Tuesday, June 30, 2009

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Pn. Ieka

Atas kepercayaan yang diberikan, aku menerima tempahan dari Puan Ieka bersempena dengan Hari Ulang Tahun Perkahwinan mereka yang ke-2. Tahniah!. Terima kasih atas tempahan dan diharapkan ianya memenuhi citarasa ieka sekeluarga.

moist choc. cake
+
whipped cream + peach (layer)
+
ganache + bc + fondant (deco)

"Semoga hubungan kalian berdua akan berkekalan hingga ke akhir hayat, diberikan keharmonian dalam rumahtangga, dimurahkan rezeki dan diberkati oleh-Nya, serta dikurniakan penyambung zuriat yang soleh dan solehah. Amin"

Monday, June 29, 2009

Alkisah durian n tempoyak

Topik hangat di musim2 durian di sana-sini. Aku pun nak berkongsi cerita pasal durian & tempoyak ni. Utk pengetahuan, aku mmg suke sesgt mkn durian. Belum lagi jumpa benda2 atau perkara2 yg blh menghentikan 'peberet' aku nih.

Jumaat lepas aku balik umah mertua kat Pekan semata2 utk makan durian (disamping bw SIL dtg Serdang utk register kat UPM). Memang puas, kenyang, nikmat...perghhh x tau nak tulis perkataan apa lagi utk menggambarkan kegembiraan aku menikmati durian fresh br gugur (3/4 hr pun kira br gak la). Klu kat sini, mana nak puas makan. Itu pun beli dah peket2. Klu yg jual longgok tu, paling kurang mesti ada 3/4 ulas yg rosak. X puashati sungguh. Balik KL plak, FIL siap suruh ambik lagi kat umah K.Long. Dekat 20++ biji la jugak. Keta memang semerbak sepanjang jalan. Klu 'driver' kentut pun mesti aku relax je sbb ingatkan bau durian hahahaha..Sampai umah kol 2pg. En.Asben sibuk menyelamatkan ketanya dr bau-bauan itu. Yup, letak arang. Aku baru tahu.Sebelum balik tu, MIL aku bagi isi durian utk di'tempoyak'kan. Siap pesan bubuh garam, gaul2 n simpan dlm peti es. Aku baru tahu. Kalau dia x ckp, confirm aku peram je tempoyak tu dlm peti ais n confident dia akan bertukar jadi masam tempoyak. X pernah buat pun. Mesti korg ckp, alah benda tu pun x reti...lantak la..sekurang2nya aku dpt ilmu baru. (Pait ko x yah la sengeh2, akak tau ko pun baru tau hehehe). Nak dijadikan cerita, bekas yg diberi oleh MIL aku tu punya la besar. X muat peti ais kitorg. So, aku transfer la masuk bekas kecik sikit. Boh garam, masuk fridge. Esok paginya, En.Asben dgn sempoinya berkata "Tempoyak awak meletup dlm peti ais!" Aku bukak je peti ais, perghhh bertepek2 isi durian dlm peti ais..aaaa part ni aku x tau kenapa? Ada sesiapa tahu? Sila terangkan secara ilmiah ye. Sekali lagi En.Asben menyelamatkan peti ais dgn meletak arang di situ. Mana tau ni?

Aku part yg paling aku x suka bila mkn durian - kopek durian..Kecederaan2 terkucil tangan tu yg mak x sanggup..Sakit woo...so sehingga kini, aku hanya tahu dan berani kopek durian part yg dah terbelah dua tu atau bhgn bawah durian tu dah merekah besar. Itu pun kalau senang la huhuhu..Selebihnya, sapa yg makan ngan aku jadi mangsa tukang bukak durian..Tu je cerita ceriti durian aku. Cam tergantung je cerita ni..dah la aku tetiba je malas nak taip..hahahaha...

En.Asben, kita balik lg ye sblm musim abis...!!!X pe, duit minyak i sponsor..:) muahss!

Thursday, June 25, 2009

Baby Bread Pudding (my version)

Hari tu plan kononnya nak menghabiskan roti dgn buat Puding Roti Marble dari FP Pn.Fiza tp entah cemana roti cam x cukup plak..so, angin bertukar arah le jawabnya..buat yg ni dulu..simple n confirm sedap..

Resepinya aku C&P dari Blog K.Jun yummylicious...tp step dia aku ubah sendiri. Meh tgk.

bahan2nya:)

2 keping roti putih (Aku guna 3 keping)
2 sb tepung jagung
3 sb gula halus
100 ml susu cair (aku guna fresh milk)
2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
1-2 titik esen vanilla
sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (akak tk tabur pon)
mangkuk muffin - disapu majerin


Cara-cara (asal)
Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing diatas puding.


Version aku

Aku gunting roti kecik2 bentuk segiempat. Masukkan dalam mangkuk besar dulu. Semua bahan2 yang nak dicampur tu, aku blend je. Pastu curah dalam mangkuk yang ada roti tadi. Campur la kismis ke, buah apa2 je la. Gaulkan n biar dalam 20 minit gitu supaya bancuhan meresap dalam roti. Guna la sudu ke, penyepit ke, masukkan roti yg terendam tadi ke dalam papercup. Bakar sampai kekuningan. Memang best. Senang sungguh nak buat. Anak2 pasti suka apatah lagi abahnya:D Cubalah!

Influenza A (H1N1)

Sekarang ni semua org dok bising pasal H1N1. Takut jugak sebenarnya. Tambahan pula pendaftaran student baru makin hampir. Ramai la yg br turun dr flight kan. Sah2 aku direct person incharge for post-graduate student. Nak pakai mask ke x yah ek? Kat sini Datuk VC x announce apa2 lagi. So, relax je la dulu sbb blm ada kes yg sah lagi.

Klik kat file tu ye utk image yg lbh jelas.

Buat sementara ni pun aku rasa mcm kena hentikan seketika aktiviti luar. (Kenyataan ini tidak ada kena mengena dgn org yg membaca entry ku ini ye..ini hanya tindakan kami sekeluarga sahaja. Pihak kerajaan x suruh pun buat camni lagi..so relax je la.) Bukan nak sekat, tp langkah berjaga2. Kita bukannya tau org kat tempat kita gi tu bebas dari H1N1 ke tak. Ada jugak la yg bijak pandai seperti dilaporkan berita, sekolah dah tutup, tp blh plak bg diorg yang dikuarantin ni gi kelas agama. Apa la..Semua org cam ambik mudah je sbb x kena lagi kan..nanti sok dah kena, baru nak menung.

Semoga negara kita cepat bebas dari virus ini...Amin..

Wednesday, June 24, 2009

Kek Keju Marble

Utk penggemar cheese..i am presenting the very cheesy taste cake..kalau sapa2 yg kureng suka cheese yg melampau, x yah la buat ye...takut nnt x termakan plak..anak2 adam kami seperti biasa tidak menolak, janji sedap. Tak ingat le mana aku kutip resepi ni..tp meh la try. Aku guna loyang 7" je. Kalau tuan punya resepi ni nampak resepi ni, mintak izin ye pamerkan kat sini. Sedap tau..

Bahan A
250 gm Krim Keju
30 gm mentega
30 gm gula kastor
3 biji kuning telur grade A
2 biji limau kasturi..ambil jusnya
1 s/k esen vanilla

Bahan B
3 biji putih telur grade A
30 gm gula kastor

1/2 s/k cream of tartar


Bahan C
1 s/b tepung jagung


Bahan D
1 s/k coklat emulco

Oven setting 140'C
Masa Bakar 1 jam secara steam-bake

Cara:
1. Pukulkan krim keju, mentega, dan gula dalam mangkuk sehingga kembang.
2. Masukkan telur kuning satu persatu.
3. Masukkan perlahan esen vanilla dan jus limau kasturi.
4. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk yg lain dan pukul sehingga menjadi ringan dan gebu.
5. Campurkan bahan B kedalam bahan A. Kacau rata.
6. Masukkan tepung jagung ke dalam adunan perlahan. Kacau rata.
7. Bahagikan adunan pada 2 mangkuk.
8. 1 bahagian dibiarkan warna asal dan 1 bahagian dicampurkan coklat emulco.
9. Kacau adunan yg coklat supaya sama rata warnanya.
10. Lapikkan loyang dengan 2 lapis kertas minyak.
11. Masukkan adunan dalam acuan berselang seli warna asal dan coklat.
12. Masukkan acuan ini dalam acauan yg lebih besar dan masukkan air.
13. Bakar sehingga masak.
14. Bila nak potong gunakan pisau pelastik yg telah dicelupkan dalam air panas. (Dont do this. Guna je pisau besi yang nipis dan celupkan dalam air panas)
15. Sejukkan betul2 sebelum dipotong dan hidangkan.

Donut Lagi

Utk kali ni aku try buat donut lagi tp guna resepi lain plak. Komen yg aku blh bagi, sedap gak la n gebu sampai ke petang. Bahan2 pun senang je. Tp yg kali ni tekstur dlmnya lebih padat. Kimi makan 2 ketul je terus kenyang. Tapi najmi makan x kenyang2..pelik betul mamat tu..Berat dah 12 kilo sekarang..x pe la dik, janji sihat walafiat..amin

Aku kopipes resepi dr skyblue MR

1. 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
2. 1/4 cawan air suam
3. 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
4. 1/2 cawan gula halus
5. 1 sudu kecil garam
6. 2 biji telur
7. 1/3 cawan shortening/butter
8. 5 cawan tepung gandum
9. Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.

Note : Macam biasa, doh aku tetap melekat walaupun tepung dah cukup sukatannya. So, apa lagi, ku bulat2kan n lubangkan je tengahnya. jadik jugak..

Monday, June 22, 2009

Terharu...

Petang semalam aku sakit kepala melampau2..dah lama x kena sakit kepala camtu..last kena masa study dulu. Petang smlm mcm biasa operasi tido dgn anak2. Pastu entah apa 'mengong'nya aircond bilik tu tetiba je cam 'cut-off current'. Sedar2 je, kepala dah basah kuyup pastu jadi pening2..

Malam tadi tido awal. Kononnya maybe terkejut masa bgn ptg tu, so dgn cara tido balik blh ok la sakit kepala kot. Anak2 En.Asben uruskan. Pukul 10++, Adik dtg kat mama. "Mama, yak". Adushhh dah la pening, nak angkat kepala pun x larat. Adik dah siap bukak seluar dah. Apa lagi..."Abah tolong settlekan adik!" Pastu aku pengsan balik..

Kol 2.ooam lbh kurang tersedar sbb kepala rasa cam nak pecah. Berdenyut rasa sampai ke belakang otak. Mcm nak black out plak tp tgh tido kan...mana org perasa aku fainted ke apa. Toleh tilam bawah, tgk adik tido sorg je..mana abah ni..raba2 cr hp, call. Tup2 en.asben kata, keje. Aduilaaa..nak x nak, merangkak2 turun tangga cari panadol gak. X suka ambil ubat sbnrnya bila sakit. Especially, panadol. You would scare to know the long term effect,hmmm.
Tp sbb dah melampau sgt sakitnya, telan 2 biji n tido balik.

Pagi tadi, alhamdulillah dah ok n gi keje. Sampai tempat keje, En. Asben call. "Cemana?" The question is so simple, you know. But it was shock me so much coz all this while he wont call me and ask, how the things goes or etc. Kita la yg selalunya akan call n update..tp jawab jugak la kan, org dah tanya...cuma terharu sbb En.Asben tetiba tunjuk caring in this way...walaaaa. Is that becoz the Dad's day wishes or my prayer was heard and paid by Him. Anyway, I really appreciated it, tqvm n luv u so much dear!

En. Bob (bukan nama sebenar) bersama Adik..

Apa yg aku merapik ni...hmmm mungkin kesan ubat x hilang sepenuhnya lg..hr ni malas nak update pasal mknn..sebab hati tgh berbunga berat terkini 47kg!!! Yea! Yea!...

Thursday, June 18, 2009

Terung bakar cicah sambal kicap

Frankly speaking, aku x pernah merasa menu ni dari bujang sampai la dah kawen. Kebetulan Mandak Myza yg ajar makan masa dia dok ngan kitorg tahun lepas (ye ke tahun lepas mandak....x sure plak.) Simple je tp best..

Senang je buat dia..

- Bersihkan terung dan belah 2. Kalau panjang sangat kerat dulu.
- Kemudian bakar sehingga agak2 dah lembut gitu
- Hiris bawang merah, cili padi dan campurkan dengan kicap manis. Aku tambah sedikit kicap pekat utk menghitamkan dan memekatkan lagi warnanya.
- Perah sebiji limau kasturi, garam&gula jika perlu..
- Curah atas terung tu dan hidangkan.

Apple pie

Teringin sesgt nak makan apple pie. Kalau gi Mc'D alamatnya, bkn setakat ni je aku beli, lg byk pulak 'mereka2' yang tidak berkenaan aku order...Saje bubuh huruf2 tu. Kimi suke sgt le nama dia ada kat atas pie tu.

Aku C&P je dr blog kak Jun Yummylicious)


Bahan2nya:

1 cawan tepung

1/4 cawan shortening atau butter (kalu butter, guna yg beku ok!)*Aku guna butter je..shortening aku lambat sungguh nak melembut

1/2 sudu teh garam

1/4 cawan air sejuk (dr fridge)

filling:

2 biji epal hijau

1/3 cawan gula

1/2 sudu teh serbuk kayu manis (*Seperti biasa, I omitted this)

minyak utk menggoreng

kupas epal, potong dadu. campurkan ngan gula n serbuk kayu manis. masak atas api perlahan hingga lembut. lenyek 1/4 dr bahagian filling dgn garfu.

ayak tepung n garam. potong shortening/butter n gaul ngan tepung hingga jadi bergentel. masukkan air n gaul ngan garfu hingga jd doh. canai atas papan, potong panjang segiempat tepat , letak inti n tutup. sapu air keliling n tekan ngan garfu kat tepi2. pastu goreng. (jun sejukkan dulu dlm fridge selama 15min, baru goreng)


*Nota: Aku x goreng tp bakar. Masa buat ni x berapa kemas tu yang isinya ada yg tersembul2 n meleleh keluar. Kena improve lg. Nak buat lagi la. Epal beli hr tu byk lagi..Utk buat filling tu, jgn risau x de guna airkan, sbb nnt epal tu sendiri akan keluarkan airnya..so, x perlu tambah air.

Tuesday, June 16, 2009

Ikan kembung tumis cili padi

(Tajuk telah diubah atas tunjuk ajar En.Asben n Kaklong...tengkiu2...saya budak 'malas' belajar. ambil galah tolong ketukkan..adoiii )

Errr ekceli aku x sure ni ikan selar ke ikan kembung kui kui kui...En.bob sila bantu...ni la akibatnya kalau asben je gi pasar..alamatnya mama hanya tahu ikan bilis, ikan tongkol, ikan siakap, ikan terubuk and paling minat ikan sardin hmmmm hampes tul kan..ikan jenis ni kalau simpan lelama dalam peti ais memang x sedap kalau digoreng kunyit gitu je..kena ubah sikit, barulah berselera nak perabihkan..


Menu kali ni versi campak2 je. No accurate qty of the ingredients ok.

Caranya :
1. Ikan yang telah siap digoreng. Asingkan kejap.
2. Tumbuk/kisar bawang putih, bawang merah dan cili padi (ikut tahap kepedasan keluarga ye). Aku suka gak tambah bbrp potong bawah besar utk di blend bersama.
3. Hiris bulat2 bawang besar dan asingkan.
4. Tumis bahan2 yang dikisar hingga kekuningan/garing. Masukkan sedikit gula (±1 sdt je) dan garam secukup rasa. Kacau rata. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air/air asam jawa cair.
5. Masukkan ikan dan bawang besar yang dipotong bulat tadi. Gaul seketika dan bawang agak layu sedikit. Sedia dihidang.

Kononnya Marble Cheesecake

Sabtu lepas aku saja memenuhkan aktiviti dgn mengasah ilmu yg cetek ini...apa lagi mendeco la..dulu aku try buat bentuk daun, tp aku tgk hujung dia mesti pecah...so, aku buat eksperimen sendiri dengan 'mengubah' icing consistency..lepas tu baru la 'oooooo itu sebabnya'...ok meh tgk hasil yg x semenggah itu..x cantik pun sbb niatnya nak try bentuk tu je..kebetulan plak kimi kata nak mkn kek, so buatkan la sebiji..

Nama kek ni marble cheesecake...tp rasa dia kureng la..kitorg x berapa suka..so, x yah la share resepi dia ek...biasanya mknn berasaskan cheese kimi suka tp kek ni nampak sgt tidak memenuhi citarasanya. Ada byk lg baki dlm fridge...SAPA NAKKKK!!! Ishh yg x sedap plak offer kat org...ces x senonoh betul...Aku ada jumpa resepi yg lain tp marble dengan cheese la jugak..nnt aku try buat. Kot jadi n sedap, aku upload gambar n share resepi ye...

Monday, June 15, 2009

Tepung pelita

Sangat la tidak kemasnya! Janji sedap..

Hari tu teruja bila bukak FP Fiza..so try la jugak..Ok la rasa dia..tp Capt.Wan kata kuat sgt perisa pandan kububuh hehehehe..masa buat tu aku tercurah byk sbb x puashati bancuhan tu x kuar bau pandan..Disebabkan x reti nak membentuk 'sampan' tepung pelita, ditambah dgn kemalasan tahap gaban, aku guna bekas2 plastik ni je. Senang dan mudah utk simpan dalam fridge..

Ni resepi aku kopipes dr FP Fiza...tengkiu ye share..x rugi kenal org2 pandai masak ni:)

Bhgn yg tulisan hitam tu aku dah ubah sendiri n ikut yg Fiza ajar.

Lapisan bwh:
1 cwn tpg beras 1cwn gula 5 cwn air 4 helai daun pandan(blend dgn sikit air) *Aku short-cut je, curah perisa pandan
sikit color hijau(bg nampak hijaunye cantik) sikit kapur mkn(lbh kurang 1/4 st)

Lapisan atas:
1 biji kelapa dperah jd 4 cwn santan *Aku guna santan kotak 200ml tambah air supaya menjadi 4 cawan 4sb tpg beras sikit garam

Cara:
Utk lapisan bwh: (hijau)
1)Satukan semua bhn utk lapisan bwh,bancuh hingga sebati. 2)Masak bancuhan hingga pekat,nampak bkilat.(bile dh meletup2/cam berbuih2 tu dh msk la)
3)
Bubuh 1 sdt gula dalam bekas2 acuan.Tuang bancuhan dalam dlm acuan tersebut.(kira2 1/2 acuan)


Utk lapisan atas: (putih)
1)Satukan semua bhn utk lapisan atas. 2)Masak hingga pekat.

3)Tuang dlm acuan yg tersedia lapisan bwh td. 4)Sejukkan n terus boleh dimakan.


Nota: Aku x kukus balik mcm Fiza buat sebab mcm x berani je memanaskan bahan plastik. Bukan sebab takut plastik mencair tp sebab takut meng'aktif'kan bahan2 dalam plastik tu...macam fungsi polimer kan dalam penghasilan barang2 plastik ni...untuk make sure santan betul2 masak, walaupun bancuhan dan meletup2, kacau lama sikit. Insya-Allah masak la santan tu. Tp kalau korg x confident gak, kukus je la..:)

Friday, June 12, 2009

Non-bake Blueberry Cheesecake

Lama dah buat ni tp x sempat nak upload resepi..Aku bawa kek ni ke opis bagi melunaskan sebahagian 'hutang' Cik Momot. Ada lagi 1 blm 'bayar'...nanti ye cik momot..tunggu 'angin rajin' akak dtg yo...mari kita cek resepi ni dulu..aku C&P (seperti biasa!) dari blog Kak ummie Kuantan.

Bahan dasar:

1 1/2 cawan biskut digestive/oreo - hancurkan )

1 1/2 cawan biskut cream cracker - hancurkan )

2/3 cawan gula kastor

2/3 cawan butter - cairkan

Gaul sebati serbuk biskut dengan gula kastor dan butter. Ratakan dan tekan dalam springfoam, biar padat. sejukkan dalam fridge.


Bahan Filling:

300 gm cream cheese

2 sudu besar jus lemon

2 sudu besar serbuk gelatin

1/2 cawan air panas

500 ml whipping cream

2/3 cawan gula

topping - filling strawberry/blueberry

Pukul whipping cream dengan mixer pada kelajuan tinggi hingga kental. Ketepikan.

Campurkan serbuk gelatin bersama air panas kacau hingga benar2 larut. Ketepikan.

Dalam bekas lain, pukul cream cheese, gula dan jus lemon hingga sebati. Kemudian masukkan larutan gelatin. Pukul lagi. Masukkan whipping cream tadi, kacau hingga sebati dan rata. Tuang ke atas bahan dasar. Sejukkan dalam fridge semalaman. Sapukan filling bila menghidang dan makanlah ketika sejuk.


Selingan:

Aku tapau 2 potong utk bawa balik umah. Kononnya, 1 potong utk Dear Asben, 1 lg utk Hakimi...tp bila bgn pagi esok tu, 2 2 dah habis...and Dear Asben blh plak buat2 muka kompius...arghhhh..

Tuesday, June 9, 2009

Roti Telur & Sausage Roll Mudah

Sarapan pagi Sabtu lepas yang malas dan operasi memperabihkan sebuku roti yg hampir expired..

Yang bentuk silinder tu - sausage roll
Yang bentuk segiempat tu - roti telur

Untuk sausage roll blh refer resepi kat sini ek. Dulu dah buat cuma bezanya kali ni aku guna bread crumbs yg jual kat kedai kaler oren tu..

Untuk Roti telur plak, ni aku belajar masa menyewa ngan kawan2 kat Keramat dulu..zaman2 skolah kat UTM Semarak..semarak namamu disinar zaman, semerbak namamu disuara sanjungan...eh tu lagu UPM...apa lagu sekolah aku tu dulu...erk! x hengat langsung..

Cara n bahannya kupermudahkan disini:

Potong roti ikut saiz/bentuk yang korg suka. Hari tu potong saiz2 anak2 senang nak pegang. Put aside. Pukul telur dengan 1 sdt susu pekat. Nak lebih lg 1 sd pun ok je. Tu anggaran sebiji telur ye. Kot x suka manis sgt, x yah letak byk. Kacau sebati. Pastu panaskan non-stick pan ke, kuali leper tu ke, celupkan roti ke dalam telur dan bakar sehingga kedua2 bhgn roti kekuningan/masak. Siap..Blh makan ngan sos atau enak dimakan begitu saja (iklan Gardenia)

Monday, June 8, 2009

Sayur campur bersos tiram

Ni menu versi campak2 n ceduk ilham dr merata resepi. Blh le try kalau sudi:)

Bahan-bahannya:
2 ketul bawang putih - pecahkan/cincang je..
2 keping isi ayam - potong dadu
sayur2an - kacang buncis, putik jagung, cendawan butang, kobis bunga
kentang - ni potong dadu n rebus hingga empuk..x nak bubuh pun ok je
1 sdt kicap pekat
1 sdb sos tiram
1 sdt tepung jagung + 1 sdb air
1/2 cwn air
3 tangkai cili kering (hiris panjang2 ye)
separuh kiub ayam
garam, jika perlu

Caranya:
- Tumis bawang putih hingga kekuningan.
- Masukkan ayam, goreng seketika.
- Masukkan air dan sayur2an. Kacau sekejap.
- Tuang sos tiram, kicap pekat, kiub ayam, kentang dan juga cili kering.
- Agak2 sayur dah layu, masukkan bancuhan tepung jagung, kacau seketika. Jika perlu tambah garam, tambah sikit je ye..kiub tu dah adjust rasanya.

Kuih bakar ubi

Teringin sesgt nak makan kuih bakar ubi @bingka ubi. Dah pernah buat dulu tapi guna resepi lain. Kali ni try resepi lain yg aku ambik dari blog Bro Rozzan lagik. Sedap sesangat, harum, lemak and x manis sangat. Anak2 pun suka..Ni ramuan dan cara-caranya....Aku kopipes je..malas nak mengeja2...hihihi. Aku buat separuh drpd sukatan ni..


Bahan-bahan:

1 kg ubi parut (perah dan buang semua kanjinya)

500 ml santan pekat (santan kotak)

150 ml air

250 gm gula

4 biji telur (saiz besar, kalau kecil gunakan 5) –kacau sedikit

1 sudu besar minyak sapi

1 sudu besar pes pandan

1 sudu teh garam

sedikit pewarna kuning (utk mendapatkan warna hijau yg lebih menarik)

Peraturan :

1) Satukan ubi parut dan gula dalam sebuah mangkuk besar lalu masukkan minyak sapi dan telur. Gaul rata bahan-bahan ini.

2) Kemudian masukkan santan, pes pandan, air, garam dan pewarna kuning. Kacau lagi sehingga sebati.

3) Sapukan sedikit minyak pada dasar dan keliling loyang berukuran 10 inci. Bubuh adunan ubi tadi. Bakar di dalam oven selama kira-kira 1 jam – 1 jam 10 minit dgn suhu 200/220 darjah Celsius. Oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu

Thursday, June 4, 2009

Almond Cornflakes Crunch

Kudap2 sabtu lepas..senang sungguh menyediakannya dan senang sungguh menghabiskannya.. hushhh! Tapi aku rasa nak buat lagi sekali dengan tidak menggunakan langsung badam...cornflakes je sume...tp abg kimi suka badam...hmmm cemana ek? Jom la try, senang saje..Aku ambik dr blog Brader Rozzan, Singapore..Hebat sungguh brader ni bab2 mknn. Byk dah try dr blog dia ni...alhamdulillah sumenya menjadi..

Aku C&P je dari blog dia. Thanks bro for sharing! Hope u dont mind if i share with others:D

Bahan

130 gm mentega
145 gm gula
secubit garam
½ sudu teh glukos cair (boleh diganti dgn madu) [Aku guna madu]
1 biji telur
200 gm tepung gandum }
1 sudu teh baking powder }
1 sudu besar tepung susu }
½ sudu teh sebuk kayu manis } diayak [Aku x bubuh pun sbb x suka]
50 gm cornflake
70 gm badam (dihiris)

Untuk Hiasan
Sedikit badam cincang [x buat pun sbb x de dlm peti es!]
Sedikit ceri hijau/merah[x buat pun sbb x de dlm peti es!]

Cara
Pukul mentega, gula, garam dan glukos sehingga lembut, masukkan telur dan terus pukul hingga sebati. Masukkan tepung, baking powder, tepung susu dan serbuk kayu manis. Adun hingga rata. Akhir sekali masukkan cornflakes dan badam hiris. Gaul rata-rata. Ambil satu sudu te hadunan dan bentukkan menjadi bebola. Selaputkan dengan badam cincang. Letakkan di atas dulang yg telah digris. Hiaskan dgn ceri hjau/merah di bahagian tengah dan tekan perlahan-lahan. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 12 -15 minit atau hingga kuning keemasan

Kerabu pucuk betik

Malam tadi aku buat mknn yg aku x makan...hahahha..pahit la pucuk betik ni...x sanggup nak makan...tp buatkan utk my ayah. Nama asal resepi ni Kerabu Pucuk Betik Berdaun Jambu ambik kat Mesra.net. Disebabkan x de daun jambu kat umah aku tu, so aku buat pucuk betik je la. Pastu memandai2 alter resepi org, aku tambah hirisan tomato, sos ikan, limau kasturi aku tukar limau nipis..Ni aku C&P je dr website tu...malas ah nak tulis..

Ramuannya
2 camca besar minyak masak
60 g bawang merah, dihiris nipis
30 g bawang putih, dihiris nipis
25 g cili merah, dihiris nipis
5 helai daun cekur, dihiris nipis
½ biji kelapa paru, ambil bahagian putih
25 g belacan
100 g udang kering
15 g garam
2 tangkai pucuk betik, dicelur, disejat dan dihiris halus
1 tangkaipucuk jambu muda, dicelur, disejat dan dihiris halus
5 biji limau kasturi, diperah airnya
Cara:
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang merah bersama bawang putih, cili merah, daun cekur, kelapa parut, belacan, udang kering, dan garam hingga terbit bau. Angkat dan biar ia sejuk. Tumbuk bahan-bahan itu dan gaul bersama pucuk betik dan pucuk daun jambu. Bubuh air limau kasturi dan gaul hingga ia sebati.

Tuesday, June 2, 2009

kamu ex-TIKL ke?

Aku dapat soalan ni dalam FB..hehehehe saje je nak paste kat sini..sbb soalan2 dia kelakar..result dia, kamu mmg penah jd warga TIKL sbelom ni...Bangga tu..




kamu ex-TIKL ke?
uji sejauh mane kamu tau psl TIKL. hhehe
  1. 1.Sapedia yg pernah tumbangkan tiang bendera kat dataran?
  2. 2.Bila skolah takde air, kamu...
  3. 3.pergi skolah pakai kasut ape?
  4. 4.majalah skolah nama ape?
  5. 5.Kelas yg biasanya bilangan pelajar lelaki sikit
  6. 6.Motto skolah adelah
  7. 7.Sekolah2 lain bdekatan

Monday, June 1, 2009

Kuih keria

Ni pun sama je mcm resepi kat bawah...bezanya, gula disadur di luar. Tapi aku malas nak cairkan gula utk sira kuih keria tu. Cuma golek2 ngan gula castor je..blh la control kuantiti gula yg disalut. Kalau sira ni aku x gemar gula dia punya la byk...seram nak mkn..Meh layan gambar ni..tististis..

Gambar ni diambil sebelum kusalut gula. Togel je. Kimi suke sesgt le bentuk2 kuih yg menyerupai donut ni..Kalau saiz2 tu, 3/4 ketul dia blh hadap sorg..

Cek Mek Molek

Aku mcm malas je nak share resepi kali ni...bkn apa, sbb x sure sukatannya. Main agak2 je..

Bahan asas dan caranya :
1. Keledek rebus hingga empuk- toskan airnya, lecek hingga hancur semuanya

2. Masukkan gula sikit je & tepung gandum, jgn byk sgt (nnt dia akan keras sgt), jgn kurang sgt (lembik sgt susah plak nak bentuk). Klu x sure, buat kecik sikit, pastu goreng. Klu dia cam ok je, x yah tambah tepung lg dan sebaliknya.

3. Ambil sedikit adunan, bentukkan memanjang/bujur. X perlu kemaskan lagi. Buatkan lubang ditengah adunan dan masukkan gula pasir. Ikut le manis memasing ye.

4. Goreng hingga warna kekuningan. Dah siap!