Walaupun ini n3 berkenaan udang, tp ini bknlah hasil tangkapan En.Asben. Ni 'tangkapan' di Pasar Borong je. Menu yang senang..main campak2 je.
Bahan-bahannya:
15 ekor udang sederhana besar
3 ulas bawang merah (ditumbuk lumat)
2 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
1/2 biji bawang besar (dipotong bulat)
3 sdb sos cili
1 sdt sos tomato
sedikit air
gula + garam
*cili masak/cili padi, jika suka lbh pedas
Cara2nya:
- Bersihkan udang (Buang kepala n ekor sahaja) dan toskan. Ketepikan.
- Tumis bawang merah + putih hingga kekuningan/garing.
- Masukkan kesemua sos n tambahkan sedikit air jika terlalu kering dan ikut masing2 untuk mendapatkan kuantiti kuah yg diingini
- Masukkan udang + bawang besar + cili dan gaul seketika.
- Perasakan gula dan garamnya.
- Siap..:D
Nota : Kuah yang terhasil mestilah agak pekat gitu. Jika terlebih bubuh air, adjust la dgn menambah sos cili sahaja dan sedikit sahaja sos tomato. (Sos tomato x perlu masuk byk sgt sbb nnt kuah kita akan rasa masam shj. x best)
No comments:
Post a Comment