Friday, July 3, 2009

Gulai lemak kuning udang

Ni ciptaan den..tp En.Asben kata sedap sehingga menghabiskan kesemua udang tanpa meninggalkan setitik kuah pun untuk FIL 'kesayangannya' itu..hua hua hua..Tp bkn la hebat2nya ciptaan...cuma extract dr resipi2 kat merata rumah n ubah mana2 yg dirasakan seperti syok sendiri...tolong la suggest namo eii.. (Fiza suggest nama tu..tengkiu)

Konsep eii samo dongan macam masak lomak cili api..tp den memandai2 tambah daun kari n hirisan bawang bosar yang dipotong bulat2...kononnya best:p

Bahan2nya :
Udang (Potong kaki, hujung muncungnya dan ekor sikit yo)
1/2 kotak santan (100ml)
Bawang merah + bawang putih + kunyit + cili api - ditumbuk lumat
Hirisan bawang besar
Beberapa helai daun kari
sedikit air
garam

Cara2nya:
- Masukkan bahan2 yang ditumbuk lumat dalam kuali
- Curahkan santan ke dalamnya dan tambahkan sedikit air
- Biarkan kuah mendidih di atas api sederhana sambil terus mengacau untuk mengelakkan santan bertahi minyak
- Apabila kuah telah mendidih, masukkan udang, bawang besar dan daun kari. Kacau seketika.
- Perasakan garam dan angkat.

Nota : Kuah untuk masakan ini sepatutnya tidak banyak seperti masak lemak cili api..Cuma sekadar bagi udang2 tu 'berenang' sikit je.

No comments: