Wednesday, July 29, 2009

Ayam bersalut oat

Kebetulan Capt.Pait tertinggal majalah Mingguan Wanita dia, aku pun selak2 le bahagian resepi kat tgh2 majalah tu. Maka, terjumapa resepi ni..kalau ikutkan dah pernah dgr menu ni tp yg aku 'tergedik' sgt nak try sbb bahan2 dia mcm simple n sume ada kat dapur ku itu..meh share..

Bahan2nya:
Ayam - potong la ikut korg
1 biji telur - pukul sikit
1 sdt serbuk cili - aku x bubuh sbb ada anak2 Adam
1 sdt garam
1 sdt serbuk lada putih
1 sdt serbuk penaik
10 g tepung ubi kayu - x yah la beriya sgt timbang...agak2 je
20 gm oat - sediakan agak2 cukup utk salut ayam tu je

Caranya :
- Gaul serbuk cili, garam, serbuk lada putih dan serbuk penaik <- Bahan A
- Celup ayam dengan telur, pastu taburkan Bahan A pada ayam tu. Ratakan.
- Sapukan/celupkan ayam dengan tepung ubi kayu dan celup dalam telur semula.
- Golekkan ayam dengan oat.
- Dinasihatkan masak secara deep-fry n api sederhana sbb takut oat tu cepat hangus seperti gambar ku itu...tp x la semuanya hangus & pada aku sedap la jugak hehehe..cuba la

3 comments:

myza said...

qasima sejak akhir2 ni ayam saya goreng mesti xmasak kat dlm nape ek? ke sbb saya pkai kuali fry pan tu??wawawa..terpaksa goreng dua kali.kat luar hangus dlm xmasak..isk3

Shima Sulaiman said...

fry pan? apa masalahnya dgn fry pan? x paham le..non-stick pan ke apa? cuba guna api sederhan masa menggoreng tu..kot api besar mcm nak bakar rumah, mmg la cepat hangus luar dia..

kero said...

kah kah ngilai aku kat sini