Thursday, December 31, 2009

Air Nira

Ha pernah dgr x nama air tu. Oppsss bukan nak bagi resepi cuma nak share pengalaman minuman yg 1st time MJ rasa walhal bersepah jual kat kampung MJ. DH ajar minum air ni masa kitorg otw jalan2 ke Lumut Perak. Sgt berbeza dan sungguh kagum dgn pembangunan negeri Perak sekarang ni.Ni view dr dlm keta otw ke sitiawan. Kiri kanan jalan ada sawah padi nan menghijau. Sejuk je mata memandang.
Nak 1 ke 10? Huh.....DH sedang membeli air nira dari gerai di tepi jalan.

3 jejaka pujaan hati MJ...ahaks kelass gitu!!

Ami jom main air..
x nak la bang...
ala jap je..
mama marah nanti..
haiiiipppp!!!!

Ami dgn pengu nye..(ada bazaar jualan di situ. X beli apa pun. Rimas sbb panas..Cuma belikan ami bantal dolphin, kimi dpt pistol, DH beli 2 t-shirt je. Hahaha x membeli konon..eh mama x beli apa la, br perasan. )

Eh mana gambar air tu hahahha.....

Nilah dia air nira nipah. Rasa dia manis la jugak pada tekak MJ. Sapa yg pernah makan buah nipah yg fresh, ha rasa dia mcm tu la. Hubby suka sesgt. Ada 2 jenis air nira - nira nipah n nira kelapa. Hubby beli yg nira nipah. Air ni dijual dlm botol2. MJ request letak dlm plastik n bubuh ais...perghhhh nikmatnya. Nnt klu ke sana lagi nak cari la air tu. Mmg syok tp DH kata x leh minum byk2..nnt mabuk..ye ke?

Chocolate Banana Cake

Sabtu lepas kami pulang ke kampung sebelah MJ's family. Bagan Datoh, Perak. Balik sbb kebetulan ada kenduri kawan DH di Teluk Intan. So, MJ hanya buatkan kek pisang ni je utk makcik di kampung. Mai la rapat tgk...

MJ jumpa resepi ni kat blog Mamafami yg glamer tu. So C&P je la kat sini. Malasnya nak menaip. Maklum le esok nak cuti lagi. Malas yg hamat....mintak halal ye mamafami n tks sudi kongsi resepi..

CHOCOLATE BANANA CAKE
Source : Joy of Baking

Ingredients :

2 cups (400 grams) granulated white sugar
1 3/4 cups (245 grams) all-purpose flour
3/4 cup (75 grams) cocoa powder
1 1/2 teaspoons baking powder
1 1/2 teaspoons baking soda
1/2 teaspoon salt
2 large eggs
1 cup mashed ripe bananas (about 2 medium sized bananas)
1 cup (240 ml) warm water
1/2 cup (120 ml) milk
1/2 cup (120 ml) safflower or canola oil
1 1/2 teaspoons vanilla essence

Method :

1. Preheat oven to 350 degrees F (180 degrees C) and place rack in the center of the oven.
2. Butter, or spray with a non stick vegetable spray, a 9 x 13 inch (23 x 33 cm) pan. Set aside.
3. In a large bowl whisk together the sugar, flour, cocoa powder, baking powder, baking soda, and salt. Set aside.
4. In another large bowl, whisk together the eggs, mashed bananas, water, milk, oil, and vanilla extract.
5. Add the wet ingredients to the dry ingredients and stir, or whisk, until combined. You will notice that the batter is quite thin.
6. Pour the batter into the prepared pan and bake for about 35 to 40 minutes or until a toothpick inserted in the center of the cake comes out clean.
7. Remove from oven and let cool on a wire rack. When completely cooled, frost with the Ganache.

Tuesday, December 29, 2009

Roti sosej

Roti sausage? Conney hotdog? Bun sausage ber'coney' hahahhahaha..entah la..apa2 je la..kimi panggil 'Roti Sosej' je. Eh jgn la ingat ni utk anak2 adams.. diorg x mungkin nak telan daun2 hijau begitu. Tu bahagian mama n abahnya la. Anak2 adams hanya bubuh sosej n mayo je. Conney hotdog biasanya guna daging/ayam cincang kan. Yang ni gara2 stok dah abis, telur je la MJ bantai..Tp ok pe, sedap gak. Janji my loyal customer kata sedap:)

Adams update

you can find all my lil' heroes update here. Dah buat asing. Knp asingkan? Suka la maknye blog nyah ahahahakkk!!!

Donut simple

Anak2 kami mmg suka makan donut. X kisah la bersalut dgn apa sekali pun. Tapi klu dah kanak2 tu, mmg x leh lari dgn coklat. Kalau si abang siap jilat2 jari lagi baki2 coklat dlm bekas berisi coklat tu. Kalau memalam, diorg x mo mkn nasi, risau gak kang tgh mlm diorg lapar. So, MJ pun mengumpul segala baki tenaga yg ada utk menghasilkan donut kecik2 yg sesuai dan cukup utk mengenyangkan mereka.

Ni sebenarnya percubaan tp kira ok la. Bancuhan ni sesuai bg yg tidak guna donut cutter ye.

Bahan2nya:
1 1/2 cawan tepung
2 sdb susu tepung
2 sdb gula halus
1 sdt yis kering
1/2 cawan air
sedikit margerin (± 1 sdb gitu)

Cara-caranya:
1. Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk kecuali air dan margerin. Gaul sebati.
2. Masukan air dan gaul. Last sekali masukkan margerin dan uli sebati. X yah lelama pun. Asalkan doh tidak melekat pada mangkuk. (Klu still melekat, tambah sikit tepung dan uli lagi. Klu melekat jugak, jgn dibuang pulak tepung tu...dushhhh...biar je dia kembang. Masa nak membentuk donut tu, letak tepung kat kiri kanan tangan dan cubit doh kecik2).
3. Eh, 2 steps je dah siap hahaha....
4. Rehatkan doh dengan menutup mangkuk adunan dgn kain lembab selama 30 min - 1 jam.
5. Goreng dan sadur ikut citarasa.

Wednesday, December 23, 2009

Seminar Keibubapaan Peringkat Awal Kanak-Kanak

Entry ini agak serius gitu. Ingin MJ berkongsi sedikit pengetahuan utk ibubapa diluar sana dan amanat penceramah2 yg sempat MJ salin dan ada setengahnya recall apa yg ingat dek otak yg dah berkarat nih:D. Umur kanak2 yg difokus sewaktu seminar adalah dari usia 0-4 tahun. Antara intipati seminar itu:

1. Membunuh kretiviti anak jika anak menggunakan tangan kiri (left handed) dan kita memukulnya. Biarkan saja cuma betulkan apa yg betul dan apa yg salah. Contohnya, makan guna tangan kanan, bersihkan 'tut' selepas membuang guna tgn kiri.

2. Kita dilahirkan dengan pelbagai fitrah dan potensi. Jgn abaikan potensi anak jika dia lebih cenderung dgn minat/kerjaya yg ibubapa x minat langsung. Dorong mereka ke arah tersebut dgn panduan yg betul (selagi tidak bercanggah dgn agama dan keselamatan diri).

3. Fathering adalah elemen penting dalam menentukan samada anak itu berjaya/tidak dlm kehidupan. (X sempat salin nama researcher tu). So, jgn buruk sangka pulak pada ibu2 bila ada bapa2 yg membantu menguruskan anak2 ye. Itu sebenarnya lg bagus. Please search more about this research findings. I also dunno how to explain in detail n elaborate it.

4. Hargai dan akui usaha setiap pasangan untuk menjadi ibu/bapa yg lebih baik.

5. Turut serta dlm apa jua yg anak lakukan/ceburi. Mereka akan rasa lebih dihargai dan bangga.

6. Apabila bayi baru belajar mengiring utk pusing, jgn dibantu. Merbahaya. Kerana pada waktu itu bayi itu sedang melatih motor kasarnya (peha, lengan, leher dll). Jika, kita bantu dan bayi tersebut sebenarnya tidak bersedia, dia mungkin akan mati lemas kerana tidak mampu mengangkat kepala dlm tempoh yg lama ataupun mengiring bila mukanya tersebam ke bantal/tilam di bawahnya. So, pantang larang org tua ada betulnya cuma tidak diterang secara sainsnya.

7. Kecepatan perkembangan manusia adalah berbeza tetapi sekiranya sgt berbeza dari carta tumbesaran kanak2, dia memerlukan perhatian perubatan.

8. Rangsangan akan menambahkan lagi sel-sel otak kanak2. Makin banyak sel dihasilkan, anak tersebut akan menjadi makin bijak.

9. Kecerdasan kanak-kanak menurut Teori Kecerdasan Gardner ada banyak. Antaranya ada kanak2 yg cerdas number/reasoning smart, word smart, music smart, picture/space smart, body smart, people smart, self smart, nature smart.

10. Buku mewarna menghalang kretiviti kanak2 dan kemampuan dia meluahkan perasaan mereka. Bg mereka kertas yg kosong, biarkan apa yg mereka mahu lukiskan.

11. Jgn paksa anak menulis dgn cantik. Dia akan hilang motivasi dan minat mencuba. Tumpuan belajar menulis akan hilang kerana lebih ditekankan untuk menghasilkan tulisan yg cantik dan kemas.

12. Bergembiralah dlm melaksanakan tggjwb sebagai ibu dan bapa.

Menurut penceramah, Prof. Madya Dr. Rumaya Juhari, ilmu parenting sgt meluas. Kita perlu menambah pengetahuan dgn pembacaan, bertanya org yg arif dan jika perlu berjumpa pakar. Ini kerana cabaran membesarkan kanak2 di zaman sekarang amat jauh berbeza dgn zaman dahulu. Peganglah (rapat) anak dari berusia 0-15 tahun. Insya-Allah selepas itu jika kita lepaskan mereka akan jadi anak yg menghormati org tua dan berjaya. Insya-Allah.

Keibubapaan adalah pekerjaan sepanjang hayat dan tiada lesen diperlukan utk menjadinya. Asalkan sah dari sudut agama dan undang-undang negara. Sama2lah kita membentuk anak2 yg cemerlang dan sayangilah mereka. Kerana di luar sana ramai pasangan yg berebut2 hendak mendapatkan peluang seperti kita - menjadi ibu dan bapa. Akhir sekali, agama adalah tunggak utama dalam menentukan kebahagiaan dan kecemerlangan sesebuah keluarga. Bersama-samalah kita mencari keredhaan-Nya.

Sy pun bukanlah insan yg sempurna dalam membesarkan anak2. Ilmu2 begini amat sy perlukan sebagai panduan dan rujukan. Mana yg mampu sy ikut, selebihnya sy ikut kata hati juga :D. Ok itu sahaja dari saya. Selamat Bercuti.

Moist choc cake

oppsss k.zana dah sound tu...Hari ni br free skit la kak...byk keje kat opis ni..ok nih sy nak share ngan blogger n my silent reader (jika ada la kan...cis perasan!) resepi moist choc cake. MJ jumpa masa godek2 umah KakPah Sherry. Sedap kek ni. Moist lepas sehari disimpan. Anak2 adams mmg x leh renung lama2 kek2 berunsur coklat gini, malam2 hari pun diorg blh layan...

Tks kakpah sudi kongsi resepi dgn 'pengidam2' choc cake spt kami..

Bahan-bahannya:
  • *1 cawan tepung kek/tepung gandum
  • *2 sdt baking powder (*satukan & ayak 3x)
  • 1 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 125 g butter
  • 1 sdt esen vanila

Pes coklat
  • 1/2 cwn koko
  • 1/2 sdt nescafe
  • 1/4 cwn gula halus
  • 1/2 cwn air panas
  • 1/4 cwn susu cair
--> Campurkan semua bahan2 spy menjadi pes coklat

Cara-caranya:
  1. Panaskan oven pada suhu 175°C. Lapikkan acuan dengan kertas kek.
  2. Pukul butter & gula hingga putih
  3. Masukkan esen vanila dan telur satu per satu sambil terus memutar hingga kembang & sebati.
  4. Masukkan tepung berseling-seli dengan pes coklat. Gaul rata & sebati.
  5. Masukkan dalam acuan & bakar dalam oven selama 45-50minit. Biar sejuk baru tuang coklat ganache di atasnya.
Untuk coklat ganache
  • 150 g coklat masakan
  • 1 sdb susu pekat manis
  • 1/4 cwn air panas
  • 1 sdb butter
Cara-caranya:
  1. Masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat manis & air panas ke dalam bekas tahan panas. Masak secara double boiler hingga cair.
  2. Padam api dan masukkan butter. Kacau hingga butter cair & coklat nampak berkilat.
  3. Biarkan suam buat seketika. Lepas itu curahkan ke atas kek.

Nota :
Hari tu MJ secara x sengaja tgk rancangan masak2 nih. Chef Wan tgh buat kek. kemudian ada bbrp reason keadaan2 yg dikatakan perlu dibuat semasa membuat kek. Antaranya:
- Sesetengan resepi kita jumpa tepung perlu diayak 2/3x. Tujuannya untuk membolehkan lebih banyak udara masuk diantara tepung2 tersebut. Ini akan menjadikan kek kita lebih ringan.
- Telur perlu dimasukkan 1 per 1 kerana utk mengelakkan telur terlebih pukul. Jika telur terlebih pukul...............................aaaaa part ni budak paling kecik dlm umah tu sengaja je mengetas kesabaran mamanya dgn menukar channel tanpa memberi salam....hahahaha...baik x yah bagi tips kan..menyesal korg baca..sapa2 yg tahu, tolong habiskan ayat tu, nnt saya edit entry ni..

Monday, December 21, 2009

Nasi lemak

Bila asik keje x cuti2, mula la mengeluh penat keje. Tp bila asik cuti je, mengeluh jugak dok kat umah lama2. Mana x nya. Kalau DH cuti, x pe la jugak. Blh la diajak ke sana ke mari atau pun memulakan operasi mengemas bilik yg dah mcm stor. dah berbulan2 plan nak kemas tp tetap x berkesempatan. Amboi bznya mengalahkan menteri hahaha..

Ok, hari cuti baru ni byk kejadian menarik. Antaranya di sini. Tengkiu abah@DH. Kemudian disusuli dengan menu ni pula. Menu yg semua org blh buat sambil pejam mata lagi. Anak2 adam pun layan jugak.

Yg ni bkn la utk anak2 adam. Mana mungkin diorg makan yg bersambal2 nih kan. Kebetulan Capt.Pait yg dah overdue pun datang umah, lepas check up kat klinik area umah kami. dah 2 hari overdue. Sempat la mak buyung tu merasa nasik lemak MJ.

Hari tu terajin plak n maybe rezeki dia, MJ buatkan Moist Choc Cake. 2 wks before tu, dia dtg umah gak pastu sibuk tanya, x buat kek ke? Loh teringin plak mak buyung tu. So, hari Jumaat lepas MJ buatkan kek. Sbnrnya tuan rumah sendiri yg teringin gila nak makan choc cake *wink* *wink*. Pastu anak dara Capt. Pait beriya la nanyi lagi Happy Birthday. Nyanyian berduet plak dgn abg kimi. utk merialisasikan impian mereka, MJ yoyo ooo mendeco. Letak edible Happy Bday gambar Rory The Racing Car. Pastu cucuk lilin 2 batang. Sorg tiup sebatang. saje suka2. Ok buh gambar kat sini dulu. Resepinya next entry.

Dengan double layer ganache, sgt la syok menghabiskannya. Mas dirog makan tu kek br siap. So, x brp nak moist. Tp kitorg makan yg baki kek keesokan harinya, fuhhh sgt la moist nya.

Mlm tu Capt. pait call tanya tanda2 bersalin. Mmg la anak kedua tp pengalaman setiap kelahiran tu berbeza. Suruh dia terus gi hospital sbb dah ada tanda. Kol 1 pg dpt msg, dah bersalin kat putrajaya. Alhamdulillah 2 2 sihat n selamat.

Amboi dah pekena nasi lemak + moist choc cake achik br nak keluar ye. Ni la dia anak bujang Capt. Pait & Capt. Wan. Muhammad Akid Zahwan, digandingkan dengan kakaknya Nur Balqis Zahwan. Geramnya nak baby hahahha tetiba plak achik ni ye..

Tuesday, December 15, 2009

Spageti goreng

Ambik resepi dari umah kak Rinnchan..dah berjaman print. Tp br ada kesempatan nak mencuba. X sia2, memang best. Cuma sy ubah sikit2 mengikut kesesuaian tekak anak2 ribena MJ.

Sgt malas menghapdet blog ini buat sementara waktu. Kenapa? Entah le, mmg tgh malas...hahahhaa so, ni resepi yg berjaya sy C&P dari FP kak Rinn. Tengkiu kak rinn utk resepi yg marbeles nih;D

SPAGETTI GORENG

Bahan-bahan:
250gm spagetti, direbus dan toskan
1 biji bawang besar kuning, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk kari
200gm daging cincang
1 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh serbuk lada putih
2 biji tomato, didadu
Baby Corn, dipotong kecil
Carrot, didadu
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
Garam & Gula secukup rasa
Oregano (optional)
Thyme (optional)
Parsley (optional)
Cheese (optional..apa2 cheese pun ok, rinn guna 2 cheese slices)

Cara-cara:
1. Tumiskan Bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga layu.
2. Masukkan lada hitam & lada putih.
3. Masukkan buah tomato dadu. Masak hingga hancur.
4. Masukkan sos cili, sos tiram dan serbuk kari. Kacau sebati.
5. Masukkan daging cincang dan masak.
6. Masukkan spagetti. Perasakan dengan garam & gula.
7. Akhir sekali masukkan cheese dan masak hingga rata.


Selamat mencuba!

Thursday, December 10, 2009

Choc. chips muffin

Sgt syok melayan muffin ni. Kebetulan bahan ada dan ada niat pun utk menghabiskan choc chips yg dah terlebih beli dan menyendatkan peti ais. Resepi yg mudah dan simple ni MJ godek dari umah k.jun yummylicious tu la..Tks kak. Anak2 adam sy sgt suka...apatah lagi DH n isterinya.

Bahan:
  • 1 3/4 cwn tepung gandum
  • 1/4 cwn serbuk koko
  • 1 cwn gula kastor
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonate
  • 1/2 sk garam
  • 1 cwn fresh milk
  • 1 biji telur - pukul sikit
  • 1/3 cwn minyak
  • 1 sk esen vanila
  • 3/4 cwn choc chips
Cara membuatnya:
  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telur, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
  3. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata
  4. Masukkan choc chips.
  5. Sudukan adunan ke dalam muffin cup/paper cups 3/4 penuh dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12-15 minit)

Kek buah (Bakar)

Hahaha resepi salin kat buku, ada kat umah...nnt la esok, klu line clear kat umah tu, blh la sy salinkan untuk semua org mencuba..sedap n lembab je kek ni..sabar ye. Insya-Allah sy akan upload the recipe..ala tau cik kiah sume suke kek2 gini kan..seronok dpt hasilkan sendiri kek buah. Nak beli yg siap kat pasaraya tu, byk sgt cite yg meragukan..

Ok here is the recipe. Copy dari blog K.Jo Mekarwangi. Tks kak utk resepi yg mudah dan murah ini.

Bahan-bahannya:
  • 380g susu pekat manis*
  • 400 g mixed fruits*
  • 250g butter*
  • 1 cwn air*
  • 2 biji kuning telur
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sdk baking powder
  • 1/2 cawan orange juice(dari 2/3 biji oren)

Cara-caranya:
  1. Masukkan bahan bertanda * dalam periuk. Masak atas api sederhana sambil dikacau hingga butter dan susu sebati. Alihkan. Sejukkan dalam fridge selama 3-4jam. Keluarkan dan campurkan dengan kuning telur. Kacau sekata
  2. Ayak tepung & bp. Msukkan sikit2 dalam bancuhan butter&susu tadi. Masukkan orange juice dan kacau sekata.
  3. Panaskan oven 170°C. Alaskan dan grease 8"x8" pan. Bakar selama 1 jam. Jgn lebih nnt kering

Friday, December 4, 2009

Slice cheese cake..

Sangat lembut, gebu dan sedap (pada tekak kami ye). Itu sahaja yang dapat digambarkan dengan terhasilnya kek ini di hari raya kurban tempoh hari...hehehe br sempat nak upload resepi. Baru baik demam pun ni.

Resepi ini MJ jumpa di blog cendanakasih.blogspot.com. Gi la jenguk blog akak ni...pandai masak akak ni & sedap2 menu dia..Ni pun operasi menghabiskan cheesedale yg ada 4 keping lagi dan susu segar. Sian diorg termenung je dlm fridge tu. Sib baik jumpa resepi kak Noorma. Blh la diperabihkan cepat. Minta izin C&P ye kak & terima kasih sudi share resepi yg sedap2 n mudah.

>> Pemilik asal resepi ni rupanya Pn.Ros..nu jauh kat Tokyo. Jemput la ke blog dia (suke den yo jemput org dtg umah org lain hehehe...jgn marah ye Ros...mesti suka klu lg ramai yg dtg kan)..mmg menarik resepi2 kat situ..http://damiacyan.multiply.com/. Tks ye Ros share resepi2 yg simple bangat ini.

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )
>4-5 keping slice cheese
>200 ml susu segar
>70 gram butter atau marjerin
>70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
>70 gram gula
>4 biji telur saiz M (aku guna 2 biji telur saiz AA)
>beberapa titik esen vanila

Cara-cara
>>potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
>>masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
>>asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
>>didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
>>akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
>>bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

Tart gulung lagi

Operasi memperabihkan jem nanas yang dah berkurun (tp lom expired ye) dok bertapa dalam peti ais tu sejak raya aidilfitri hari tu..akhirnya, operasi selesai. Nak tayang gambar je hehehhe..resepi dah tepek dulu. Dulu buat kaler orange, kali ni pulak kaler ijao..Janji sedap n habis.

Untuk resepi, boleh rujuk kat sini.

Surat terbuka utk jiran ku....

Hahahhaha cam haremm je tajuk tu...geram sbnrnya menjadi penyambung waris rumah keluarga dan terpaksa berjiran dgn org2 yg juga rakan ayah & arwah mak. Terpaksa dan tiada pilihan. Tapi sakit hati ni makin menjadi2 disbbkan sikap sesetgh jiran yang suka membangga diri x kena tempat, membeza2kan anak cucu org, bawa mulut ikut suka, cite x tentu betul atau tidak n mcm2 lagi. Wah macam jahat2 je jiran2 ku kan....hahahaha x semua la..ada sorg ni je yg aku slelau nak elak jumpa.

Aku tau hari ni hari Jumaat tp marah hati ni x tau nak lepas kemana. Aku tau gak yg org tu x tau pun aku memblog wahima apa jadahnya internet itu. Ini antara yg menyakitkan hati:

1. Dok cite anak dia isi minyak keta guna kad kredit....elooo mak cik ko ingat aku ni kemaruk sgt ke dgn cite kad kredit. Org yg suka berutang je yg suka pakai kad kredit even nak isi minyak. Aku dah lama buang dlm tong sampah kad2 kredit tu yg berderet2 selama ini selepas baca statement Warrent Buffet...sapa dia tu? ko cari la sendiri makcik.

2. Aku x pakai barang kemas bkn bemakna aku x berduit nak beli. Tp aku rasa aku ni bkn la pokok krismas ke, kereta berhias ke nak gantung2 sana sini segala barang kemas tu. Ko tanya anak ko tu, dia byr zakat tak brg2 kemas dia tu? Nanti kat akhirat kena tanya wehhh. Sikit pun aku x terliur tgk org pakai barang kemas.

3. X yah la nak kata anak aku tu baling batu kat keta org klu x cucu ko yg ajar. Aku sendiri pernah tgk dia baling batu kat keta org tp malas nak bising. Sbb kang ko marah plak aku tegur cucu kau yg kononnya bagus sgt tu...

4. Suka kata anak aku x reti nak mengelak bila keta motor lalu, dah tu yg cucu kau tercongok tgh2 jln sampai kena hon tu knp? Aku sendiri pernah tgk cucu kau kena langgar ngan beskal masa main tgh jln. Sib baik beskal n x luka apa pun. cait.

5. Bising plak bila tau aku masak hari2. Kononnya dia lagi senang beli je dr masak2. Penat lah masak katanya. Wei, suka aku la nak masak tiap2 hari ke, tiap2 jam ke. Ada aku bersungut tepi telinga ko aku penat masak tiap hari? Ada aku mintak tolong ko potong bawang ke, siang ikan ke, kemas dapur ke setiap kali aku masak? Aku nak cr pahala je dgn sediakan mknn sendiri utk anak n laki aku la..salah ke? kecoh betul...tp bila aku buat kek sedap2 ada ke ko tau cucu ko tumpang makan. Xpun buat2 muka mcm termintak2...ada ko tau?

6. Sibuk cite anak dia apply internet. Macam2 blh cr dr internet la apa la..helooo aku dah lama pasang makcik oii tp aku rasa x de keperluan utk cite benda2 camtu kat org. X rasa malu ke benda yg ko nak banggakan tu, org dok dlm gua pun dah pakai n org akan heran sbb ko br nak apply...aparaaa..

Aku dah malas nak tulis apa yg ko ckp byk lagi tu. Makin panas hati aku ni. Kpd makcik itu, berenti la membangga diri, menjaja cerita. X de faedah pun ko dapat. Klu aku x ampunkan dosa ko, agak2 ko blh mengucap ke bila mati nnt...pikir2kan la.

Ni antara ayat2 Warrent Buffet....(aku copy dr blog my DH)

His advice to young people ” Stay away from credit cards and invest in yourself and remember :

a. Money doesnt create man but it is the man who create the money

b. Live your life as simple as you are (Mula belajar begini)

c. Dont do what others say, just listen and do what you feel good

d. Dont go on brand name, just wear those things in which you feel comfortable. (yg ni aku kadang2 x leh tahan:D)

e. Dont waste your money on unnecessary things, just spend on them who really in need rather

f. After all, it’s your life then why give chance to others to rule our life.

Tuesday, December 1, 2009

Kurma daging

Ni la masalahnya bila lupa note sapa punya resepi. Tambah2 bila kesuntukan masa n kelam-kabut men'google' umah org cari resepi...hahahha..Tapi memang best. Saje nak try masak lain dari cara masak kurma yg dah biasa buat. Yang biasa tu warnanya kelabu2 sikit, yg ni kaler dia merah2 lebam gitu. Ni antara menu raya baru ni.

Soft copy plak x simpan..kena la MJ menaip..huhuhuhu..

Bahan2nya:
  • 1/2 kilo daging (dibersihkan dan dipotong mengikut keselesaan)
  • 1 sdb cili kering kisar (MJ guna cili boh je)
  • 1 labu bawang besar*
  • 3 biji bawang merah*
  • 1/2" halia*
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sdb puri tomato
  • 3 sdb rempah kurma (bancuh jadi pes)
  • 2 biji kentang (belah 4)
  • 150 ml santan
  • rempah 4 sekawan
  • garam gula secukupnya
Cara2nya:
  1. Kisar bahan2 bertanda *. Tumis bahan2 kisar, rempah 4 sekawan dan cili kering hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma dan puri tomato. Kacau dan biarkan ia pecah minyak
  3. Masukkan daging, kentang dan air secukupnya untuk mengempukkan daging & kentang.
  4. Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa.
  5. Siap.

Monday, November 30, 2009

Potato Corquette

Banyak ke dapat daging korban..mesti jenuh nak menghabiskan daging2 yg banyak itu. Kitorg kat Serdang ni ambik guna kupon. Setiap rumah (yg muslim sahaja) dapat 1 kupon. Tp ada makcik kat situ bg kitorg 1 beg daging..Ada la dlm 2 kg.

Ni antara menu yg blh digunakan utk memperabihkan daging. Tp minta maaf la kat tuan punya resepi. Mungkin tidak menepati citarasa kami atau sy yg silap step, maka kurang mendapat sambutan anak2 n hubby. Maybe daging kot..klu ganti ayam, rasanya laju la sikit diperabihkan.

Sumber: Yani MyResipi

Bahan-bahan;
5 biji ubi kentang
1 sudu mentega
1/2 biji bawang besar
150g daging cincang
sedikit garam dan serbuk lada sulah
2 biji telur dipukul
bread crumbs secukupnya
sedikit tepung jagung
minyak untuk mengoreng


Cara membuatnya:

- Goreng kentang hingga lembut kemudian lenyek.

- Potong dadu bawang besar.
- Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
- Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.
- Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati
- Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
- Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs
- Goreng dalam minyak penuh.


Lomang oh lomang

Sapo kato x do buluh x leh buek lomang..ha ni den buktikan..tersangat la menderitanya menyediakan juadah raya seorg diri bila DH 'membalas dendam' keje x renti2 lepas kuar wad. Maka anak2 adam tu pun 'kunun'nya membantu mama menyediakan juadah raya.

Asalnya MJ nak bakar atas arang..nak dijadikan cite, nak menghidupkan apinya tersangat la pandai...dekat 1/2 botol minyak tanah MJ curah, tp apinya malu2 nak marak. Bila curah je minyak, api naik tinggi, bersoraklah anak2 adam itu. Waaa sgt terseksa masa tu. Akhirnya.............ambik kuali leper, hidupkan gas, masaklah ia di atas kuali itu hehehhee...Janji siap.

Ok, lemang MJ hanya dibaluti dgn foil paper. Letak sikit minyak masak sblm dibalut utk elak melekat. Boleh je klu nak letak pucuk daun pisang. Tp disebabkan kat Serdang ni susah sgt nak cari, so x dela berdaun pisang lemangku itu. Pulut tu mestilah telah dikukus n disantankan. Nak bakar tu cuma nak nampak cam lemang dibakar la gitu.

Malam raya tu, kitorg gi Giant Kinrara. Ya, barang utk menu hari raya baru nak beli mlm tu. So, MJ x prepare apa2 la sehingga subuh hari raya. Tp pg Khamis tu ada la buat kek 2 biji. Nnt MJ upload gambar n resepi ye..Kek mudah2 je..setakat nak melayan tetamu setiap hujung minggu tu...sapa lagi...Kapten Pait la.

Lemang ni dimakan dengan kaya durian a.k.a serawa durian. Beli 2 peket@RM20 kat Giant. Konon dapat free 2 pek kecik. Bila makan yg free tu, cis dah masam..sungguh x ikhlas org itu memberi free!

X tau la nak letak kategori apa lemang ni..MJ bantai je la under simple dish...mmg simple pun:D

Sunday, November 29, 2009

Angkara seekor nyamuk siri ketiga

Pada 24 Nov 09, rumah kami dikunjungi oleh wakil Jabatan Kesihatan Malaysia dan sample air telah diambil di rumah kami. Alhamdulillah result clean. Tp yg x bestnya kenapa cek umah kitorg je, entah2 nyamuk tu dtg dr umah jiran2 ke, workshop depan umah kitorg ni ke...kan...ish...ish...ish..Pastu pegawai tu siap bgtau jiran umah sblh tu yg rumah kitog ada kes denggi..ekeleh...kepoh la..sib baik MJ x de masa tu. Klu x, ada yg berbalas pantun nnt spt kejadian di hosp hr tu...ek...part ni x leh cite.. wa mmg kaki gaduh bila org main2 dgn gua n ahli keluarga gua. X dpt org tu, org lain yg berkaitan wa sembur cam sheltox hehehe...cam garang je pompuan ni..! mmg garang pun.

Fogging by MPSJ was took place on 25 Nov 09. Wah sgt cepat n efisiennya pihak2 PBT ni. mak suke. Sbnrnya diorg ada jadual semburan. Tp disbbkan dah ada kes, tu yg dicepatkan dr tarikh yg dijadualkan. TAMAT.

Angkara seekor nyamuk siri kedua

Kiranya mcm kronologi kejadian gitu..hehehe br aman nak update di subuh2 hari di saat adams tido. Blh la dibarai2kan hp ni utk keluarkan kadnya.
(Gambar di'seal' bg menghormati privacy beliau di alam cyber ini hehehehe...poyo je)

Hari kejadian : 17 Nov 09
Ringkasan cerita : Bawa DH ke Pusat Kesihatan UPM setelah 4 hari demam x kebah2 jugak. Berulang ke klinik sebelum tu utk tambah panadol n tahan muntah. Every time after he finished his meal, he will vomit until nothing were left. Cian sgt. Kat PKU masuk air dan bg ubat demam tp x ok gak.

Note : Nampak x hidung tu merah2 hehehehe...paham pun..

Hari kejadian : 17 Nov 09
Ringkasan cerita : Dipindahkan oleh PKU ke Hospital Serdang setelah platelet count drop dari 79k - 65k dan semasa di sana drop lagi ke 50++k. Diletakkan di ruang 'red room', not sure whether it is for high risk area or what. Masa ni masuk gas kat idung sbb pening kepala melampau2 (kata DH). (Klu mok pimah call masa ni, harus banjir wad tu hehehehe)

Hari kejadian : 17- 20 Nov 09
Ringkasan cerita : The platelet count in graph doesnt show a good progress from 17 - 19. It is fluctuate in range of 50k-60k which for adult men it should be round 150 - 400k. Sedih i masa ni sbb x ok2 jugak. Everyday @ 3pm, i will ask an excuse from my boss to visit him n not return to office until 5. Sib baik bos baik. At last on 19, I cooked a crab soup and urge him to sip a bowl of it until finish. Yes! It show a good result. The next day he call me at 11am and said that he can discharge on that day...:D

Nota kaki:
There is no cure for dengue. What u need is to drink lot of water. Isotonic drink is good where it can replace a liquid that lost in ur body. But dont take it too much as the sugar contain in carbonate drink is too high. Kang x pasal2 kena kencing manis. While in the ward, the doctor advice DH to drink plain water at least 3L a day. Dont take to much isotonic drink b'coz of his diabetic history. Alhamdulillah everything is over.

Wednesday, November 25, 2009

Daging salai lemak kuinin

Menggigil nak siapkan mknn ni. Bkn kerana perasan sedap hehehehe tp sbb bau kuinin tu sgt la terliurnya.

X yah resepi la ye. Salai je daging tu. MJ x de la berarang2 bagai...salai atas dapur gas je. Pastu hiris2. Masak je macam masak lemak kuning biasa tu. Kot nak pedas2 sikit, tumbuk je cili api. Pastu dah mendidih campak je kuinin yg dah dipotong2. Nak guna mangga muda pun blh yo. Ikut le tekak memasing. Tp jgn la cr yg dah ranum sgt. Nnt lembik sgt x sedap lak nak mkn..

Tuesday, November 24, 2009

Asam Pedas Melaka

Menu ni MJ cuba dah lama...cuma x sempat2 nak update...byk sgt menu yg q utk i upload di sini. Cikun dengan izin dari blog k.Ina KL. Saja nak bertukar selera dengan yang biasa buat. Ok, sedap jugak cuma hari tu termasam sikit. Seronok sgt curah air asam jawe ngeeeee....

MJ cnp je dr blog k.ina. Malas plak nak menaip banyak2..angin meng'update' blog belum marii..
  • 5 keping ikan pari-nak ikan lain pun boleh (hari tu MJ guna ikan tenggiri)

Bahan tumbuk/kisar

  • 6 biji bawang merah-
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/2 sudu makan lada hitam
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan
  • 8 sudu makan cili kisar
  • 2 batang serai-dititik

Bahan tumis

  • 1 bawang besar-hiris
  • 1/2 sudu teh biji sawi
  • 1/2 sudu teh halba
  • 2 tangkai daun kari
  • air asam jawa ikut keperluan
  • air ikut keperluan
  • 1 biji tomato di belah 4
  • 5 biji kacang bendi
  • 2 bunga kantan-dibelah 2
  • se cekak daun kesum
  • minyak masak secukupnya
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan. Masukkan bahan kisar/tumbuk kecuali cili dan biarkan naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan garam, kacau sehingga pecah minyak atau cili masak.
  3. Masukkan air asam jawa dan air dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan.
  5. Rasa garam dan masukkan tomato dan bendi.
  6. Bila mendidih terus padamkan api.
  7. Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas

Wednesday, November 18, 2009

Angkara seekor nyamuk

Blog ini tidak dapat di update buat sementara waktu kerana kesuntukan masa menguruskan my DH yg dimasukkan ke Hospital Serdang semalam 17 Nov 09 disebabkan denggi. Last platelet reading tghr smlm drop 62 (normal for adult men :150-400). Mohon doakan kesihatan beliau.


*Nnt MJ update gambar2 DH masa admit hr tu. Skrg DH dah ok & menghabiskan MC yang diberi oleh hospital.

Friday, November 13, 2009

Kek pisang lembab CMG

My passion in baking........Wah konon...apa2 pun terima kasih kepada encik MG sbb sudi berkongsi resepi dengan rakyat jelata. Murah rezeki hendaknya dgn perkongsian ilmu ini...mintak izin berkongsi selera dan C&P dgn pengunjung blog saya ye..Hasil kek ni MJ kirim sikit kat my youngest SIL, balik cuti semester baru2 ni.

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
3. Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....

Monday, November 9, 2009

Nasi minyak Puteri Saadong

Hari tu saje2 mencari2 resepi2 nasi. saja nak menjamu kelaurga di hari minggu dengan menu yg jarang2 dibuat masa hari kerja..sedap jugak nasi ni..saya sgt sukah!! MJ godek umah k.ummi nun jauh kat Kuantan. K.ummi mintak izin ye kopipes kat sini..memang sedap.

Nasi ni sebenarnya warna mcm merah2 sikit sbb ada guna sos kan...tp disebabkan kamera kitorg tu 'canggih' sesgt, x tau la apasal kaler dia jadi camni..cuba la ye..

Bahan2nya:-

5 cawan beras basmathi (mcm biasa MJ x guna basmati)

5 cawan air (air ni sukat la ikut kebiasaan kita masak nasik)

5 sudu makan minyak sapi

5 sudu makan sos tomato

5 sudu makan sos cili

2 biji bawang besar - mayang

2 sudu makan kismis

2 sudu makan bawang goreng

2 helai daun pandan


Bahan Rempah Tumis:-

5 kuntum bunga cengkih

2 kuntum bunga lawang

2 biji buah pelaga

1 batang kulit kayu manis


Cara Memasak:-
1.Panaskan minyak sapi. Tumiskan bahan rempah bersama bawang besar hingga wangi dan bawang layu.

2. Masukkan sos cili, sos tomato dan air.
Gaul sebati.
3. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa bersama-sama dengan daun pandan.
4. Biarkan hingga mendidih, barulah dimasukkan beras. Kacau rata.
5. Kemudian masaklah seperti masak nasi biasa.

6.Taburkan kismis dan bawang goreng ke atas nasi apabila nasi telah kering. Gaul perlahan. Hidangkan dengan lauk kegemaran

Nota hujung entry:
Hari tu masak nasi ni dia mcm x cukup air. Keras2 gitu. Pastu MJ teringat kawan masa study dulu kata, klu nasi x cukup masak (kurang air), letak cawan yg ada air dlmnya dan tahan panas kat tengah2 nasi dlm periuk tu. Tutup permukaannya periuk dgn foil paper dan tutup penutup rice cooker tu. Biarkan nasi dlm setting 'keep warm' dalam 20 minit gitu atau sehingga ia lembut dan blh dimakan. Insya-Allah ok.

Selamat Hari Jadi Mysara


Moist choc cake (2 layer)
+
Choc sponge cake (1 layer)
+
Ganache + bc

Tempahan dari Puan Hasnah hari sabtu lepas untuk anak saudaranya. Surprise party katanya! Terima kasih kerana memberi kepercayaan pada akak dgn tempahan ini. Sorry ye mcm x berapa kemas sbb order last minute sgt. Akak x cukup masa nak mendeco elok2. Next time kalau sudi blh order lagi tp order la awal2 sikit ye:D

Kepada Mysara:
"Didoakan semoga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM tidak lama lagi dan diberi kesihatan yang baik sepanjang minggu peperiksaan nnt. Selamat ulang tahun ke17"

Friday, November 6, 2009

Kek Kurma Kukus

Tayang gambar dulu.........

Ini edisi memperabihkan stok kurma puasa hari tu..Walaupun operasi ini berjaya, kitorg ada sekotak lagi dlm peti ais..argghhhh bila nak abis....

Resepi dia sama mcm kek prune kukus, cuma gantikan prune dgn kurma. Klu kurma yg jenis kering, kukus seketika untuk memudahkan isinya diblend. Cubalah..Sedap jugak. Bawa opis sikit, DH bw sikit gi workshop dan selebihnya habuan kami di rumah.

Masak lemak ketam

Tersangat la bznya minggu ini. Hari ni br dpt nak upload cite baru. Menu ni dah lama buat tp dek kebiziaan yg melampau2, br hari ni sempat buka bahagian 'NEW POST'. Ala menu biasa2 je nak tayang. Antara 'haiwan' yg MJ x suka makan. Bukan apa, leceh nak mkn ketam ni..kena gigit2 sana-sini..Crab stick x pe, senang, tinggal ngap je. Ok kita layan gambar dulu..

X yah la resepi la ye..masak macam masak lemak cili api tu tp x yah la bubuh cili api. Cuma klu suka pedas2 sikit, tumbuk le sekali cili api tu 3/4 biji.

Sunday, November 1, 2009

Roti inti sardin

Idea ni sbnrnya MJ olah dari blog2 orang dan operasi memperabihkan stok fridge. Rasanya dari blog k-ina kl ideanya. X sure plak. Kebetulan plak DH bawa balik roti frankfurter sebungkus. Ada la dlm 12 ketul kalau x salah. Lama sgt pun roti tu bertapa. Kena habiskan cepat sbb takut expired. Disamping tu, nak clearkan stok2 yg menimbun dlm peti ais..waaa byknya barang entah apa dlm fridge ku itu...rimas mak!

Bahan2 'menyadin':
1 tin sederhana besar sardin dlm tin
1 biji bawang besar - potong dadu
2 biji bawang putih - hiris
1 sdk cili giling - saje nak bg pedas2 sikit, x nak bubuh pun x pe
1@2 biji Limau kasturi - ambil jusnya
mayonis

Caranya 'menyadin':
- Tumis bawangan hingga kekuningan.
- Masukkan cili boh. Kacau agak2 cili dah masak, masukkan sardin dan sos2nya sekali.
- Balik2kan sardin dan kacau hingga mendidih sambil di hancur2kan dengan sudip. Jika anda suka garam lebih, masuk la sikit. Klu x suka, x pe. Masukkan mayonis secukupnya dan gaul.
- Masukkan perahan limau kasturi. Siap dan sejukkan seketika.

Cara 'meroti sardinkan':
- Kerat 2 roti tu. Ambil sebelah dan buatkan lubang pada bhgn tengah roti (diameter roti). Bkn pada bhgn atas roti ye puan2...paham ke instruction ni. X paham, angkat tangan..
- Lubang tersebut jgn sampai tembus ke hujungnya. Ok, sumbatkan sardin yang telah disediakan pada awal tadi.
- Pecahkan telur dan celupkan roti ke dalam telur tersebut.
- Gaul dengan bread crumb dan masak atas non-stick pan atau kuali leper sbb menu ni MJ rasa x sesuai digoreng sbb bun akan meresap minyak yang banyak. So, balik2kan sahaja roti di atas pan sehingga telur yg disalut masak. Buat sehingga semua bun selesai. Selamat mencuba.

Nasi minyak hujan panas

Dah banyak kali buat tp baru kali ni sempat n teringat nak snap gambar. Nasi ni korang blh bubuh apa-apa warna yg digemari. Tapi yang kali ni MJ malas nak bubuh banyak kaler. So, titikkan kaler 'orange brown' je.

Biasanya nasi2 begini org suka guna beras basmati. Lebih sesuai gitu. Tp kitorg jarang nak beli beras ni sbbnya jarang2 angin rajin ku dtg untuk masak nasi sebegini rupa. Nanti terbuang je berkulat beras tu. So, MJ hanya guna beras biasa tu je. Jom tgk bahan2 dan cara menyediakannya..

Bahan-bahan:
4 cawan beras (basuh dan toskan)
4 cawan air
1 cawan susu cair
4 sekawan (Bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga)
1" halia
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
3 sudu besar minyak sapi
seketul kiub ayam
sedikit garam

Bahan2 lain (optional):
Pewarna
kismis
gajus - panggang dulu
daun sup/bawang
bawang goreng

Cara2nya:
- Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi. Tumiskan 4 sekawan sehingga naik bau.
- Masukkan bawangan yg dihiris. Kacau hingga kekuningan.
- Masukkan beras dan gaul seketika.
- Transfer semua tu ke dalam rice cooker.
- Masukkan air dan susu. Kalau agak2 air tidak mencukupi tambah sikit. Ikut sukatan mcm biasa korg masak. Ataupun guna jari pun blh...eh mcm iklan syampu
- Masukkan kiub ayam (yg ni MJ hancurkan dulu supaya cepat larut dan sebati), garam. Kacau rata dan masak.
- Apabila nasi telah masak, biarkan dalam 5 minit. Jgn terus gaul sbb nnt nasi tu mcm patah2. X cantik. Kemudian barulah titikkan pewarna yg digemari. Jgn bubuh byk sgt...nnt jadi nasi hujan ribut pulak sbb kaler meriah sgt. Gaul2kan. Tabur gajus dan kismis. Gaul lagi.
- Angkat dan taburkan hirisan daun sup serta bawang goreng.
- Hidangkan.

Thursday, October 29, 2009

Daging tempra

Kalau menu daging, yg paling best kami suka daging masak black pepper. Tapi disebabkan DH beli daging yg hamat banyak, makanya terpaksa la dipelbagaikan menu itu. So, ni MJ cikun idea sekali dgn resepi2nya dari blog kak ummi kuantan (mana lagi:D). Resepi asalnya dari Cik Mat yg malatops iteww...huhuhu..mintak izin dikongsi bersama pengunjung blog saya. Menurut kak ummi, CMG kata resepi asal guna ayam tp beliau tukar guna daging. So, MJ pun try gak sbb sibuk mencari resepi daging yg mudah2 nak dimasak lepas balik keje.

Rupanya macam daging masak kicap tp rasanya ada kelainan sikit

Ramuannya:
  • *700 gm daging - dihiris nipis
  • *1/2 inci halia - tumbuk lumat
  • *2 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • *1/2 camca teh garam
  • *1 camca teh gula (Perap semua bahan bertanda * selama 30 minit)
  • 1 biji bawang besar - hiris bulat
  • 2 biji cili hijau - hiris serong (x de plak stok dlm fridge)
  • 1 biji cili merah - hiris serong
  • Daun bawang - dihiris untuk tabur (ni pun x de gak)

Bahan A (disatukan dan kacau rata):-

  • 1 camca besar kicap pekat
  • 3 camca besar kicap manis
  • 1/2 cawan air
  • 1 camca besar jus limau nipis/cuka (yg ni MJ ganti dgn nampla sbb x de gak kat umah)
waaa apa je yg ada dlm fridge ko ni wakakaka......

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, cili merah dan cili hijau hingga wangi.
  2. Masukkan daging yang diperap tadi dan masak dengan api besar selama 7-10 minit hingga dagingnya lembut.
  3. Masukkan bahan A dan kacau rata. Kecilkan api dan reneh hingga daging benar-benar lembut dan kacau sekali-sekala.
  4. Bila telah pekat, tambah 1 camca teh minyak masak, kacau rata. Masak sekejap dan seimbangkan rasa. Tabur hirisan daun bawang semasa menghidang.