Monday, December 27, 2010

Petua elak anak kencing malam

Petua ini berdasarkan sumber2 yang diperolehi melalui 'internet searching'. Jadi sudah pasti ianya tidak ada sumber yg menjadi hak haikiki sesiapa kan. Nama pun petua kan..semua org blh dapat samada dr keluarga sendiri, rakan-rakan, akhbar dan lain2..hehehe meh share sama2..Terdapat pelbagai kaedah dan petua yang MJ temui dan ada yang dikongsi dari kawan, jiran dan bidan.

1. Latih anak anda untuk bangun sekurang-kurangnya sekali pada waktu tgh malam. Jika waktu tidurnya lewat (±10++malam). Ajarkan dalam tempoh sebulan dan pantau perkembangan. Sekiranya dalam tempoh seminggu, anak telah boleh bangun malam sendiri dan buang air kecil sendiri, ibu bapa bolehlah menghentikan rutin tersebut (kejut malam).

2. Berikan 7-8 geals air pada siang hari dan
elakkan memberi air minuman/ susu atau pun minuman seperti teh/kopi sejam sebelum waktu tidur mereka.

3. Sapukan minyak gamat pada ari2 kanak-kanak tersebut sebelum waktu tidur.

4. Gunakan minyak zaitun yang disuamkan dan kemudian sapu dibahagian ari-arinya. Cubalah beberapa malam. Jika tidak ada minyak ini gantikan dengan halba yang dipanaskan, balut dengan kain dan tuam di ari-arinya.

5. Jika anak anda berumur 5 tahun ke atas dan masih lagi kencing malam, cuba petua ini. Ambil tembakau sebesar ibu jari dan campurkan sedikit kapur sireh, kemudian letakkan di pusatnya. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain. Buatlah selama seminggu, InsyaAllah anak tidak lagi kencing malam.

6. Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.

7. Menurut Pakar Kanak-Kanak Jabatan Paediatrik, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya. Dr. Kanaheswari Yoganathan , ada beberapa faktor utama berkait rapat dengan kencing malam iaitu keturunan, kelewatan dalam mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur. Untuk mengubatinya, penghidap masalah ini pada awalnya disarankan mengambil ubat antikemurungan yang bertujuan mengawal pundi kencing. Penggunaannya memang berkesan dan ia perlu diambil selama beberapa bulan atas nasihat doktor.

8. Ambil pepatung dan pegang kepaknya. Biarkan ia menggigit2/ berpusing2 di atas pusat anak anda. Amalkan selama beberapa hari, insya-Allah akan membantu.

Sumber:
  • http://mysetbersalin.com/blog/2009/08/panduan-mengatasi-masalah-anak-kencing-malam/
  • http://mforum2.cari.com.my/archiver/?tid-202827.html
  • http://sheisagirl.wordpress.com/2008/07/18/no-more-kencing-malam-okay/
  • info mulut-ke mulut hahahha

Walau bagaimanapun, memarahi anak yang gagal dalam proses ini adalaha tidak berbaloi. Mereka akan terus berasa rendah diri atau pun hilang keyakinan diri. Timbul perasaan malu sekiranya dia diabndingkan dengan orang yang terdekat dengannya seperti adik-beradik, sepupu dan lain-lain. Teruskan memberi nasihat kenapa dia mesti bangun malam sekiranya terasa seperti mahu terkencing. Teruskan memberi sokongan kepada mereka:D Selamat mencuba!

Friday, December 24, 2010

Lempeng pisang bakar

Dari tadi lagi MJ buka page utk new post. Tp x tau nak tulis apa hahahha. Agak kurang 'bereksperimen' di dapur lately. Dgn keadaan kandungan yang baru nak masuk wk16, lagi la menambahkan kemalasan MJ.

Mungkin menu yang MJ tulis tu dah cukup common di kalangan blogger main masak2 ni. Tapi untuk MJ sesuatu yang lama MJ x pernah cuba makan mahupun buat. Masa arwah mak ada, pernah la makan. Tp dr air tangan sendiri, lom pernah buat lagi.

Makanan ni Mj jumpa masa bercuti baru-baru ni ke Bukit Merah. Ada gerai x jauh dari jalan keluar resort tersebut. Yang menambahkan kesedapan lempeng tu sbb di bakar atas daun pisang. Aroma daun pisang tu meresap masuk dlm lempeng tersebut. Tu yg pada tekak MJ rasa sgt sedap hehehe..Ok MJ rasa semua org tahu buat lempeng pisangkan. Cuma tambahkan sikit keje tu dgn meletakkan bancuhan lempeng atas daun pisang, letak kelapa parut dan tangkupkan serta bakar. Perghhh mmg layan la. Tambah2 hari hujan, dapat plak teh O..syok oo

Tuesday, December 14, 2010

Lanjutan "Minyak Sapi QBB x halal ke"...

MJ tertarik dengan komen seorg yg menggelar dirinya Pak Cik Haji Mohamed, untuk topik MJ "Minyak Sapi QBB x halal ke?" post MJ pada bulan ogos yang lalu. MJ paste kan di sini untuk rujukan, terjemahan dan pandangan masing-masing berkaitan hal ini. MJ sendiri tidak mampu mengesahkan apa2 di sini. Hanya sekadar berkongsi pengalaman pak cik ini

Blogger Haji Mohamed said...

Pakcik kerja masak kenduri kahwin di Pulau Pinang semenjak 1980an. Pada pendapat Pakcik, kita patut mengelakkan penggunaan minyak sapi tulen yang dihasilkan dari susu lembu dan juga sebarang barangan dari lemak binatang walaupun disahkan halal atas sebab-sebab kesihatan kerana kedua-dua jenis barangan ini banyak berlemak. Pakcik juga mendapati marjerin yang mengandungi minyak sawit, air dan garam sama ada Planta atau lain jenama tempatan juga kurang sesuai untuk masakan beriyani dan lauk-pauk. Kalau dari segi rasa dan juga kos, memadai kalau gunakan minyak sapi sayuran yang dikenali sebagai vanaspati menurut Akta Makanan 1983, itupun vanaspati yang separa terhidrogen yang kelihatan lembut dan sesuai untuk pemakanan manusia. Dari segi kesihatan, kita perlu mengelakkan dari menggunakan vanaspati penuh terhidrogen yang kelihatan seperti lilin. Dari pelbagai jenama vanaspati tempatan dan luar negeri yang Pakcik pernah mencuba, Pakcik mendapati yang paling baik sekali yang masih dijual di Penang adalah Cow Brand dari Holland juga dipanggil Cap Lembu, tin biru dengan gambar lembu hitam putih di tengah, tinnya untuk pasaran Malaysia dicetak dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Barang ini dibuat sepenuhnya dari minyak sawit dengan bahan tambah beta carotene yang menguatkan sistem kelalian badan disamping memberi rasa, keharuman dan warna macam minyak sapi tulen. Pengeluarnya di Eropah mempunyai reputasi yang tinggi dan banyak mengeksportnya ke negara-negara Islam di Timur Tengah. Penguatkuasaan di Timur Tengah cukup baik dan sebarang bahan yang tak halal sama ada lemak binatang ataupun bahan menagihkan dapat dikesan dengan segera. Cow Brand Vanaspati ini terdiri sepenuhnya dari bahan tumbuhan dan tidak mengandungi langsung lemak binatang, bahan beralkohol, bahan yang menagihkan, halia atau bawang putih; menjadikannya produk yang bukan sahaja boleh diambil oleh oleh orang Islam tetapi juga oleh pengikut mana-mana agama di dunia. Menurut pengimportnya di Kuala Lumpur yang Pakcik pernah telefon, olehkerana Cow Brand Vanaspati ini merupakan barangan import, Jabatan Kesihatan Pelabuhan Kelang bertanggungjawab mengesahkan kandungannya seperti yang dilabelkan dan menuruti Akta Makanan 1983 dan Akta Perihal Dagangan 1972 setiap kali diimport masuk ke Malaysia. Mana-mana jenis nasi beriyani yang Pakcik buat dari Cow Brand Vanaspati memang lazat. Di Malaysia, banyak catering menggunakan Cow Brand Vanaspati tetapi memberitahu pengguna mereka pakai minyak sapi tulen seperti QBB. Ada juga yang menggunakan minyak biji matahari, minyak zaitun, minyak masak biasa, marjerin tempatan sebagai gantian kepada QBB. Mana boleh tahan pakai QBB sekarang dengan harganya menjulang tinggi. Lagipun QBB yang dijual di Malaysia tak original seperti dulu. Menurut anak buah Pakcik yang pandai melayar internet, pengilang asal QBB di Australia dah gulung tikar beberapa tahun dahulu. Lagipun, pihak penguatkuasa Emiriyah Arab Bersatu semenjak beberapa tahun lalu sedang mengkelaskan QBB sebagai animal shortening dan bukan sebagai pure butterfat ghee atau pure butterghee iaitu sebagai minyak sapi tulen. Dari segi kos, rasa dan juga segi kesihatan Pakcik sentiasa syorkan Cow Brand Vanaspati kepada pengguna Pakcik. Maklumat tambahan boleh didapati dari laman web: http://www.dishhad.com/cms/index.php

December 11, 2010 1:18 PM

Friday, November 19, 2010

Puding cocktail berkuah

Dah lama buat tp baru sekarang rajin nak menghapdet blog kuikuikui. Menu yang simple tapi anak-anak adam suka. Kebetulan pulak raya aidiladha baru ni biras MJ pun menyediakan menu yang ringkas ini..hehhe senang n sume org suka.

Resepi ni kakak MJ yang ajar. So, x de la exact measurement ye. Cuma anggaran2 sahaja. Puding cocktail berkuah MJ ni simple je. Kebanyakan resepi yang MJ jumpa, pudingnya di masak. Samada dengan mencampurkan tepung custard atau serbuk agar-agar. Tapi MJ punya stail x de masak2 de. Cuma kastard je MJ masak lain untuk dicampur bersama buah2 cocktail.

Bahan-bahannya:
1 tin susu cair
1/2 cawan air masak (depends pada kecairan kuah yang digemari)
1 tin buah cocktail (ambil isi sahaja dan 1/2 cawan syrup cocktail tersebut)
1 tin buah peach (slice)
nata de coco (any flavor)

Cara-caranya:
1. Masukkan susu cair dalam mangkuk besar/untuk dihidang terus.
2. Campurkan air masak, isi cocktail dan syrupnya, buah peach, nata de coco dan kastad (rujuk resepi bawah ni)
3. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidang.

Untuk Kastad:
1 cawan tepung kastard
4 1/2 cawan air
3-4sdb gula

caranya : Campurkan semua bahan dalam periuk dan didihkan sambil sentiasa dikacau sehingga likat. Api sederhana besar ye..klu besar sgt nnt kastard ketul2 n hasil x cantik. dah likat berkilat, masukkan dalam bekas dan biarkan dia mengeras. Setlah keras, boleh la potong ikut saiz kegemaran atau gunakan scope. campurkan dalam kuah cocktail di atas.

Option lain untuk kastad : MJ baru dpt idea masa gi umah biras (Munirah) baru ni. Beliau guna jeli yg dlm bekas2 cam mangkuk kecik2 tu. Lagi senang. Scope je terus tuang dalam kuah cocktail. Lagi senang.

Biskut coklat chips rangup


Resepi ni MJ jumpa masa rayau2 blog org. Blog tu seingat MJ seperti dah lama x diupdate. Tapi bila MJ cari blog tu, dah x tau yang mana. Masa gugel resepi ni, MJ kat umah. X de printer. Softcopy plak x save. salin kat kertas je. Nanti balik umah MJ cari balik n update untuk semua. Rangup, ringan dan sedap (kat tekak anak2 kami le:D)

Thursday, November 18, 2010

Saya sedang malas....

waaa kenapa malas sgt nak update blog ni...tetiba je rasa mcm malas nak taip banyak2..gambar dah lama buat pekasam..kot blh digoreng, sedap gak..ni diam la dia dlm memory card nih..bila mood nak dtg ni..:(

Wednesday, October 27, 2010

Puding Caramel tanpa Telur

MJ x sure la mana dpt resepi ni sbb main copy, paste n save je file2 tu. Tp mmg sedap n simple resepi ni. Masak pun sekejap je. Kepada tuan punya, kalau ini resepi awak, minta halal sy share dgn yang lain-lain. Atau, ada sesapa terperasan resepi ni sama kat blog kekawan lain, bgtau ye. Minta maaf sesgt sbb x sengaja n terlupa nak copy sekali link blog tu@owner dia sekali:(

--> Macam dlm MYR, by firasyira tp dah ditukar sukatan 'senduk' ke 'sudu'..yg lain sume sama

Bahan-bahan ( 10 orang ) :
Bahan A (gula hangus) :
2 sudu besar gula

Bahan B :
1 bungkus agar-agar serbuk (7 @ 8 gm)
4 cawan air
2 ½ sudu besar gula

Bahan C :
1 tin susu cair (400ml)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu vanilla


Cara-cara :

  1. Hanguskan gula macam buat karamel untuk puding karamel yang lain.
  2. Dalam periuk didihkan Bahan B. Kecilkan api, kemudian masukkan Bahan C. Kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
  3. Bekukan sebentar, dan hidang. Lebih sedap dihidang sejuk-sejuk.

Thursday, October 21, 2010

Cucur udang

Eh lupa nak ambik gambar kuahnya sekali..:p

Resepi kakak MJ yang ajar secara detail. MJ hanya agak2 je secara teori hehehe tp sbbkan takut x jadi so confirmkan jugak dgn dia.

Bahan-bahannya (qty ikut byk mana tepung yg nak dibancuh) & cara:

1. Bawang besar + udang kering + cili merah (MJ x letak sbb utk bg mkn anak2)
- Blend sekali

2. Masukkan bahan blend dalam 2 cawan tepung gandum + 1/2 cwn tepung beras + 1 sdt baking powder + garam + serbuk kunyit + taugeh + kucai + air yg mencukup (jgn terlalu cair, jgn terlalu pekat.) Gaul sebati. Perapkan sekejap dlm 30 min.

3. Panaskan senduk dalam minyak panas. Angkat dan tinggalkan sedikit minyak dalam senduk tersebut. Masukkan tepung yang telah dibancuh tadi. Letakkan seekor udang dan tekan sedikit. Rendam kembali dlm kuali yang dipenuhi minyak. Biarkan dlm 5-10 dan tolak perlahan menggunakan garpu, tepung keluar dari senduk tersebut. (HATI-HATI DGN SENDUK & MINYAK PANAS!!! Pastikan api dipasang sederhana)

4. Ulangi proses tersebut sehingga selesai. Sementara itu, balik2kan cucur sehingga masak.

5. Sejukkan dan potongkan. Hidangkan bersama kuahnya.

Untuk kuah:
1. Mesin cili kering dan bawang merah. Cincang2kan bawang putih.
2. Masukkan kesemua tersebut dalam periuk dan tambahkan air (agak2 la byk mana nak kuahnya).
3. Masukkan secubit garam, bbrp sdb gula pasir dan sedikit gula merah.
4. Masukkan pula sedikit air asam jawa atau blh diganti dgn asam keping.
5. Renehkan sehingga kuah pekat.

Friday, October 15, 2010

Pudding Triffle

Buat ni lama dah...tp baru nak post kat sini. Ramai sgt dah buat dessert ni. MJ je terhegeh2 nak buat..tp buat bekas comel2..konon nak bg anak senang makan..MJ C&P je dari blog nyonya malatops ni..nowwa. (Non, aku mintak ijin copy resepi ko ni sambil2 menambah trafic di blog ko hikhihkhik mekasih ye....)

Bahan-Bahan:

Swiss roll / kek coklat / kek buah (MJ guna kek coklat)
1 tin fruit coktail
1 gelas susu cair
2 gelas air
1 sudu esen vanilla
3 sudu makan tepung kastad
2 – 3 sudu makan gula
1 kotak serbuk jeli

1. Potong kek dan susun dalam mangkuk besar

2. Tapiskan buah-buahan daripada airnya. Jiruskan air buah ke atas kek.
3. Lepas itu taburkan pula ½ tin buah-buahan ke atas kek tadi.


Cara membuat kastard :-

1. Campurkan tepung kastard, gula, susu cair, air, esen vanilla [atas darat,meaning kacau dahulu dalam periuk baru di masak atas api].

Kacau di atas api yang kecil hingga bahan ini cukup masak dan berkilat.


2. Kemudian curahkan adunan kastard tadi ke dalam mangkuk kek dan taburkan pula ½ tin lagi baki buah dalam tin tadi ke atas kastard dan biarkan ia beku sedikit.

Cara membuat Jeli (Yang paling elok, Jelly Crystall Lady's Choice) :-

Tuangkan 2 cawan air mendidih ke dalam serbuk jeli dan kacau supaya tidak berketul.
Akhir sekali tuangkan jeli ke atas kastard dan sejukkan.

Pizza mudah

MJ x de pan pizza, so belasah je guna pan utk buat pie hikhikhik

Dulu MJ selalu bg alasan x de masa nak masak. Penat la. X reti la. Kedai jauh la. Sekarang ni bila anak2 makin membesar, bercitarasa mcm2, pandai plak request dan yg susahnya picky eater. Sebagai ibu, mesti risau tgk anak2 x mo mkn. ishh x lapar ke dia mkn nasi 2/3 suap..Kita ni, klu x abis sepinggan, mesti goncang balang2 lagi nak mengunyah hahahha. So, semua tu 'memaksa' MJ utk rajin memasak, cuba pelbagai menu, belajar mcm2 tips dr otai dapur dan mcm2 lg, demi keluarga tercinta. Sekali sekala makan kat luar x pe gak..sbb kadang2 penyakit 'M' menyerang kan...tapi kalau hari2 makan kedai, rasa letih lak keje sbb duit gaji habis bg kat tokey kedai makan tu je kan hehehhe...

Apa aku bebel byk sgt ni..hehehhe sebenarnya MJ nak bgtau yg MJ sediakan pizza ni x sampai 30 minit. X yah berpeluh2 nak uli tepung sume. Beli je base yg instant kat kedai bahan bakery. pastu curah la segala benda yg nak di makan.

MJ hari tu, hanya sapukan sos tomato, sos cili sikit sbb budak kecik 2 org tu nak makan. Pastu potong2 sosej, tabur sikit2 oregano. Bakar jap. Kuarkan sekejap, taburkan tomato yg dipotong dadu, mozarella cheese yang dihiris (parmesan ke cheddar ke, boleh je). Bubuh la selebat mana yg suka:D Masukkan semula dlm oven sekadar nak mencairkan cheese sahaja. Siap.

Boleh juga masukkan sayur2 campur kalau suka. Anak MJ memilih sikit. Nnt menyampah tgk diorg dok asing2 sayur yg ada..susahnya nak ajar mkn sayur...

Ikan cencaru bakar

ohhh agak kehangusan 'jaket'nya itu hahahaha. Tp apa yg penting...sedap

Suka sesgt buat ikan cencaru bakar.Kalau version malas tu, main kunyit n garam je..tp masa ni terajin plak. Siap tumis2 lagi bhn2 lulur dia tu..Lulur? Eh ikan pun blh lulur gak pe...

Sebelum MJ start malas menaip dek kerana byk sgt nak post hari ni...err kununnya la kan..jom kita tgk resepi:

Ni gambar selepas keje2 'melulur' ye puan-puan:D

Bahan-bahan yg MJ tumis2..kuantiti tu ikut brp 'gebu' ikan tu nak di'lulur' ek:

Bawang merah & putih
serai
halia
lengkuas
kunyit hidup
cili kering

garam
gula
air asam jawa sikit

- Blend je sume tu dan kemudian tumis. Gula, garam & air asam jawa masukkan masa cili dah agak2 masak or pecah minyak.

- Dah siap, tutup api n sejukkan. Letak ikan atas foil paper. Sumbat bhgn dlm ikan (ikan potong belakang ye) dan lumurkan di seluruh kulit luar ikan.

- Balut kemas dan bakar sehingga masak.

- hidangkan bersama pencicah...perghhhh layan

Thursday, October 7, 2010

Nasi goreng paprik


Biasanya menu begini akan muncul bila MJ lambat balik keje, menerima order yang sikit tp kuantiti yg banyak, atau kerja yg remeh hehehhe dan juga otak yg kosong x leh pikir menu daaa...kuikuikui. So, mahu resepinya kah? X pe, korg x mintak pun, MJ bubuh gak kat sini hehehehe...lambat sgt update blog, akaun nuff ku seakan lembab untuk berubah sejak akhir2 ini errkkkk sambil2 menyelam...

Untuk nasi goreng:-
Nasi yang telah masak, secukupnya
Carrot - dipotong dadu (klu ada mix veg, guna tu je lg senang)
Bawangan - tumbuk
Isi ayam - potong dadu
telur sebiji
lada putih sikit - tumbuk lumat/ guna serbuk pun ok
garam secukupnya

Caranya (goreng je mcm korg biasa buat)
1. Tumis bwg2 hingga kekuningan.
2. Masukkan isi ayam, kacau hingga ayam agak2 masak. Kuiskan ketepi kuali.
3. Curahkan telur dan kacau2 bg hancur2.
4. Masukkan nasi + sayur + lada putih.
4. Perasakan garam. Siap

Untuk mem'paprik:-
1. Tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan air sedikit (bergantung kepada byknya kuah yg ingin diperolehi)
3. Masukkan sos tiram, sos cili dlm sesudu besar.
4. Masukkan ayam dan kacau hingga empuk.
5. Masukkan sayur2 yg ingin dibubuh termasuk daun limau purut - ikut la nak sayur apa mcm carrot, kacang panjang, kobis bunga,
6. Masukkan bawang besar yg telah dipotong 4/6. Gaul2, agak2 bawang besar dah layu, blh la tutup api.

hmmm apa yg kurg ek...ok adjust rasanya mengikut citarasa..tu basic je kan kat korg....alahai

Tuesday, October 5, 2010

Ikan kerisi sumbat tempoyak

Lama dah buat menu ni. MJ jumpa masa rayau2 mencari apa nak dibuat dgn ikan kerisi. Ni la padahnya bila selalu sgt beli ikan ni sampai x tau nak masak apa. Walau bgmanapun, menu ini tidaklah begitu mendapat perhatian keluarga MJ. Kiranya x memenuhi citarasa kami lah..mungkin family lain suka, MJ x pasti. Ye la, tekak x sama kan hehehe...meh la cuba klu sudi..

By: najwafathinah MyR

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 ekor ikan kerisi (sederhana besar)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar tempoyak
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Ikan dipotong sirip dan keluarkan insangnya (sisik jangan dibuang). Belah belakang di sebelah- menyebelah sirip dan keluarkan perutnya.
  2. Satukan cili kisar, tempoyak dan bawang dan sebatikan.
  3. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  4. Sumbatkan ikan dengan bahan yang telah disediakan.
  5. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan hingga masak.

Monday, September 27, 2010

Cerita (basi) raya 2010

Hehhee kalau x mula, sampai kesudah la blog ni berabuk..Kenapa tah lepas raya ni malas sesgt nak update blog, nak tukar status di FB..nak kata sibuk, x jugak tp mmg tgh malas sgt ni. Bkn nak kata dapur x berasap lps raya ni. Berasap sokmo. Tp menu yg biasa2 sahaja la. Gambar pun cam malas nak ambik..

Ok, kembali ke cerita raya tahun ni. Sebenarnya MJ and DH tidaklah mengamalkan sgt sistem giliran ni. Kadang tu mmg x berkisah pun. Asalkan dapat beraya bersama dgn DH dan anak2 kami pun dah cukup syukur bagi MJ hehehe. Tahun ni FIL MJ telah merancang awal untuk keluarga besar DH (ipar-duai MJ la kiranya), beraya di Kelantan. Walaupun sebenarnya rumah famili DH di Pekan Pahang, tp FIL masih ada waris di Kelantan. Jadi, kami ke sana tumpang2 la tido umah sedara2 sebelah FIL.

Mcm2 menu diperkenalkan kepada MJ. Tp satu yg MJ perasan, air yg dihidangkan sumenya manis2..hahahhaa...sampaikan kami terpaksa minta air kosong. Bukan setakat untuk minum kosong je, tp siap tambah dlm gelas masing2 yang masih berisi air bancuhan mereka. Rata-rata saudara FIL yg kami ziarah, semuanya sedaya mungkin menyediakan hidangan yang terbaik untuk kami. Org kata, kalau kita ikhlas menerima tetamu, ikan goreng biasa pun tetamu akan kata sedap, kan..Tp MJ memang berselera sungguh dengan hidangan yang mereka sediakan.

MJ nak tunjukkan 1 makanan yang MJ buat pertama kalinya tau namanya, jumpa bendanya dan merasa. Siap teringat2 lg sampai sekarang. Ketupat dakap. (Mesti ada yg ckp, eleh buat suspend je..ingatkan menu apa) Ok, pada MJ ni menu br. Sbb MJ memang tidak pernah diperkenalkan dengan menu ni selama ni. Rupanya di Pantai Timur sgt terkenal dgn menu ni dan hampir semua rumah yg MJ gi, sumenya menghidangkan ketupat itu..

Kebanyakan ketupat dibuat dari daun kelapa - ketupat bawang, ketupat satay (ke ada lg yg MJ x tau). Daun palas pula untuk ketupat palas. Tp lain pula untuk menyediakan ketupat dakap ni. Ia menggunakan daun pisang sahaja. Bentuk mula2 seperti lepat tapi kemudian ditemukan (didakapkan) dan diikat. Tu la sbbnya dinamakan ketupat dakap. Ketupat ni dimakan dengan air manisan/air gula. Boleh makan dgn serunding ke? Ishh pandai2 je nak ubah cara makannya hehehe......

Gambar ni MJ ambil di rumah MJ..oppsss bukan sy yg buat tp MIL MJ kirim kat SIL MJ yg belajar di UPM, utk menantunya yg kemaruk ni :p Mekasih Puan Hapimah. Suka bangat..

Ok, sapa2 yang nak cuba, blh la tgk kat blog k.long (SIL MJ) ni..dia siap bubuh gambar step by step lg. Mudah nak ikut. Cuma air manisan nya tidak pula disertakan. Ala buat je mcm air gula makan dgn kuih lopes tu..Sedap..anak2 MJ pun suke!

Monday, September 20, 2010

Mood2 lepas raya

Mood cuti sokmo
Ye x dpt elak mood ni..bila dah lama x pegang pen, file dan kertas2..tetiba kena adap balik. Sgt la malas nak mulakan semula. Bkn nak kata baru minggu ni start keje, dari rabu lepas dah start keje tp sbb bos x ramai yg masuk lagi, tu yg rasa aman je dok opis sampai kol 5. Tp minggu baru ni, baru je sampai kol 8 tadi, MJ dah start belek kalender bila ada public holiday lg hahahha.. huuu malasnya nak keje. Rasa mcm nak sambung tido je lepas subuh sbb masa cuti x berpeluang langsung nak buat camtu. Kena bgn awal je sbb nak prepare mcm2 - org nak dtg la, nak buat kek anak sedara la, melayan selera hero 2 org lagi....haaiiishhhhh

Mood raya
Maklumlah puasa sebulan kan..tu yg pulun nak raya sebulan gak:D. Bila dah bekeluarga ni, rumah yg perlu dikunjung makin bertambah. Harap2 la sedara-mara dan sahabat-handai yg x sempat keluarga MJ singgah blh terima fasa hidup org bekelurga ni...cewaahhhhh awat poyos..bluekkk...muntah darah baca hahahaha...Sekarang ni pun pantang nampak DH free hour, mmg ajak dia beraya sana sini. Umah jiran pun x abis lagi ni..Kawasan MJ duduk tu sume org dah veteran2..Maklumlah mewarisi rumah keluarga..so, takut diorg ingat kami yg muda2 ni x mo bercampur dgn masyarakat. Maka dikhuatiri bermula episod 'radio rosak'. Cerita yg bukan2 keluar dr mulut org 'mewakilkan' kami ni ha...hmmm x best kan. Jiran MJ pun dah byk berjasa kat ayah n arwah mak masa kami kecik2 dulu. X baik pulak rasanya klu x bergaul dgn mereka. kan...

Mood biskut raya
Wah biskut raya pun ada mood..:D..MJ x renti2 mencari kuih tart gulung...hehehhe sindrom apakah ini. Sampaikan bila beraya umah sepupu MJ, DH siap angkat balang tart pas kat MJ sorg je...serangan peribadi secara terang-terangan ni...hhhmmm..Walaupun MJ gila bangat ngan kuih tart, tp kalau rasanya tidak menepati selera MJ, mmg la MJ akan cepat berenti dari mengadap balang tart itu hehehe...harap2 jgn la ada rumah2 yg perasan 'sesi penilaian' tart mereka huahuahua..sesuka hati je ckp biskut org sedap/ tak..

Mood nak pergi bercuti
Ishh ni lagi satu...adindaku Capt. Pait...apa cer ni...

Wednesday, September 15, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

La kita baru nak gantung kad raya...umah org lain sume dah sibuk nak simpan balang kuih hahahaha...x sempat sgt..sibuk yg mcm2...ishh x abis2 ngan sibuk...

Ok dikesempatan ini MJ dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua pengunjung blog MJ, x kira la di mana jua anda berada dan cara kita berkenalan. semoga aidilfitri kali ini lebih meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan sanak-saudara kalian semua. Mohon maaf juga Mj pohonkan sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah tafsir, tertajam menyindir hahahaha sepanjang MJ memblog. Semoga masing2 selamat pergi dan pulang ke destinasi yang dituju..

Tuesday, September 7, 2010

Sotong Tumis

Errr Ika minta ampun MJ buang perkataan Cili Api dari nama resepi asal sbb x bubuh pun. MJ baru je ajar anak2 makan sotong tu yg x bubuh cili api. Tgk diorg suka plak ngan menu ni. Resepi ni MJ jumpa kat umah Ika masa merayap2 gi umah dia..nama asal resepi ni Sotong Tumis Cili Api. Harap2 ika x kisah le akak menuakr2 sesuka hati nama masakan ni. MJ minta izin C&P resepi ni ek..mekasih dek!

Bahan2:

  • 2 ekor sotong sederhana besar buang kulit bersihkan n kelar2 atau ikut sukihati
  • 2 biji bawang kecik*
  • 1 biji Bawang Putih*
  • 1/2 inci Halia*
  • 4 biji cili api atau ikut kepedasan (MJ x bubuh ni)
  • 1 sb Sos tiram
  • Garam jika perlu
  • 1 batang Serai d ketuk
  • Beberapa Helai daun limau purut
  • 1/2 Biji lada benggala d potong (Tambahan, tak letak pun ok)
  • Minyak untuk menumis
  • Air jika inginkan kuah
Cara2:

Tumbuk kasar bhn2 bertanda *. Tumis bhn2 yg dtumbuk td bersama dgn serai sehingga naik bau, kemudian masukkan sotong dan sos tiram. Kacau sebati dan biarkan sehingga sotong masak, jika inginkan berkuah bolehlah tambahkan air sedikit dan tambah garam. Akhir sekali masukkan lada benggala td serta daun limau purut ke dalam kuali, tunggu sebentar dan boleh lah d angkat. Sedia untuk d hidang!

Tag dari k.atie

hehehe br ada masa nak melunaskan 'hutang' ngan k.atie..br Mj bukak balik blog k.atie...Ya Allah dah berduyun2 entry dia hahahaha..minta ampun kak. Mmg sibuk segala hal lately - dari preparation ry sampai la hal2 rawatan anak.

Sorry ye kak atie, jgn berkecil hati dgn sy sbb lengahkan menjawab tag ni. Terima kasih sbb sudi bg award ni kat sy..:D

ok, mula2 saya tepek dulu award tu.

Syarat penerima anugerah ini kena jawab beberapa soalan.
Soalan ni sama mcm MJ pernah jwb dulu...so blh x kopi pes je...otak sesak le. Nak2 plak mood ry menyerangkan...aci ek k.atie!

Soalan 1
Apakah yang bermain difikiran anda sekarang? (ni je lain sikit jwpnnya)
- nak berbuka apa ptg ni (param byk dah tutup)
- sempat ke nak tambah lg 1,2 jenis biskut sbb yg sedia ada dah tinggal separuh
- nak kemas umah yg br lepas dicat

Soalan 2
Apakah nama samaran anda?
Byk! Nak tau yang mana hehehe

Soalan 3
Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?
- Diri saya
- Keluarga kecik saya (Me, DH and kids)
- Keluarga besar saya (My siblings, in-law & family)


Soalan 4
Panggilan untuk si dia?
- Abuuungggsss hahahahaha

Soalan 5
Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?
- Knp cam x pernah terlintas ek? Ikut dia la apa yg ikhlas dari hati dia, i terima hukhukhuk

Soalan 6
Blog mana yang anda selalu lawat?
- Blog yg follow akak la

Soalan 7
Tag 15 orang blogger.
- disebabkan masing2 tgh mood raya, MJ x nak tambahkan lagi kepenatan persediaan raya dgn soalan2 begini...x pe ye k.atie..jgn marah ye sy ubah jadi gini lak..bkn x nak share award tu tp sy rasa sume org bz skrg ni hehehehe...memandai je..

Monday, September 6, 2010

Puyuh goreng berempah.

Geram betul tgk 'betis2 bunting padi' cik puyuh..mmg sedap digigit2 hahahaha..ok Mj mmg suka makan burung puyuh ni. X kira la masak apa sekali pun. Goreng pun sodap! Tp x leh selalu amalkan makan si comel ini sbb kandungan kolestrolnya tinggi berbanding ayam..ala sume org dah tau kan...sama la jugak telur burung puyuh yg lagi kecik dari telur ayam. Tp sekali sekala apa salahnya kan...ye dak...

Resepi untuk menu ni sebenarnya MJ guna resepi Ayam goreng berempah yang MJ dah buat dalam entry sebelum ni. MJ masak ni masa sahur, so perapnya dari selepas berbuka. Simpan je dlm peti ais. Masa sahur tu tinggal goreng je..perghhh memang syok layan panas2..

Monday, August 30, 2010

Baked potato with Cream Corn + cheese

Kalau hari minggu di saat2 bulan pose ni memang penat di rumah. sbb banyak kali kena masak. Huhuhu anak2 bujang kami belum dilatih puasa lagi. Mujur juga agak senang mencari menu yang memenuhi citarasa mereka. Tp sorg tekak omputeh, sorg tekak melayu hmmm...ok ni menu untuk si abang. MJ mula tau dia suka sejak 'tersilap' order masa makan di Kenny Rogers. Nama 2 2 menu pun lebih kurang - Mac & cheese. Tp mac & cheese yg MJ pilih x de la pulak dia tulis kat menu tu 'with baked potato'. MJ ambik sbb nampak portion dia mcm sikit. Kira cukup la utk dia seorg. Sib baik Kimi ok and makan sampai abis.

MJ mendapat 'tunjuk ajar' dari Guruji MJ hahahha Nowwa si bini askar yg sekarang tgh bergundah-gulana kerana nama husband nye dipilih untuk posting ke Sibu. X pe Non, walau pun kita jauh secara alam nyata tp internet sentiasa mendekatkan kita..wahhh iklan broadband plak kat sini hehehhe
Ok ni cara MJ buat setelah diajar secara basic oleh Nowwa

Bahan-bahannya:
5 biji kentang
butter/olive oilKrim jagung (dalam tin) - blh juga ganti dgn daging ayam yang dimasak dahulu bersama bawang dan garam
Cheddar cheese (parut)
Foil paper

Cara-caranya:
1. Cucikan kulit luar kentang dan keringkan.
2. Cairkan butter (jika guna butter), dan sapukan pada keseluruhan kulit luar kentang.3. Cucuk2kan kulit kentang dengan garfu dan balut dengan foil paper.
4. Masukkan dalam oven dan bakar selama 1j 30m pada suhu 170°C (Ni MJ nye oven ye)
5. Keluarkan kentang dan buka separuh foil paper tersebut. Belah tengahnya jgn sampai putus 2 tau.
6. Tekan hujung kiri dan kanan 'mulut' kentang tersebut. Macam gambar bawah ni

7. Korekkan isi kentang pada bahagian kiri dan kanan dalam kentang tersebut.
8. Masukkan 2 sdb krim jagung dan gaulkan dengan isi kentang tersebut.
9. Siapkan kesemua kentang.
10. Letakkan cheese yang telah diparut tadi padabahagian tengah/atas 'mulut' tersebut.
11. Bakar semula. Jgn lama, cukup sekadar cheese tu mencair sedikit.
12. Siap..

Thursday, August 26, 2010

Kenapa namanye begitu? Hehehe MJ pun x tau..Mungkin Pak Aji Serban tu suka sangat kot makan kuih ni. Tu yang lekat nama kat kuih ni hehehehe..Kalau ikutkan kuih ni macam kuih seri muka, cuma bahagian atasnya ditambah gula merah untuk mendapatkan kaler camtu. Tapi masa MJ buat ni maybe x tekan padat pulut tu sebelum dicurahkan bancuhan atasnya. Tu yang nampak macam tercampur je kaler dia kan..apa2 pun mmg sedap kuih ni. Boleh le cuba. Resepi ni MJ jumpa kat blog kak ummi, kuantan. Akak ni ambik dari blog chef hanieliza..Saya mintak halal ye share kat sini plak...Meh la cuba. MJ hanya buat separuh je dr adunan sebenar.

Bahan Lapisan Bawah:-
500 gm beras pulut
625 ml santan cair
sedikit garam

Cara-Cara:-
Cuci pulut dan rendam selama sejam. Kemudian gaulkan masukkan santan yang telah digaul dengan garam. Kukus sehingga pulut masak. Ambil lapik plastik dan letakkan ke atas pulut dan tekan2 agar pulut mampat dan cantik.

Bahan Lapisan Atas:-
750 ml santan pekat
125 gm gula pasir
125 gm gula merah
125 gm tepung gandum
3 biji telor
1 sudu kecil garam

Cara-Cara:-
Satukan kesemua bahan, kacau rata. Tapiskan dan tuang perlahan-lahan di atas lapisan bawah tadi. Kukus lagi selama 30 minit. Sejukkan dan potong dengan pisau plastik.

Wednesday, August 25, 2010

Makan2 umah beradik di bulan puasa

Ini antara aktiviti kegemaran kitorg adik-beradik. Pusing2 setiap umah adik-beradik tiap kali ramadhan. Biasanya gathering ni kitorg buat on weekend dan selalunya MJ kena cek kelapangan masa DH MJ gak. Selalunya MJ x dpt nak join sbb DH x free :(.

Ok sabtu minggu pertama puasa lepas, kami berkumpul di rumah kakak MJ. Dia tinggal kat Taman Surada, Kajang. Tp yg ada kitorg 3 family je - Alang (tuan rumah), adik n MJ. So, menu ala2 potluck gitu dari setiap family which is the main menu was prepared by the hostess. So memang kena call, sms bincang2 sbb x mo ada menu yg sama hari tu.

Makanya, ini sahaja yg MJ prepare...jemput jamu mata...

Roti jala (x cantik cam org yg dah guna botol corong 3 tu huhuhuhu) dan...

Gulai ayam

Makaroni goreng
.
.
.
.
.
.
.
.
dan
.
.
.Blueberry & Strawberry cheese tart

Itulah kelebihan Ramadhan. Dapat memesrakan lagi hubungan keluarga...kan..I loiiikkeee....:D

Tuesday, August 24, 2010

Minyak Sapi QBB Tak Halal Ke?

Sumber : Utusan Malaysia, 24 Ogos 2010

CAP gesa tarik balik minyak sapi QBB

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya segera menarik balik penjualan minyak sapi QBB di pasaran.
Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, ia berikutan tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menarik balik status halal minyak sapi itu kerana didakwa mengandungi elemen yang meragukan. "CAP telah berhubung dengan Jakim bagi mendapatkan kesahihan status halal minyak sapi itu sejak Julai lalu. "Jakim menjelaskan bahawa mereka telah menarik balik status halal minyak sapi itu sehingga yakin dengan status halal produk tersebut," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini. Menurut beliau, Jakim dan Jabatan Kimia telah menguji minyak sapi itu dan mendapati ia mengandungi elemen yang meragukan dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam. Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya menghentikan segera pengambilan minyak sapi itu sehingga kandungannya disahkan halal oleh Jakim. Sementara itu, Jakim menerusi laman web www.halal.gov, turut mengumumkan pihaknya telah menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. berkuat kuasa 19 Ogos lalu. "Tindakan itu diambil sehingga Jakim berpuas hati status halal produk berkenaan. Oleh itu, QBI Packaging Sdn. Bhd. dilarang menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk minyak sapi QBB," katanya.

onlymy2cents: time ni la sume isu halal haram nak keluar...pelik2...kenapa mesti tunggu Ramadhan baru nak kuatkuasa. Dah tu sepanjang tempoh penemuan kenapa x tarik balik cepat2..sapa nak tanggung apa yang kita makan dari Julai hingga date hari ni ...musykil2....i luv u la JAKIM ...muahhhssss!!!!bluekkk

Kuih bakar..sama ke dgn Kuih Bahulu Kemboja?

Kuih feveret ni. TP MJ panggil bahulu kemboja. Sama ke? Dulu arwah mak selalu buat. Tp masa tu MJ kecik lagi dan 'menggunakan' alasan itu untuk tidak belajar masak ngeeee....alasan:p Zaman MJ kecik2 dulu mak masak hanya guna periuk, pastu letak acuan bahulu kemboja ni kat dalam tu. Pastu dia tutup dgn tudung periuk, letak cam arang atasnya. Acuan arwah mak ni diabu dari tembaga. So, sgt la tebal dan sgt la berat. Bila MJ 'mewarisi' loyang tu, dan skrg br terhegeh2 nak blaja masak, MJ guna la masa nak buat hr tu. Haiiii sib baik x tumbuh janggut..punya la lama dia nak masak. Cemana la dulu mak Mj blh larat nak siapkan sampai 10 keping...penatnya...Disbbkan MJ 'rajin' sgt nak tunggu, so, yg bakinya, MJ guna loyang kek segiempat hehehhe...senang..cepat je siap.

Eh panjang lak celoteh..Ok resepi ni Mj ambik dari blog Cik Mat Gebu yang hebat dgn segala bana resepi..cemburu sungguh..MJ share resepi CMG tu kat sini ye. Mintak izin ye Cik Mat. MJ suka resepi. Sedap, lembut. Anak2 pun suka apatah lagi mak and ayahnya hikhikhik....


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
600 ml santan
250 ml jus pandan (kisar 4 -5 helai daun pandan dengan 200 ml air, perah dan tambah air untuk mendapatkan 250 ml)
Sedikit pewarna hijau
1 cawan gula
1/2 camca teh garam
2 camca besar minyak sapi, dicairkan (resipi asal guna mentega)
Bijan secukupnya untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser tin (4 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dengan aluminiun foil dan lenser juga aluminium foil tadi. Biar berlebih sikit dibahagian kanan dan kiri tin, supaya senang nak keluarkan kuih bila masak nanti. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 di atas kecuali bijan, dan kacau dengan whisk hingga larut dan halus atau masukkan dalam blender dan kisar halus. Tapis adunan dan ketepikan.
  3. Panaskan tin dalam ketuhar selamat 5 minit. Berhati2 keluarkan tin dan curah no. 2 ke dalam tin dan bakar kembali. Lepas 10 minit, keluarkan kuih tadi dan tabur bijan rata2.
  4. Sambung membakar selama 40 - 50 minit lagi hingga permukaan kuih keperangan dan sedikit berkerak. Bila masak, longgarkan tepi kek dengan pisau dan biar sejuk sepenuhnya dalam tin. Potong dan hidangkan....

Thursday, August 19, 2010

Ikan kerisi masak taucu

Hari tu gara-gara mencari taucu yang peket kecik x de jual, MJ rembat je yg botol besar. Hambek kau..x habis2 lagi dok menung dlm fridge tu...hehehhe..Tp masakan taucu ni memang mudah. Main campak2 je, terus jadi...

Kalau MJ time sahur, menu camni mmg sgt membantu. X larat le nak bersengkang mata masak menu yang ambil masa utk siapkan...haishhh nak sambung balik tido sblm bgn lagi sekali utk bersiap gi keje plak...hehehehe..so, waktu memasak dan makan sahur kena cukup2 1 jam - 1jam 15 minit settle sume..ish cam askar lak...sume nak kena tepat.

Ni cara MJ menyediakan ikan masak taucu:-

Bahan-bahannya :
2 ekor ikan kerisi sederhana saiz, bersihkan, garam, kunyit dan goreng. asingkan
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 biji bawang besar, hiris
seinci halia, hiris
2 sdb taucu
air asam jawa
garam
cili merah, hiris serong
1-2 cawan air (ikut la nak kuah byk mana)

Cara-caranya:
1. Tumis bawang2 dan halia hingga agak layu.
2. Masukkan taucu, air, air asam jawa. Kacau seketika.
3. Masukkan ikan dan perasakan garam. Hati-hati semasa menambah garam kerana taucu sudah sedia masin.
4. Masukkan cili merah, kacau2 dan siap.

Wednesday, August 18, 2010

Ayam Panggang Madu Oren

Ni pun ambik dari Majalah Sedap..tp maybe rasa oren pada ayam, anak2 adam MJ agak kureng suka..Ayam rasa oren? ish ish ish...hahahha..tp pada MJ ok je..sedap, sume rasa ada. Sesiapa yg sudi nak cuba dan inginkan kelainan (ayam rasa oren! hahahha) boleh la cuba...

Bahan-bahannya:

8 ketul peha ayam (MJ guna bhgn ayam yg ada dlm peti ais & skinless)

Bahan perapan:
  • 2 sdb sirap oren (contoh : Sunquick)
  • 2 sdb madu
  • 1 sdt serbuk rempah berlima (lupa lak nak bubuh)
  • 75 g sos tomato
  • 2 sdt lada hitam kasar
  • 1/2 labu bawang besar, cincang kasar
  • 50 g mentega tawar, cairkan
Bahan pelengkap: (MJ x buat pun)
  • 250g kentang baji segera (wedges), goreng
  • 50 g hirisan kulit lemon utk taburan
  • 50 g sos cili
Cara membuatnya:
  1. Kacau rata bahan perapan. Masukkan ayam. Cucuk2kan ayam dan perapkan dalam peti sejuk selama 1 jam.
  2. Bakar selama 50 minit dengan suhu 180°C sehingga masak.
  3. Hidangkan bersama pelengkap.

Nota : Masa MJ bakar, air perapan dan bakar tu agak byk dlm tray MJ letak ayam tu. Macam sayang pulak nak buang, so MJ curah atas ayam yang dah siap panggang sebelum dihidangkan.

Roti Arab

Eh jgn la ingat MJ nak bagi resepi cara2 meroti arab hahaha...x pandai lagi la sampai tahap tu ok. Masih merangkak2 dgn dunia masakan ni. Cuma MJ share cara MJ mempelbagaikan cara menyajikan Roti Arab. Kat sini MJ senang nak cari roti ni bila ke Giant. Tesco x pernah usha lagi sbb jauh sikit dari rumah. Ada pelbagai rasa roti ni rupanya - Roti Arab asli, Roti Arab berempah, Roti Arab apatah lagi...x hengat. Tp MJ prefer yg ori la kan.


Senang sesangat nak menyajikannya. Hanya belah dua roti tersebut (mcm roti burger tu). sapukan butter pada bhgn dalamnya dan bakar atas non-stick pan atau kuali leper je. Agak2 mcm dah garing boleh la balik2kan dan sejukkan seketika. Sapukan kaya pada sebelah bahagian dalam roti tersebut atau kedua2 belah, ikut la citarasa memasing. Katupkan dan kerat 4 untuk memudahkan kita ngap!...:D

Roti Arab ni boleh juga dimakan dgn kari ayam atau sardin. Tp ia lbh sedap dimakan semasa roti masih panas. Rasanya lebih ringan, garing2 sikit dan sedap sesgt.

Tuesday, August 17, 2010

Makaroni bakar berlapis

Resepi ni MJ ambik dari majalah SedapBil.25 (eh x de bulan le. puas belek). Majalah ni SIL MJ yg baik hati simpankan dan dia bg masa MJ balik kpg hari tu. Dah lunyai pun buku ni dok belek siang malam, mencari masa bila nak buat. Hehehhe. Resepi asalnya Mi Bakar Berlapis. Tapi MJ tukar kepada makaroni sbb apa ek...entah, saje..tu yg ada kat umah. Tp ok pe, sedap gak. Anak2 MJ layan sungguh..mai la cuba br tau..

Bahan-bahannya:
3 bungkus mi segera perisa ayam
150 ml air
3 biji telur

Bahan inti:
1 sdb majerin
1/4 labu bawang besar, cincang halus
2 sdb tepung gandum
200 ml stok ayam
100 g isi dada ayam, rebus dan siat
2 ketul sosej, potong dadu
1/2 sdt garam
1/4 sdt lada sulah
1/4 sdt serbuk pala (ni MJ x bubuh sbb xde)
1/4 sdt gula pasir
100 ml susu cair

Cara-cara menyediakannya:
1. Rebus mi segera sehingga kembang. Angkat dan toskan. Masukkan semua rempah mi segera perisa ayam. Kacau rata.
2. Masukkan air dan telur yang telah dipukul sedikit. Kacau rata.
3.Tuangkan sepertiga bahagian adunan mi ke dalam loyang puding setengah bulat yang telah disapu nipis marjerin dan dialas kertas aluminium (MJ guna mould bentuk oval je)
4. Tuangkan setengah bhgn adunan inti ke atas campuran mi. Tuang lagi sepertiga campuran mi. Tuang lagi baki inti. Tuang lagi baki mi. Ratakan (MJ hari tu buat selapis je..nak cepat:p)
5. Bakar selama 65 minit dengan sedikit direndam air denga nsuhu ketuhar 170°C sehingga masak.

Cara-cara menyediakan inti:
1. Panaskan marjerin. Tumis bawang besar sehingga terbit aroma. Masukkan tepung gandum. kacau sehingga bergumpal.
2. Masukkan stok ayam sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga licin. Masukkan ayam siat, sosej, garam, serbuk lada sulah, serbuk pala dan gula pasir. Kacau rata.
3. Masukkan susu cair. Masak sehingga pekat.

Thursday, August 12, 2010

Kuih talam gula merah

Ini adalah sejenis kuih talam. Tp MJ try cari sofcopy resepi ni..x de plak dlm simpanan di pc opis. Maybe ada kat umah. MJ n family suka la kuih ni. Bawah dia ada campuran gula merah. Atas tu santan. Tp nnt la, balik umah dulu, cr balik, kemudian nnt MJ update ye hehehe...boh gambar dulu siap2. Resepinya esok ye, Insya-Allah.

OK, resepi ni MJ ambik dengan izin dari blog chef hanieliza yg famous tu...ni pun pojaan hati MJ gak..tgk hasil beliau kat blog, sagt la cantiknya..tp MJ sedar diri ini hanya amatur dlm dunia masakan..ceeewahhh...tp mmg x pandai pun..br nak merangkak2 belajar masak..MJ C&P kat sini ye..mcm biasa MJ buat half dari adunan. famili i kecik je. So, x yah buat byk2..

Lapisan Bawah:
1 cawan gula merah ) masak dan sejukkan
1/2 cawan gula pasir )
5 cawan air biasa )
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Gaulkan adunan dan tapiskan.
3. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
4. Bila dah masak, cakarkan sikit permikaan adunan dengan garfu.


Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara
1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja..
2. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau pelastik dan hidangkan.

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa


Di kesempatan ini MJ ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua ahli keluarga, sahabat-handai, pengunjung2 blog MJ (ces mcm la ramai sgt) yang sudi menambah trafik MJ. Mohon maaf kerana tidak sempat hendak mengunjungi blog semua sahabat dan wish. (tatau la apa yg sibuk sgt:p). Pohon MJ, semoga ibadah kita pada tahun ini lebih diberkati oleh-Nya dari tahun-tahun sebelumnya. Insya-Allah

Stew ayam peranakan (Ayam Pongteh)

knp gambar ni kembang (x sharp)....ah pedulikkan..janji sedap huahuahua

Selama ni MJ x pernah berminat nak belek majalah bulanan astro. Entah knp yg baru ni, MJ saje dok layan anak2 bukak sehelai2 dan tunjuk huruf2, nombor2, warna dan kartun2 kegemaran mereka. Haishhh jadi mak budak ni, mmg kena kenal dgn sume kartun2 yg famous skrg ni..Klu x, habis kita di 'ayam2'kannya hehehe. Tetiba MJ terjumpa plak resepi masakan kat atas ni. Teringin plak nak dicuba apatah lagi resepi dari chef favorite MJ, Chef Wan!!! Tp apa nama menu ni...cam x hengat plak. So, kita sambung ptg ni ke, mlm ni ke (x sempat kot. Malam ni insya-Allah dah start terawih), x pun esok je la kalau sempat. Sbb resepi tu tak bw lak ke opis hari ni...hikhikhik

Ok ni resepinya (MJ buat separuh dr kuantiti resepi ni dan alter sikit2 apa yg patut)

Bahan-bahan:
1 kg ayam dibersih dan potong ke beberapa bahagian
3/4 cawan minyak sayuran
30 ulas bawang merah, ditumbuk
15 ulas bawang putih, buang kulit dan tumbuk
1/4 cawan pes Taucu, ditumbuk
2 sdb kicap cair atau kicap masin
2 sdb kicap pekat
2 cm halia, dihiris
4 ulas bunga cengkih
2 ulas bunga lawang
10 biji cendawan hitam Shitake (kering), rendam dalamair panas sehingga lembut
3 biji kentang, buang kulit dan potong empat
3 cawan air
2 biji cili merah, hiris
2 biji cili hijau, hiris
2 sdb gula
1 sdb serbuk lada hitam

Daun ketumbar atau daun sup untuk hiasan

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak dalam mangkuk kaserol, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
  2. Campurkan bunga lawang, bunga cengkih dan halia, digaul rata
  3. Tambah ayam, kicap pekat dan kicap cair, taucu, air, cendawan, ubi kentang,. Gaul sebati dan didihkan selama setengah jam
  4. Akhirnya tambahkan cili merah, cili hijau, gula dan lada secukup rasa dan didihkan sekali lg. Renehkan selama 20-25 minit lagi atau sehingga ayam lembut dan kuahnya pekat.
5. Hias dengan daun ketumbar

Monday, August 9, 2010

Edisi Labu Mak Mertua : Kuih Koci Labu

Ok ni bahagian 1/4 kedua labu hari tu. Kakak MJ yg suggest buat kuih koci ni. Dia cuma ckp basic ingre je, x de measurement yg tepat. So, MJ try sendiri dan ubah sikit2 ikut sukahati syaye hehehehe..tp rasanya, not bad la. Sedap je tgk DH and my dad makan. Anak2 adam? uuuuiiihhhh x mo sbb ada kelapa manis kat dalamnya. MJ dah tentunya agak kureng sikit kuih2 yg ada kelapa ni. Tp sbbkan nak try gak mkn, makanya, ada la inti2 yg dikorek keluar sebelum ngap :p...klu sikit2 tu, x kisah tp klu penuh dlm kuih tu, x tau la knp..mcm serabut je dlm mulut bila kunyah. Tu yg kena kuarkan sikit bila nak makan.

Bahan-bahannya tepung :

450g labu - potong kecil2, rebus, lecek (seeloknya kukus spy manis labu tu x keluar. Tp Mj nak masak ni mmg masa sgt limited dgn keje umah, so rebus je. Selepas rebus, agak dah empuk, keluarkan dan toskan sehingga kering)

1 1/2 - 2 cawan tepung pulut (klu isi la x kering, mmg kena guna tepung yang byk)
2 sdb gula (MJ tambah sbb...errr....apa ek...entah la..mmg saje tambah hehehehe)

Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati. Tambah baki2 tepung pulut jika adunan masih TERLALU melekat di tangan.
2. Jemputkan doh saiz bebola sederhana. Buat lubang/leperkan dan masukkan inti kelapa manis. Kemaskan bentuk dan celup dalam minyak masak.
3. Letakkan atas daun pisang yang telah dilayur dan dipotong. Balut kemas.
4. Ulangi semula proses mengisi inti sehingga semua adunan habis. Kukus

Bahan-bahan Inti:
Sekeping gula melaka (MJ x guna gula merah. Klu x de, cairkan gula merah + air, tapis. Baru masuk kelapa parut)
1/2 cawan air (adjust la kalau x cukup)
1/2 biji kelapa parut (ambil yang putih)
daun pandan

Cara-caranya :
1. Masukkan gula melaka, air, daun pandan dan didihkan sehingga betul2 larut.
2. Masukkan kelapa parut dan kacau sehingga air gula kering.
3. Sejukkan sebelum digunakan.

Edisi Labu Mak Mertua : Masak lemak labu

Dah lama gile sebenarnya MJ masak labu ni. Maklumlah baru sekarang berkesempatan mengadap blog ni ha. Bukannya nak kata keje dah x de, tp disebabkan dah banyak melampau, demotivated plak nak menyudahkannye hehehehe alasan...

Ok, kisah labu ni, MIL MJ bagi masa balik kpg bln lps. Besar gile buahnya. Setiap kali masak, MJ guna suku je utk hidangan keluarga. Macam2 labu ni blh dibuat, dari dijadikan sayur, boleh juga dijadikan kuih-muih. Nak mengabiskan labu yg besar tu...huiiihhhhh aiii abis sume kitab MJ buka cr idea.:p

Nampak x kuah MJ mcm ada keping2 putih2 tu...haaaa MJ pun x tau la knp lps masak jadi lagu tu kuahnya. Ni guna santan kotak. Bukannya yg perah2 tu. W/pun begitu rupanya adanya, ia tidaklah memberi kesan kepada rasa masakan itu..ahaksss mak perasan japs..tp ok je. Sedap je tgk org2 rumah sy makan.

Mak cik MJ pernah kata ada org yg x tahan makan labu jadi angin satu badan. So, dia kata, tambah lada hitam sikit bagi mengurangkan 'kesan' angin bila org makan labu tu. MJ pun x sure la juga kesahihan petua ni. Tp MJ buat jugak. Nampak mcm org rumah sume x de yg sakit2 perut sbb angin ke apa ke hehehhe..

Ni cara MJ masak tau. Sgt simple - bwg besar, hiris2 semi bulat+ Udang kering + santan cair. Didihkan dalam 10 minit, masukkan labu. Agak2 isinya dah empuk, masukkan santan pekat. Agak2 santan dah masak, masuk gula sikit, perasakan garam, lada hitam tumbuk sikit. Kalau ada daun kunyit, blh gak masukkan sekali semasa masukkan santan pekat. Tp MJ x bubuh pun sbb xde..hehehe..ok jumpa kat next menu dr labu ek...tunggu

Wednesday, August 4, 2010

Walla Choc Cake

MJ suka sgt mencuba pelbagai jenis resepi kek coklat. Dari yang kukus sampai la yg bakar2. Kenapa kek coklat ni menjadi pujaan ramai ek? Dah banyak kali makan pun, kita tetap akan teringin kalau dah lama x makan.

Tapikan malangnya MJ secara tidak sengaja, terlupa nak menyalin nama pemilik resepi ini mahupun pemilik blog tersebut. Minta maaf sgt2..bukan nak bertindak menyalin tanpa etika, tp mmg MJ x teringat & terperasan. Maybe masa tu 'curik2' buat keje CnP kat opis, langsung x teringat nak copy nama pemilik asal resepi ini. Tp MJ sangat berterima kasih pada pemilik resepi ini yang sudi berkongsi citarasa dgn semua. Jika pemilik tersebut, terjumpa resepinya ini di blog MJ, tolong bgtau ek:D Kek ni mmg best, gebu n lembut.

Bahan-bahan (loyang 9 x 9 in / 8 x 8 in) :
Bahan A (diayak bersama) :
2 cawan tepung
¾ cawan serbuk koko
2 camca teh baking powder
2 camca teh soda bikarbonat

Bahan B (dipukul sebati) :
2 cawan gula kastor
2 biji telur
1 cawan susu segar
1 cawan minyak jagung
1 camca teh esen vanilla


Bahan C (dibancuh) :½ camca teh garam
1 camca teh Nescafe

1 cawan air panas

Cara-cara (telah saya permudahkan cara2nya) :

  1. Ayak Bahan A.
  2. Pukul sekejap Bahan B (lebih kurang 1 ½ minit).
  3. Masukkan Bahan B ke dalan Bahan A. Kacau sekejap.
  4. Masukkan pula Bahan C. Kacau rata lagi.
  5. Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min.

Bahan Topping / Ganache :-

1 tin susu pekat - boleh kurangkan
1 sudu teh esen vanila
½ cawan minyak jagung
1/3 cawan serbuk koko (lebih sedap kalu guna Van Houten)
Secubit garam

Cara-cara :

  1. Campurkan susu, serbuk koko dan minyak. Masak atas api perlahan saja hingga pekat dan kacau selalu dengan whisker.
  2. Masukkan garam dan esen, kacau. Bila telah pekat dan berkilat (lebih kurang 10 minit), tutup api dan biarkan sejuk. Sapu atas kek yang telah sejuk tadi.