Sekarang ni susah betul nak bagi Kimi makan nasi. Dia jamah sikit je selebihnya dia akan ratah lauk2 yang ada. Tapi kalau buat kuih ke, dia makan laju la jugak. Cuma, kadang tu penat nak masak macam2 1 hari especially lepas balik keje dan mama yang ada beberapa jam sebelum masuk tido untuk settle sume keje umah..Demi anak-anak. Ni buat malam tadi..senang, cepat, sedap!
Resepi ni aku C&P dari umah kak ummi Kuantan. Mintak izin tepek resepi kat sini ye kak ummi.
Bahan-Bahan:-
Bahan A
1/2 cawan gula - dicairkan buat gula hangus dan tuang dalam loyang kukusan yang telah digriskan dengan sedikit butter terlebih dulu. Ketepikan.
Bahan B:-
1 buku roti (*ummi guna 10 keping roti Gardenia)[Aku buat separuh je sbb masa tu ingat 10 keping tu cam byk je hasilnya]
1 tin susu cair (*ummi guna Ideal Nestle) [Aku guna separuh tin shj]
1 tin air buah dan fruit cocktail/peach [Aku guna separuh tin shj]
2 biji telor [Aku guna sebiji je]
1/2 cawan gula [Aku buat 3 sdb]
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar rata tepung kastad [aku bubuh 1 sdb]
Hiasan:-
1 tin buah koktel/peach (*ummi guna peach je)[gue pun guna peach gak hehehe..tu je yg ada kat umah]
Cara-caranya: Panaskan kukusan. Gaul rata semua bahan B kecuali fruit cocktail dan tapis (*aku blend sampai hancus sume). Masukkan bancuhan ke dalam loyang yang diisi gula hangus tadi. Tutup loyang dengan plastic glaze nipis (cling film). [aku balut penutup kukus je ngan kain]. Kukuskan selama 30 minit. Keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan sejuk sedikit. Terbalikkan dalam pinggan dan susun peach atas puding. Masuk fridge n makan masa sejuk2..
No comments:
Post a Comment