Friday, June 12, 2009

Non-bake Blueberry Cheesecake

Lama dah buat ni tp x sempat nak upload resepi..Aku bawa kek ni ke opis bagi melunaskan sebahagian 'hutang' Cik Momot. Ada lagi 1 blm 'bayar'...nanti ye cik momot..tunggu 'angin rajin' akak dtg yo...mari kita cek resepi ni dulu..aku C&P (seperti biasa!) dari blog Kak ummie Kuantan.

Bahan dasar:

1 1/2 cawan biskut digestive/oreo - hancurkan )

1 1/2 cawan biskut cream cracker - hancurkan )

2/3 cawan gula kastor

2/3 cawan butter - cairkan

Gaul sebati serbuk biskut dengan gula kastor dan butter. Ratakan dan tekan dalam springfoam, biar padat. sejukkan dalam fridge.


Bahan Filling:

300 gm cream cheese

2 sudu besar jus lemon

2 sudu besar serbuk gelatin

1/2 cawan air panas

500 ml whipping cream

2/3 cawan gula

topping - filling strawberry/blueberry

Pukul whipping cream dengan mixer pada kelajuan tinggi hingga kental. Ketepikan.

Campurkan serbuk gelatin bersama air panas kacau hingga benar2 larut. Ketepikan.

Dalam bekas lain, pukul cream cheese, gula dan jus lemon hingga sebati. Kemudian masukkan larutan gelatin. Pukul lagi. Masukkan whipping cream tadi, kacau hingga sebati dan rata. Tuang ke atas bahan dasar. Sejukkan dalam fridge semalaman. Sapukan filling bila menghidang dan makanlah ketika sejuk.


Selingan:

Aku tapau 2 potong utk bawa balik umah. Kononnya, 1 potong utk Dear Asben, 1 lg utk Hakimi...tp bila bgn pagi esok tu, 2 2 dah habis...and Dear Asben blh plak buat2 muka kompius...arghhhh..

2 comments:

nouryssa said...

Sodap eh..teruja ni nak buat..tapi dah lama sangat tak berkesempatan nak masak2..tapi xpe nanti la nak buat jugak!!

Shima Sulaiman said...

uiiihhh dah berderet list nak buat tu...maknanya habis je bln 6, terus melekat kat tepi dapur ye kekekeke..