Friday, July 31, 2009

Bingka Labu CMG

Hari tu gi pasar tani beli sebiji labu yg sederhana besar saiznya. Pastu dah pening nak buat apa. Ye, sy membeli sayur tanpa plan apa yg nak di masak untuk minggu itu! hehehhe...tp x la membazir. Habis sume ku masak. Mula2 plan nak buat separuh adunan je. Pastu aku tgk balik, eh cam sikit je, terus kupas lg separuh labu tu n kukus semula. So, ini la hasilnya..sedap, lemak2 n harum..

Resepinya aku C&P dari blog CMG. Mintak halal ye tepek kat sini..ilmu yg baik harus dikongsi gitu...kannn:

Bahan-bahannya:-
5 biji telur Gred A (Aku guna gred B je..ok plak menjadi)
500 ml santan
200 g tepung gandum
180 g gula halus
1/3 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus dan dilecek halus

Cara membuatnya:-
1- Satukan kesemua bahan2 di atas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan whisk hingga semua larut dan sebati.
2- Tapis adunan dan masukkan labu manis lecek dan gaul hingga adunan sebati dan tidak bergentel2.
3- Tuang adunan ke dalam acuan berlubang tengah (yang biasa digunakan utk membuat kuih bingka), yang telah disapu dengan mentega pada dasar dan tepi acuan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C, selama 40 minit. Keluarkan dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong.


Korang nampakkan gambar tu mcm isi labu ketul2...ha tu mmg aku sengaja x nak bg lumat sgt..knp? saje la..hehehhe

apam xtau

Aku x ingat la resepi mana aku try..tp yg aku tau apam ni sgt simple nak buat. Nnt le kot terjumpa n teringat balik, aku tepek kat entry nih..

Thursday, July 30, 2009

Tunda & Batal

Bermula dengan berita ini

H1N1-CUTI PERTENGAHAN SEMESTER UPM DIAWALKAN

Diikuti dengan ini

PAMERAN REKA CIPTA, PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PRPI) 2009 DIBATALKAN

Kemudian ini pula

PENANGGUHAN MAJLIS PERASMIAN SUKAN KOLEJ DAN KEJOHANAN OLAHRAGA SUKAN KOLEJ 2009/2010

seterusnya

PENUTUPAN PINTU MASUK/KELUAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

dan lagi

PENUNDAAN PROGRAM KESEDARAN DAN PENCEGAHAN KANSER SERVIKS

lagi

PENUNDAAN TARIKH MOTIVASI BULANAN 'KESILAPAN DALAM MENDIDIK ANAK'

terbaru

MAKLUMAN PENANGGUHAN PELAKSANAAN KURSUS PTK BAGI GRED 1-16 SIRI 2/2009

Inilah situasi di UPM sekarang ini..semua tunda & batal sehingga 4 Ogos 2009. Dengan 4 kematian di Malaysia sehingga kini, amat menakutkan. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh-Nya dari sebarang penyakit dan wabak ini. Cepatlah dunia pulih. Nak gi jalan pun dah was-was:(

Wednesday, July 29, 2009

Biskut choc. chips rangup

Ok sapa2 yang tengah buat list biskut raya..i recommand u to have this for raya....resepi ni sama mcm ini. Tapi aku ubah butter dari 250g kepada 125g butter + 125g shortening...yang lelain, remain the same..Ni resepi dr Hanieliza..aku tgk yang hari tu mcm sama je ingredients n method..aku rasa resepi ni dari org yg sama jugak la cuma diubah pada qty butter n shortening je. Kali ini aku guna oat dan x gunakan cornflakes as last time i did. Try la kalau teringin.

Ayam bersalut oat

Kebetulan Capt.Pait tertinggal majalah Mingguan Wanita dia, aku pun selak2 le bahagian resepi kat tgh2 majalah tu. Maka, terjumapa resepi ni..kalau ikutkan dah pernah dgr menu ni tp yg aku 'tergedik' sgt nak try sbb bahan2 dia mcm simple n sume ada kat dapur ku itu..meh share..

Bahan2nya:
Ayam - potong la ikut korg
1 biji telur - pukul sikit
1 sdt serbuk cili - aku x bubuh sbb ada anak2 Adam
1 sdt garam
1 sdt serbuk lada putih
1 sdt serbuk penaik
10 g tepung ubi kayu - x yah la beriya sgt timbang...agak2 je
20 gm oat - sediakan agak2 cukup utk salut ayam tu je

Caranya :
- Gaul serbuk cili, garam, serbuk lada putih dan serbuk penaik <- Bahan A
- Celup ayam dengan telur, pastu taburkan Bahan A pada ayam tu. Ratakan.
- Sapukan/celupkan ayam dengan tepung ubi kayu dan celup dalam telur semula.
- Golekkan ayam dengan oat.
- Dinasihatkan masak secara deep-fry n api sederhana sbb takut oat tu cepat hangus seperti gambar ku itu...tp x la semuanya hangus & pada aku sedap la jugak hehehe..cuba la

Tuesday, July 28, 2009

Penyakit 'MALAS' menyerang

Ahad (gambar nnt upload)

Pukul 12, gi kenduri kat lorong rumah aku. Ada jiran buat kenduri anak dia bertunang. Menu kampung tp sedapnya - Kerabu taugeh, ikan tenggiri masak kicap, daging salai masak lemak kuning + mangga, ayam goreng berempah, sambal udang. Pastu disediakan kuih-muih - kuih tako, kuih koci, kuih apa ye lg 1. x ingat plak. Anak2 adam tu, tgk kuih mula la tolak tepi nasi tu..Kimi makan 2/3 suap je..Najmi dok meratah ayam. Memasing suka plak makan kuih tako sampai 5 bekas! Ni mama kena buat ni..:)

Pukul 1++ terima sms dr kakak aku "Ada Majlis Jom Makan Buah2an Tempatan di Tasik Sri Serdang. Start kol 3 - 6 ptg." Sebenanrnya bkn la teringin sangat nak gi makan buah-buahan tu. Cuma gembira sbb en.asben sudi pergi dgn kitorg lepas dia penat2 balik keje. Gerak kol 4.15, punya la ramai umat manusia. Sib baik parking kebetulan senang dapat. Ada meja2 yg dah siap kemas2. Kitorg terus menuju ke bakul durian. Tgk2, ala tinggal kulit je. Pastu korek2 bakul tu, jumpa la sebiji yg nampak cam cantik je. Kitorg park kat tepi tasik, en.Asben kopek durian tu..isi dia umang aiiii sodap eii..tp sebiji je dpt..cis sungguh..pastu buah2 lelain byk yg dah habis..X pe la, sebenarnya saje nak expose anak2 dgn aktiviti masyarakat di situ n men'curik' masa bersama en.asben yg dah dekat sebulan x jumpa anak2..pastu kitorg rayau2 jap kat khemah2 tu, terus balik.

Isnin

Kemalasan pergi keje makin melampau2..ni disebabkan keje yg terlalu banyak nak dibuat..Bila dah banyak sangat, makin la aku malas nak buat. Penat la. Mintak bos cuti sehari dgn alasan tension hehehe..So, aku pun merayap le dr pagi sampai ke petang. Dengan siapa? Sorang2 la. En.Asben x leh cuti. Tak abis lagi training. Bosan!.

So, dari Bangi aku merayap sampai la ke Setiawangsa. Ajak Capt. Pait kuar makan. Kitorg gi makan kat Asam Pedas (berhadapan bangunan KRU). Aku order kue tiaw tomyam, Capt. Pait makan Nasi goreng ikan masin..Tomyam dia syoknyaaaaaa...pedas, masam, panas...memang berpeluh makan. Aku nak ambik gambar mknn Capt. Pait x bagi..Dia kata buat malu je org tgk..Ala biar la..bknnya mintak duit diorg pun kita makan kat situ. Tp ni je yg dpt aku snap hehehehe!

Kol 3++, lepas Capt. Pait balik ke Mindef, aku terus gerak ke Stesyen Putra Hentian Setiawangsa. Ambik tiket ke Klana Jaya. RM2.50 je. Pastu tanya staf kat situ, ada surau x kat situ. Diorg kata, x de. Yg ada bilik kecemasan utk staf sembahyang. Aku kata, blh la tumpang jap. Sekali tgk..ayooo ada sejadah ngan kain pelakat je...xkan aku nak buat mcm 'hantu kum2' tu...arrr korg pernah buat x camni..ikat kain kat area mata, pastu naikkan kain tu ke belakang. jadi cam telekung..hahhaha..sudahnya aku terus naik train, sampai ke Klana Jaya semayang kat situ...apa la..harapkan bangunan je besar, untung riban2, tempat sembahyang pun x de..En.Asben sila majukan komplen sy ini ke pihak pengurusan korg ye..Kol 5 en.asben abis keje, n fetch me there..

Itu la aktiviti org malas keje lately..ala malasnya nak keje..!

Wednesday, July 22, 2009

Hadiah dari orang jauh


Huhuhu br nak update..x tau la tang mana yg 'amazing' sgt tu..tp sgt berterima kasih dengan pemberi award ini..errr ada tugasan pulak sekali tu...

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie:
Yang 'sedekah' award ni Norul namanya..terima kasih ye..mak terharu..huahuahua..edit skit...Nowwa pun bg gak award ni..hehehe sori ye x perasan hr tu..

1. Mestilah baik hati...klu x baik, mesti x bg award ni kan hahahaha
2.
Kenalan semasa di TIKL dulu
3. Kawan baik dengan Mauze Yuzee (my classmate)
4. She's a lecturer at somewhere universiti here...x ingat le nurul u mana...sori ye..UPNM ke
5. Ada anak dara yg chumel....geramnya..

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya :
1. Suka memasak tp belum tentu pandai masak...haaa kena paham betul2 ayat ni
2. Suka makan tp belum tentu makan semua benda....memilih gak sebenarnya..especially mknn yg ada salut2 atau inti kelapa..rimas rasa dlm mulut..
3. Mengorbankan kerjaya yg tengah 'mencanak naik' semata-mata keluarga...fuhhh cam tragis je..
4. Pernah membuli anak cina masa darjah 2, sampai dia nangis...pastu kena denda balik lambat..geng buli sorg lagi, budak laki..nama dia nurharizal...nama timangan penjahat, Dekpen...sbb dia rendah orgnya....hahhaha aku ingat lagi nama ni..manatah mamat ni sekarang
5. My 1st car is kancil 850 je and blm terfikir utk tukar keta lain walaupun dah hampir 10 thn keta tu servis dgn aku....sayang ooooo..
6. Eh lupa plak nak bgtau hakikat diri ini...seorg isteri kepada En.Muhammad Gadaffi Nordin dan mama kepada anak2 Adam - Hakimi n Najmi..proud to be yours..
7. Sgt suka menanam pokok tp x de masa nak maintain....hehehhe...elok2 je bebunga...malas ku datang, mati terus pokok2 tu...
8. Sgt ingin bercuti dr tugas2 opis di saat ini....aaargghhh byknya keje...menci..
9. Fakta yg sahih - aku dah xtau nak tulis apa lg hehehhe...blh ek cenggini..

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe ttg mereka,
1. Fiza - kenal kat alam cyber ni. Orgnya sgt pandai memasak..ooo hobi barunya - menjahit
2. Fiza ITA - PA Pengarah den..lawa org eii...tp dah nak seal, not available.
3. Ieka IG - kawan seinduksi..baru belajar2 memblog..
4. Capt. Pait - sgt malas meng'update' blog
5. Saiful IKDPM - org yang akan seal penerima award no.2 :D
6. K.Long - kakak ipar yg malatop! Kepala ngam nih:D
7. Diana - Dorm mate masa kat TIKL. Sibuk ngan kelas baking dia..pastu bersungut x renti2 hahaha
8. Shida - Dorm mate gak masa kat TIKL. Bawah katil Diana..Pembakar semangat ku!
9. Nowwa - Kawan baru yg menarik...suka masak2 gak..nampak cam gile2 orgnya...hehehehe

Last but not least....
10. Dearest hubby - please spend much time with us!!

Kawan-kawan dan suku-sakat ku..sila ambil award ini dan buat ye tugasan ni...ala buat suke2 je untuk memeriahkan our bloghersphere ni..cheers!

Monday, July 20, 2009

American pancake

Ni la sebenarnya hahahha...bukan nak sorok tp x sempat nak update...bz sesgt dgn program new post graduate students....pancake ni atau lempeng, ada bermacam2 resepi kita blh jumpa...cuma ubah mana2 yang perlu sahaja utk mevariasikan rasanya dan hasilnya..makan panas2 lagi la sedapnya..yg nampak cam syrup tu sebenarnya madu je..betul la tekaan fiza..shida hampir betul tekaannya itu...cuma syrup je salah..meh tgk resepinya..entah ye entah x org amerika buat camni..:D

Bahan2nya:
1 1/2 cawan tepung
1 biji telur
1 cawan buttermilk (1 cwn susu + 1 sudu besar jus lemon)
1/2 cawan gula
1 sudu teh baking powder
1 sud teh soda bikarbonat
1/2 cawan minyak

Pour in all the ingredients and blend well. Let it rest for 20 min and cook as usual..

You can have it with honey, blueberry/strawberry filling, peanut butter or makan gitu je pun sedap sbb dah manis2 kan rasanya..

Mandi-manda

Disebabkan kebelakangan ini kami amat kurang meluangkan masa dengan anak2 Adam untuk aktiviti outdoor, kami sedaya-upaya menceriakan setiap hari minggu mereka bersama ibu dan bapanya..ceh ayat poyo je..meh layan gambar2 anak2 adam yg sedang bersukaria mandi-manda depan umah..pastu ada plak anak2 dara datang usha tepi kolam anak2 bujang ku itu...ni confirm perigi cari timba..

Abang kimi cuba membuktikan yang dia adalah abang mithali dengan bergambar begini...cait..

"Mama duck dah mati!" Apolah...

Sambil menikmati ini...Sayur itu hanya tarikan sahaja...hakikatnya, mereka itu akan meluahkan segala bentuk dan rasa sayur, jika masuk ke mulut mereka..susahnya nak ajar makan sayur:(

Friday, July 17, 2009

Puding sagu

Semalam buka puasa ni la habuan aku..kebetulan Capt. Pait tido kat umah gara2 anak gadisnya sib baik x admitted kat Hosp. Putrajaya. Ni la akibat bila mak terlalu bersukaria kursus di Cherating, anak x cukup minum air..apo lah..Nowwa marah dia sikit hehehhe...

Buat ni semalam. Sume suka la kiranya..Dari anak sendiri sampai la anak sedara..mak2nya apatah lagi la kan..alhamdulillah balkis dah blh makan seperti biasa tp slow2 la..puding sagu ni plak sejuk n manis2 gitu...suka la budak2 kecik..mula2 aku ikut resepi, lepas tu aku ikut suka hati hahahaha

Bahan2nya:
250g sagu putih
daun pandan
pewarna hijau
2 liter air

- didihkan air + daun pandan + pewarna hijau
- Bersihkan sagu dan masukkan dalam air mendidih tu. Kacau sekali-sekala sehingag sagu berwarna jernih.
- Bila kesemua sagu dah jernih, tutup api.
- Curahkan sagu tersebut dalam tapis dan lalukan pada air utk membuang sedikit kanji pada sagu.
- Masukkan dalam bekas kesukaan dan sejukkan dlm fridge

Utk sosnya:
- 1 tin susu cair + 6 sdb gula (kalau suka manis tambah lagi atau sebaliknya) + 1/2 cwn air
- Didihkan sehingga gula larut.

Cadangan hidangan:
- Keluarkan sagu dari acuan dan masukkan dalam mangkuk kecil. Curahkan sosnya.
Memang best & senang!

Pisang rebus + kelapa parut gula perang

Last week MIL kirim pisang......(kak long, apa nama pisang tu..x tau la hehehehe...maafkan la adik ipar mu ini kaklong yg cetek ilmu alam). Disebabkan minggu ini mama terlalu sibuk n penat bila balik keje, so, pisang tu x sempat nak buat kuih seperti yg MIL aku rekomenkan..Sekali tgk, sudah terlalu ranum daaa...terus terlintas di kepala - rebus je mcm bos aku ajar hehehe..

Rebus je n campurkan garam sikit. Toskan. Sediakan kelapa parut (ambil bahagian putih je), kukus sekejap kelapa ni bg tahan lama. Gaul dengan gula perang n garam sikit...ni makanan org lama tp syok ooo..tambah2 kalau makan di saat hujan lebat, suasana sejuk, dapat plak teh 'o...fuhhhh layan...

Wednesday, July 15, 2009

Kuih Bakar Bijan

Aku x sure la..adakah 'Kuih Bakar Bijan' dan 'Kuih Bahulu Kemboja', kuih yg sama? Dulu arwah mak selalu buat ni. Memang kalau dia buat, sedapnya x tau nak ckp..pakai acuan bunga tu lagik..tp malangnya anak2 sibuk skolah merata Mesia ni (ceh alasan), maka resepi itu tak de sapa ada inisiatif utk mempelajarinya...rugi2...Ni aku try buat ahad lepas. Kebetulan SIL aku datang. Cuma x pakai acuan bunga tu je..entah mana diamnya...ooohhh kimi suka kuih ni..aku tau sbb masa tu beli 2 potong kat cafe Hospital Serdang (check-up dia tiap2 bulan tu), dia sampai nak lagi...tu yg berusaha mencari jugak resepi ni..

Sumber : Blog Kak ummie Kuantan

Bahan-bahannya:
1 cawan gula
1 cawan jus pandan/air + pandan essence (aku buat 1 cwn air + 1/2 penutup esen pandan + pewarna hijau)
2 cawan tpg gandum
2 1/4 cawan santan
2 sdb mentega
3 biji telur
1/2 sdt garam
pewarna hijau (ni aku x bubuh sbb dah bubuh dlm jus pandan tadi)
bijan (Bakar/sangai seketika)

Caranya :
- Campurkan semua dan blend sebati
- Masukkan 2 sdt minyak masak dalam loyang. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak dah panas, ratakan minyak ke keliling loyang dan masukkan cepat2 bancuhan tadi.
- Bakar 180°C sampai kekuningan.
- Bila dah masak, kelaurkan dan tabur bijan masa kuih tu panas2..

Paling best kalau bahagian atas tu garing lagi...senangkan kuih ni...blend je sume, curah dlm loyang, bakar.

Tuesday, July 14, 2009

Hanya perbualan dan bualan

Perbualan bermula pada pukul 4.30 ptg 11 Julai 09.
"Kat mana?"
"Kat opis lagi ni. Ada member turun dari Dubai. Saje borak2 kot blh mintak ke sana ke..ekehehehe"
"Dah tu nak balik kol bp?"
"Jap lagi balik. Mandi2 jap, pastu gerak"
"OK"

Panggilan pukul 6.00 ptg 11 Julai 09
"Tadi kata nak balik dah"
"Nak balik la ni. Kejap lagi. Sembahyang jap"
"OK"

Panggilan pukul 8.45 mlm 11 Julai 09
"Hello! Awak sibuk x"
Senyap
"Hello! Marah ke?"
"Nak apa? Kata nak balik, balik aje la"
"Abg accident ni!"
"What? Kat mana? Cedera ke"

Episod menggelabah bermula.....

"Dak, teman org gi balai. Lakiku itu accident..langgar 4 biji keta. Org dah x leh nak drive ni. Gigil"
"Jom"

"Keta ni nak repair kat mana? Kalau x de, sy blh cari org." Kata 'En.Berbaju biru' di bilik soal siasat sambil sibuk mendail dr HENPON dia ye tuan2 dan puan2. Nampak sangat side incomenye encik polis oiiii!!!
"X pe ni adik ipar kawan aku. Ko bg settle cepat. Keta dia, aku settlekan" Kata sahabat karib En.Nasron (BIL to En.Asben)
"Nanti gi byr kompoun ni kat Pasar Borong. Sana blh bg rm150 je." Kata sahabat karib itu.

Accident hari sabtu lepas membabitkan 4 biji keta. Keta yang terakhir agak bijak n tidak cemas, dgn mengambil jalan segera, lari dari tempat kejadian. En. Asben org kedua dari belakang, merempuh keta tiara (aku tgk keta ni mcm blh timbang kati dah), teruk jugak depan n blkg ketanya, keta tiara rempuh 1 keta lagi kat depan sekali..so, yg paling teruk, kete keropok tiara. Atos x teruk sgt la..body kuat....tp bocor gak la gas aircond, cover bonnet renggang sikit, plat number patah, bumper belakang jatuh. Yang penting, En. Muhd.Gadaffi selamat. That is enough. Now, this word keep haunting in my head "Get a new car...get a new car...let go the atos cekodok." Hmmmmm...kind of sentimental value to someone huh..

Detail kat sini

*gamba esok br aku upload..hr ni kebzan yg melampau..

Monday, July 13, 2009

Roti Jala

Sabtu lepas aku telah berjaya 'menjala' di atas kuali ku...di saat sume org dok lena layan mimpi, mak dok leka sorg2 kat dapur melayan kuali. Buat sikit je, sbb kononnya takut membazir n terbuang je..tp hakikatnya, En.Asben hanya meninggalkan 3 gulung sahaja untuk aku n anak2 Adam..cis sungguh! Sib baik ada roti n serawa durian tapau dr opis Jumaat tu (kes2 x abis n bos suruh bungkus bw balik)...mari la cuba..

Jalaan ku itu kekadang tersangkut kat ranting2 kayu, tunggul pokok bakau hahahaha...ada la yg tercela sini sana..yg nyatanya, baru belajar menjala. Tu yg jalaannya x berapa cantik n kemas. Janji sedap!

Ramuannya:-
2 cwn tepung gandum
1 cwn air (tambah kemudian ikut cair)
1 cwn susu cair
sedikit garam
1 biji telur
pewarna kuning

Caranya:-
- Blend kesemua bahan hingga sebati. Tapis masuk mangkuk lain kerana dikhuatiri ada ketulan tepung yang x sebati..Nanti corong acuan akan sumbat.
- Test masukkan bancuhan dalam acuan roti jala. Kalau dia mengalir x putus2, ok la tu...Kalau terputus2/menitik2, tambahkan air lagi sehingga mendapat bancuhan yang mengalir x putus2.
- Mulakan operasi menjala.
- Makan la dengan kuah kari ke, serawa durian ke, sambal sardin ke..mmg nikmat..

Jemput-jemput udang

Antara menu yang mama 'RAJIN' buat bila anak-anak Adam xmo makan nasi. Kebetulan beberapa minggu lepas, mama n kawan skolah (tapi keje kat sini) gi merayap ke Kompleks Diamond PKNS, Bangi, kitorg ke Pameran Barangan Buatan Malaysia. Ada satu gerai ni mempromosikan sos2 black pepper yang memang x pernah jumpa di pasaraya sekitar Lembah Klang lagi. Hak milik Bumi, kitorg test kesemua sos yang disediakan. Tergoda la dgn 1 sos ni yg kononnya blh digunakan as dipping, marinate & .....(x ingat lagi 1 utk apa). Bila dah buat jemput2 tu, apa lagi ku cuba la sos itu...memang best.Rugi plak beli sebotol je. Entah mana nak cari kalau abis nnt. Resepi x yah la ye..korg lagi hebat...aku tayang gambar je..:D Selamat menjamu mata!

Bhn asas - Tepung + soda + garam + kentang (hiris kecik2 n pendek2) + isi udang (potong kecik2) + bawang sikit

Friday, July 10, 2009

Sambal tempoyak ikan bilis membunuh!!

Kenapa camtu tajuk entry ku kali ini....haaa sobab eiii kepedasan sambal tahap dewa 7 petala langit. Kesannya.....aaaa ok je, alhamdulillah x la sampai tercirit-birit....hehehhe...idea tercetus semula selepas diusul Cik Kak Nowwa..

Kalau dapat sambal ni, aku makan dgn nasik putih je pun blh jalan..memang membuka selera

Caranya senang je:
Rendam seketika segenggam ikan bilis dan toskan. Tumbuk bersama cili api (kot nak berapi cam den tu, bubuh la 15-20 biji). Ikan bilis tu x yah hancus sangat. Cukup sekadar pecah2 je. Masukkan sume dlm periuk, masukkan sesenduk tempoyak. Nak boh byk pun ok je. Pastu klu suka blh tambahkan petai. Buang kulit n potong2 ikut suka korg. Aku tambah sedikit santan untuk bagi dia cam berair sikit n barulah hidupkan api sederhana shj. Didihkan sehingga agak2 santan dah masak, blh la tutupkan api.

Coklat Chips Rangup....Gerenti!!!

Aktiviti memperabihkan choc chpi dlm peti ais berjaya kulaksanakan minggu lepas..aku buat adunan ni separuh je sbb pikir nnt jadi byk sgt plak n lambat plak nak menghabiskan bakar. Tp setelah siap, cis mcm rugi je buat sikit sbb MMG RANGUP n SEDAP. Jom la try...

pssstt..masa buat ni terlebih curah serbuk koko...so hasilnya agak hitam n pahit skit...
Resepi ni aku ambik dr blog sapa, aku x ingat..tp originally dr org bernama kak liza tu..terima kasih la sbb sudi share resepi yang syok ni..mmg rangup...

Coklat Chips Rangup
Sumber : kakliza

Bahan-bahan
Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum (kat umah x de, so aku ganti ngan cornflakes ku hancur2kan skit)

Cara Memasak
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang. (Lepas bulat2kan, aku tekan ngan garpu bg leper sikit)
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.


Esok nak buat lagi...ada org sedekah nestum..

Tuesday, July 7, 2009

Butter prawn

Ahaksss menu yg telah ku try buat kali kedua..tp disebabkan method yg salah..yang 1st time buat tu cam hampeh je hasilnya..last week aku rayau2 blog org..jumpa la 1 blog ni...k.nor from terengganu. Dah mintak izin ye kopipes resepi dia. Pada aku, korg cari la mana2 resepi butter prawn pun tp guna method yg k.nor kongsikan. Insya-Allah menjadi. Bagus sungguh..Murah kongsi ilmu, semoga murahlah juga rezekinya..Tapi yg aku buat ni kena improve lagi sbb maybe telur yg aku gunakan tu, sejuk gedi lagi..baru kuar peti ais.. So dia keluar x lancar sgt n likat..ni hidangan utk Capt. Pait n keluarga Ahad lepas. (Gue masak bkn sbb mu dtg..tp nak perabihkan cepat udang2 itu huhuhu)

Ada org blh buat lagi halus (macam rambut) dr hasil aku ni...x pe blh cuba lagi

Aku combine resepi ni dari merata blog n buku yg aku baca..ishhh cam org x de keje je :D Tgh malas nak buat keje sbb banyak gileee...

Bahan A:
Udang (Buang ekor n gunting muncingnya)
garam + kunyit
Setangkai daun kari
Cili padi
1 batang serai (hiris halus)

Bahan B (pilihan 1)
2 biji telur
sedikit susu pekat
sedikti susu cair
2 sdb butter

Bahan B (pilihan 2)
3 butir kuning telur sahaja
2 sdb butter

Caranya:
- Lumur udang dgn garam n kunyit. Masak seketika.
- Masukkan daun kari, serai n cili padi. Masak sehingga udang n bahan2 layu. Asingkan.
- dengan menggunakan minyak yang sama, masukkan butter. Biarkan sehingga butter cair n minyak betul2 panas.
- Tutup api. Masukkan bahan2 yang telah dikacau sedikit ke dalam acuan kuih jala. Dengan cermat, gunakan tangan kiri untuk memegang acuan kuih jala, tangan kanan pegang garfu. Buatkan pusingan bancuhan telur dalam minyak yg tengah panas2 tu. Tangan kanan, perlahan2 kacau2 telur dlm kuali tu sehingga bertali2 hasilnya. Angkat dan toskan minyaknya.
- Gaulkan/tabur pada udang yang kita asingkan tadi.

Serawa durian

Ahad lepas gi Giant Klana Jaya. Saja rayau2 membuang masa bersama En.Asben n anak2 Adam. Pastu nampak la org jual durian, dah siap packing. 4 peket RM10. Wohhh dia punya bau...x hengat. Teringin sungguh. Semalam buka puasa, teringin sesgt nak mkn serawa durian. Serawa ni biasanya org makan ngan pulut. Ada juga org makan dgn roti, roti jala dll. Kat rumah ada roti je, kot pulut bila kala plak nak siapnya. Menjelang waktu buka kang, ada yg hirup serawanya aje..heheheheLihatlah isinya yg gebu itu...tp aku terpedaya..isinya byk yg keras2...hampes sungguh!!!

yummm...yummm

Ni ilham dari kepala otak den..qty bahan adjust sendiri ye..ni anggaran sahaja yg aku bg..

Bahan A:
Sekeping gula melaka (saiz yg besar mulut cawan tu)
2 cawan air
1/2 cawan gula pasir (Kalau suka manis, tambah. Klu x suka, kurangkan. Ikut le tekak memasing)
1 helai daun pandan
- Masak semua bahan hingga larut dan tapis airnya

Bahan B
1 kotak santan (200ml)

Bahan C
Isi durian

Cara-caranya.
1. Campurkan Bahan A ke dalam Bahan B (Daun pandan dari Bahan A jgn buang, guna semula dlm step ni). Masukkan Bahan C. Kacau sekali sekala. Jgn biarkan sehingga pecah minyak plak.
2. Kacau sehingga santan masak dan isi durian tertanggal dari bijinya.
3. Dah siap!

Serawa ni kategori apa ye...aku bubuh je la dalam label kuih-muih:D..malas nak buat label baru..

Monday, July 6, 2009

Puding Roti Marble

pagi ni sebenarnya bz. Maklumlah hari Isnin..tp aku malas nak buat keje...sakit kepala br balik dr hospital..panas kat luar tu..Aku C&P je dari FP Fiza..sedap...x tipu, baik try buat..confirm x nyesal..cara pun senang je...(aku edit sikit kuantiti bahan2 tu)

Susunan kuih ini tidak rancang ye..memang kebetulan terperasan corak itu..


Bahan:
•4 keping roti
•2 biji telur
•1/2 cawan susu pekat
•170ml susu cair
•1 sdb serbuk agar2
•1/2 cawan gula
•1 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
•3 1/2 cawan air
•2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara
1.Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
2.Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
3.Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
4.Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
5.Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
6.Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.


*Note:

Masa buat ni aku x de serbuk agar2..ada serbuk jelly je kat umah..so aku ganti dgn 2 sdb serbuk jelly. Hasilnya, puding tu memang lembut je masuk dlm tekak. Maybe sebab serbuk jelly yg aku guna kot..or memang hasilnya lembut walaupun guna serbuk agar2. Entah le...Korang try la. Makan plak masa dia sejuk2 baru kuar fridge...memang nikmat!Anak2 Adam ni semamangnya suka la sbb lembut n manis2..

Sunday, July 5, 2009

Kuasa Yang Esa

Malam tadi aku try buat puding roti yg aku cilok dari Fp Fiza. Aku masak cam biasa n tiada apa2 pun niat dihati melainkan hanya untuk dihidangkan kepada ahli keluarga sahaja. Pagi ni, aku sangat2 teruja, suspend, takut, gembira, terharu...haaa sume ada..Aku potong puding tu menyerong. dan angkat satu2 susun atas pinggan. Tiba2 mata ku mengamati satu corak ini...susunan yang bukan ku rancang tapi ia yg terakhir sekali....adakah ianya.........

Korang tafsir la sendiri...mungkin kebetulan...aku tiada niat utk riak dgn kejadian ini..tp ingin berkongsi kebesaran-Nya dengan korg sume. Semoga kita dapat menginsafi dan meningkatkan apa jua kekurangan amalan kita sebelum kembali kepada-Nya nanti. Insya-Allah.

*Antara puding paling best aku pernah makan..esok klu free aku upload resepi..

Friday, July 3, 2009

Puding roti caramel

Sekarang ni susah betul nak bagi Kimi makan nasi. Dia jamah sikit je selebihnya dia akan ratah lauk2 yang ada. Tapi kalau buat kuih ke, dia makan laju la jugak. Cuma, kadang tu penat nak masak macam2 1 hari especially lepas balik keje dan mama yang ada beberapa jam sebelum masuk tido untuk settle sume keje umah..Demi anak-anak. Ni buat malam tadi..senang, cepat, sedap!

Resepi ni aku C&P dari umah kak ummi Kuantan. Mintak izin tepek resepi kat sini ye kak ummi.


Bahan-Bahan:-

Bahan A

1/2 cawan gula - dicairkan buat gula hangus dan tuang dalam loyang kukusan yang telah digriskan dengan sedikit butter terlebih dulu. Ketepikan.


Bahan B:-

1 buku roti (*ummi guna 10 keping roti Gardenia)[Aku buat separuh je sbb masa tu ingat 10 keping tu cam byk je hasilnya]

1 tin susu cair (*ummi guna Ideal Nestle) [Aku guna separuh tin shj]

1 tin air buah dan fruit cocktail/peach [Aku guna separuh tin shj]

2 biji telor [Aku guna sebiji je]

1/2 cawan gula [Aku buat 3 sdb]

1 sudu teh esen vanila

2 sudu besar rata tepung kastad [aku bubuh 1 sdb]

Hiasan:-

1 tin buah koktel/peach (*ummi guna peach je) [gue pun guna peach gak hehehe..tu je yg ada kat umah]

Cara-caranya:
Panaskan kukusan. Gaul rata semua bahan B kecuali fruit cocktail dan tapis (*aku blend sampai hancus sume). Masukkan bancuhan ke dalam loyang yang diisi gula hangus tadi. Tutup loyang dengan plastic glaze nipis (cling film). [aku balut penutup kukus je ngan kain]. Kukuskan selama 30 minit. Keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan sejuk sedikit. Terbalikkan dalam pinggan dan susun peach atas puding. Masuk fridge n makan masa sejuk2..

Gulai lemak kuning udang

Ni ciptaan den..tp En.Asben kata sedap sehingga menghabiskan kesemua udang tanpa meninggalkan setitik kuah pun untuk FIL 'kesayangannya' itu..hua hua hua..Tp bkn la hebat2nya ciptaan...cuma extract dr resipi2 kat merata rumah n ubah mana2 yg dirasakan seperti syok sendiri...tolong la suggest namo eii.. (Fiza suggest nama tu..tengkiu)

Konsep eii samo dongan macam masak lomak cili api..tp den memandai2 tambah daun kari n hirisan bawang bosar yang dipotong bulat2...kononnya best:p

Bahan2nya :
Udang (Potong kaki, hujung muncungnya dan ekor sikit yo)
1/2 kotak santan (100ml)
Bawang merah + bawang putih + kunyit + cili api - ditumbuk lumat
Hirisan bawang besar
Beberapa helai daun kari
sedikit air
garam

Cara2nya:
- Masukkan bahan2 yang ditumbuk lumat dalam kuali
- Curahkan santan ke dalamnya dan tambahkan sedikit air
- Biarkan kuah mendidih di atas api sederhana sambil terus mengacau untuk mengelakkan santan bertahi minyak
- Apabila kuah telah mendidih, masukkan udang, bawang besar dan daun kari. Kacau seketika.
- Perasakan garam dan angkat.

Nota : Kuah untuk masakan ini sepatutnya tidak banyak seperti masak lemak cili api..Cuma sekadar bagi udang2 tu 'berenang' sikit je.

Udang masak sos

Walaupun ini n3 berkenaan udang, tp ini bknlah hasil tangkapan En.Asben. Ni 'tangkapan' di Pasar Borong je. Menu yang senang..main campak2 je.

Bahan-bahannya:
15 ekor udang sederhana besar
3 ulas bawang merah (ditumbuk lumat)
2 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
1/2 biji bawang besar (dipotong bulat)
3 sdb sos cili
1 sdt sos tomato
sedikit air
gula + garam
*cili masak/cili padi, jika suka lbh pedas

Cara2nya:
- Bersihkan udang (Buang kepala n ekor sahaja) dan toskan. Ketepikan.
- Tumis bawang merah + putih hingga kekuningan/garing.
- Masukkan kesemua sos n tambahkan sedikit air jika terlalu kering dan ikut masing2 untuk mendapatkan kuantiti kuah yg diingini
- Masukkan udang + bawang besar + cili dan gaul seketika.
- Perasakan gula dan garamnya.
- Siap..:D

Nota : Kuah yang terhasil mestilah agak pekat gitu. Jika terlebih bubuh air, adjust la dgn menambah sos cili sahaja dan sedikit sahaja sos tomato. (Sos tomato x perlu masuk byk sgt sbb nnt kuah kita akan rasa masam shj. x best)

Wednesday, July 1, 2009

Udang, Oh! Udang

Sejak bila En.Asben terjebak dgn aktiviti memancing ni, aku mmg x tau. Tup2 1 hr dia kata nak masak udang bakar ngan butter je. Masa tu x de la pikir dari mana datang udang tu sbb biasanya dari pasar la kan.lepas masak tu, aku yg x makan udang ni test le sekor..sibuk suruh rasa masakan dia hehehehe...sampai je tekak aku...fuyooo manisnya isi dia..terus la soalan bertalu2 keluar..beli kat mana? Bila gi pasar borong? Bukan ke smlm keje x balik2 umah? Hmmm memancing rupanya..Udang dalam kolam je En.Asben ye..'Udang' berjalan atas darat jgn berani2 nak pancing..ada yg jadi udang panggang balik tu kang..:)

Tu antara hasil tangkapan En.Asben. Hidup lagi. Siap bergerak2 kaki2nya. Kimi menjerit2 bila suruh pegang. Adik Ami pegang selamba je..belum masak pun dia dah mintak nak makan..Udang yg diorg pegang ni paling besar. Ada la dlm 100gram (En.Asben cakap). Kecik sikit dari saiz telinga En.Asben hahahaha..Anak2 Adam ni suka la pulak lepas diajar makan udang ni. Kalau udang biasa beli kat pasar tu, diorg makan tp mcm kureng sikit. Yang ni, sedap rasa isinya. Manis. Maybe sbb fresh lagi. Sekarang sy sudah suka makan udang lo..:)

Cemana rupa pancing udang ye? Macam joran pancing ikan gak ke? Ok entry2 mknn selepas ini berkaitan dgn udang sahaja ye hehehe..nantikan kemunculannya.