Wednesday, June 24, 2009

Donut Lagi

Utk kali ni aku try buat donut lagi tp guna resepi lain plak. Komen yg aku blh bagi, sedap gak la n gebu sampai ke petang. Bahan2 pun senang je. Tp yg kali ni tekstur dlmnya lebih padat. Kimi makan 2 ketul je terus kenyang. Tapi najmi makan x kenyang2..pelik betul mamat tu..Berat dah 12 kilo sekarang..x pe la dik, janji sihat walafiat..amin

Aku kopipes resepi dr skyblue MR

1. 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
2. 1/4 cawan air suam
3. 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
4. 1/2 cawan gula halus
5. 1 sudu kecil garam
6. 2 biji telur
7. 1/3 cawan shortening/butter
8. 5 cawan tepung gandum
9. Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.

Note : Macam biasa, doh aku tetap melekat walaupun tepung dah cukup sukatannya. So, apa lagi, ku bulat2kan n lubangkan je tengahnya. jadik jugak..

No comments: