camca teh, jintan manis, disangai hingga wangi*
2 batang serai, dihiris halus*
1 camca teh gula*
1 camca teh garam*
120 g hirisan lengkuas*
1 biji cili merah*
2 cm kunyit hidup*
4 keping hirisan halia*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)
Cara membuatnya :-)
- Ayam dibuang kulit, perap dengan jus lemon dan sedikit garam selama 10 minit, cuci dan toskan. Kemudian cucuk ayam tadi dengan garfu. Ketepikan.
- Masukkan ayam tadi dalam bekas plastik (tupperware), tuang bahan2 kisar dan masukkan santan. Gaul rata dan lumur pada semua bahagian ayam tadi. Perap 30 minit hingga 1 jam. (aku perap 3 jam)
- Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan masukkan ayam bersama bay leaf. Kecilkan api dan kecutkan ayam selamat 10 minit sehingga sedikit kering. Kemudian panggang dalam ketuhar pada suhu 200C hingga masak (kurang lebih 45 minit hingga 1 jam). Bergantung pada oven masing2.
Saturday, March 7, 2009
Setelah ENAM, LIMA plak yang datang...adus
* Berjaya melahirkan anak sulung penyambung generasi ke -5 (eh 5 gak la) keluarga dear hubby masa tu (hubby-> MIL -> Tok hubby -> Moyang hubby) - Muhd. Adam Hakimi kat Hospital Putrajaya
* Masih setia bekerja di Sony n dok mengarah orang je buat keje...rindunya ngan org Department DY
* Menyambut 1st anniversary - masa ni dapat hairdryer hahahaha paham2 le br tawen
* Pertama kali pada hari raya Aidilfitri tidak disambut dgn adik-beradik sendiri. Giliran kampung hubby i la..cedih wooo..dah la x reti makan nasi dagang masa tu..teringat kat rendang n ketupat..
* Kena tahan wad seminggu sblm due bersalin sbb darah tinggi masa hujung2 minggu bersalin..pastu mama rayu kat Dr nak kuar gak spital. Masa tu kalau x salah nama doktor tu Dr. Jamil (Pakar O&G). Sapa tahan kena makan semua tawar2 pastu dia bagi sebelah je limau kasturi untuk bg rasa dlm mknn...nangis masa makan tu..pastu ada akak sblh katil pujuk..entah cemana urat belakang tengkuk makin kuat berdenyut..pastu akak tu panggil nurse..cek darah masa tu mmg dah high gile..140 lebih kot masa tu, pastu ada doktor pompuan kelam-kabut gak dtg....pastu diorg suruh mama rehat, tido jap...tp every 15 minit dtg cek sampai la turun balik.....
eh...terlebih suda...!!
* Gi Giant Kinrara nak beli mknn utk bw ke PD hari ni...yea yea picnic..ekceli Family day keluarga mama
* Ada member kawen dpn umah, so kena beli hadiah plak.
* Nak packing baju anak-beranak
* Nak cari kat mana diamnya swimming suit Kimi, lupa la dah pindah2 umah ni
* Kena beli hadiah gak sbb nnt ada luckyy draw masa family day tu
klu ikutkan byk nak list ni...lebih dr 5 nak buat hr ni..
Kalau kat opis, time petang2...dah bosan ngadap keje...best sgt klu dpt makan
* keropok - yang nipis2 tu tau...rangup gile..
* goreng pisang beli kat kat sri serdang. Sederet ngan Restoran Ateh..perghh tepung dia...syok..tp tu le melayu niaga, nak buka gerai tu ikut suka je..nak buka kol bp n hari apa..
* cekodok pun best gak - x kisah la ikan bilis ke, jagung ke, kentang ke, bawang je ke pun ok
* potato salad/pasta - blh kira snack ke ni...sbb klu ada kenny roger's, sanggup bedal ni je...bkn nak makan sgt pun ayam dia
* mcm x de lagi la...tu je yg aku enjoy sgt...yg lelain tu aku makan je...janji sedap
Walaaaa..tp 'IF' kan..insya-Allah
* Lama dah berangan nak buat Yayasan utk anak2 melayu dan yatim mcm Syeikh Bukhari, billionaire Malaysia tu
* Nak hantar FIL & MIL gi buat umrah & haji (My parents dah lama buat, cuma arwah mak hanya dibuat upah haji. X sempat nak gi, plan nak gi umrah bln 8/2001 tp mak meninggal bln 2/2001)
* Nak pusing dunia. Semua negara gi melawat n klu blh nak tinggal jasa kat org susah negara situ ceeewaaahhh..
* Nak ada helikopter sendiri. Senang nak melawat ladang2 kelapa sawit ku, kebun2 getah, kolam2 ternakan hahhahahaha aku kayoooo....
* alamak banyak sangat berangan..jerawat dah kuar2 nihh....cukup la tu yek
Mari menge'tag' mereka2 ini..
1. Cik fiza sila buat yg ke-5 ni pulak ye
2. En. Sepul list mcm banyak je
3. Huba...huba...dear hubby hehehehe
4. Kak long meh la tambah koleksi
5. Myza tag seterusnya
Friday, March 6, 2009
Apa yang ke-enam dari enam...
1. GO to your photos folder in your computer
2. GO to the 6th Folder of your photos
3. GO to the 6th photos in that folder
4. Put the picture on your blog & description of it.
5. Invite 6 friends to join the challenge 6. Link them in your blog & let them know they have been challenged.
Eleh sonang yo...
Ni gambar eiii..Abah pegang Adik Ami masa potong kek ni..Ateh tukang ambik gambar..Masa ni kat kampung hubby di Salong, Pekan, Pahang. We were celebrating Najmi 1st Birthday. Masa tu 1st day hari raya. Mama buat kek non-bake cheesecake. Masa nak bawa dr Pekan ke Salong, jalan terentak2...maka terjadilah tanah runtuh pada structure kek itu...tapi kek tu aku rasa kureng sikit rasanya dari yang biasa buat sbb ada bahan2 yang kurang n susah nak cari kat sana..ok tu je..
Maka dengan itu, Beta menghantar utusan ini untuk dayang-dayang/pengawal pintu istana meneruskan usaha mereka:
a. Diana (folder byk kann...)
b. Isma (kiranya yg ke-enam..bkn 600 tau:) )
c. Myza (hari tu nak tagkan...meh ambik)
d. Kak Long (belajar2 ye bila dah ada blog ni)
e. Bang Nuar (layanzzz)
f. Kak yani (mari menge'tag' )
Wednesday, March 4, 2009
Kerabu sotong
Meh tengok resepinya:
Bahan2nya (aku guna separuh dr resepi ni ok):
500 g sotong, potong ikut suka
1 biji buah kuini yg mengkal
2 kuntuk bunga kantan, hiris halus
2 batang serai, hiris halus (guna 1 je tapi aku rasa x best plak bubuh serai, ikut korg la ye)
2 biji bawang besar, hiris halus
1 1/2 sdb sos ikan
1/2 biji lemon, ambil jusnya
2 sdb kerisik
1 sdt gula halus
2 biji tomato, potong dadu kecil2
10-15 biji cili padi, hiris halus
garam
Cara2nya:
1. Bersikan sotong. Didihkan air, masukkan sedikit garam. Celur selama 30 saat. Jgn lelama nnt liat. Angkat, toskan.
2. Kupas buah kuini/mangga dan hiris kasar, asingkan
3. dalam bekas lain, masukkan bawang, serai, bunga kantan, sos ikan, cili padi, gula, toamto dan kerisik. Kacau rata. Masukkan buah kuini/mangga hiris, sotong dan gaul sebati.
4. Perasakan dengan jus lemon dan sedikit garam. Rasa dan adjust apa yg kurang.
Sunday, March 1, 2009
Banana yogurt cake
Bahan-bahannya:
100g mentega
90g gula perang
2 biji telur + 1 sdt esen vanila - pukul sedikit
320g pisang + 1 sdb jus lemon - lecek halus
125ml yogurt biasa ( aku guna yogurt mix berries)
1/4 cawan cincangan walnut/almond (panggang dulu)
130g tepung gandum*
60g tepung ek*
1 sdt soda bicarbonate*
1 1/4 sdt serbuk kayu manis*(x letak pun sbb x suka)
(*) - gaul dan ayak bersama
Cara menyediakannya:
1. Putar mentega dan gula perang hingga putih, masukkan telur sedikit demi sedikit dan putar lagi hingga kembang. Pada kelajuan sederhana, masukkan pisan yang telah dilecek dan yogurt. Putar sebati.
2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. Tuang dalam acuan yang telah digrease dan alas.
3. Taburkan walnut/almond tadi.
4. Bakar pada suhu 175°C selama 55-60 minit. (oven aku dalam 160°C, 45-50 minit). Uji bahagian tengah kek. Kalau dah masak, keluarkan dari acuan.
Nota : Kalau guna almond, guna yg telah dicincang sbb jenis strip tu susah sikit bila nak potong. X kemas la bila kek tu nak dipotong2.