yummm...yummm
Ni ilham dari kepala otak den..qty bahan adjust sendiri ye..ni anggaran sahaja yg aku bg..
Bahan A:
Sekeping gula melaka (saiz yg besar mulut cawan tu)
2 cawan air
1/2 cawan gula pasir (Kalau suka manis, tambah. Klu x suka, kurangkan. Ikut le tekak memasing)
1 helai daun pandan
- Masak semua bahan hingga larut dan tapis airnya
Bahan B
1 kotak santan (200ml)
Bahan C
Isi durian
Cara-caranya.
1. Campurkan Bahan A ke dalam Bahan B (Daun pandan dari Bahan A jgn buang, guna semula dlm step ni). Masukkan Bahan C. Kacau sekali sekala. Jgn biarkan sehingga pecah minyak plak.
2. Kacau sehingga santan masak dan isi durian tertanggal dari bijinya.
3. Dah siap!
Serawa ni kategori apa ye...aku bubuh je la dalam label kuih-muih:D..malas nak buat label baru..
No comments:
Post a Comment