Monday, July 6, 2009

Puding Roti Marble

pagi ni sebenarnya bz. Maklumlah hari Isnin..tp aku malas nak buat keje...sakit kepala br balik dr hospital..panas kat luar tu..Aku C&P je dari FP Fiza..sedap...x tipu, baik try buat..confirm x nyesal..cara pun senang je...(aku edit sikit kuantiti bahan2 tu)

Susunan kuih ini tidak rancang ye..memang kebetulan terperasan corak itu..


Bahan:
•4 keping roti
•2 biji telur
•1/2 cawan susu pekat
•170ml susu cair
•1 sdb serbuk agar2
•1/2 cawan gula
•1 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
•3 1/2 cawan air
•2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara
1.Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
2.Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
3.Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
4.Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
5.Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
6.Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.


*Note:

Masa buat ni aku x de serbuk agar2..ada serbuk jelly je kat umah..so aku ganti dgn 2 sdb serbuk jelly. Hasilnya, puding tu memang lembut je masuk dlm tekak. Maybe sebab serbuk jelly yg aku guna kot..or memang hasilnya lembut walaupun guna serbuk agar2. Entah le...Korang try la. Makan plak masa dia sejuk2 baru kuar fridge...memang nikmat!Anak2 Adam ni semamangnya suka la sbb lembut n manis2..

No comments: