Thursday, June 4, 2009

Almond Cornflakes Crunch

Kudap2 sabtu lepas..senang sungguh menyediakannya dan senang sungguh menghabiskannya.. hushhh! Tapi aku rasa nak buat lagi sekali dengan tidak menggunakan langsung badam...cornflakes je sume...tp abg kimi suka badam...hmmm cemana ek? Jom la try, senang saje..Aku ambik dr blog Brader Rozzan, Singapore..Hebat sungguh brader ni bab2 mknn. Byk dah try dr blog dia ni...alhamdulillah sumenya menjadi..

Aku C&P je dari blog dia. Thanks bro for sharing! Hope u dont mind if i share with others:D

Bahan

130 gm mentega
145 gm gula
secubit garam
½ sudu teh glukos cair (boleh diganti dgn madu) [Aku guna madu]
1 biji telur
200 gm tepung gandum }
1 sudu teh baking powder }
1 sudu besar tepung susu }
½ sudu teh sebuk kayu manis } diayak [Aku x bubuh pun sbb x suka]
50 gm cornflake
70 gm badam (dihiris)

Untuk Hiasan
Sedikit badam cincang [x buat pun sbb x de dlm peti es!]
Sedikit ceri hijau/merah[x buat pun sbb x de dlm peti es!]

Cara
Pukul mentega, gula, garam dan glukos sehingga lembut, masukkan telur dan terus pukul hingga sebati. Masukkan tepung, baking powder, tepung susu dan serbuk kayu manis. Adun hingga rata. Akhir sekali masukkan cornflakes dan badam hiris. Gaul rata-rata. Ambil satu sudu te hadunan dan bentukkan menjadi bebola. Selaputkan dengan badam cincang. Letakkan di atas dulang yg telah digris. Hiaskan dgn ceri hjau/merah di bahagian tengah dan tekan perlahan-lahan. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 12 -15 minit atau hingga kuning keemasan

2 comments:

Has-Wan said...

kak, apa yg 1 biji tu??? telor ke?? :p

Shima Sulaiman said...

aah lupa nak tambah, main kopipes je kan..tks tanya hehehe